Semasa hamil
1. Amalkan pengambilan asid folik ketika hamil. Ia penting bagi mengelakkan risiko kecacatan otak dan sumsum tulang belakang bayi. Asid folik boleh didapati di dalam bentuk suplemen dan daripada sumber semulajadi seperti sayuran hijau seperti bayam, kekacang dan buah oren serta avocado.
Baca https://www.doctoroncall.com.my/soalan/asid-folik
2. Muat turun aplikasi kehamilan untuk mengetahui perkembangan kandungan janin. Selain itu, anda juga boleh mendapat kawan baru dan berada di dalam komuniti ibu-ibu hamil. Pelbagai cerita dan tips yang dikongsi di sana.
3. Makanlah apa yang anda rasa nak makan ketika hamil selagi ia tidak mendatangkan masalah kesihatan kepada anda dan kandungan anda. Jangan takut untuk gemuk kerana selepas bersalin anda boleh mulakan diet dan senaman untuk menurunkan berat badan.
4. Mengidam dan tendangan bayi di dalam perut adalah kenangan terbaik ketika hamil!
5. Sayangi tubuh anda dan hargai setiap saat ketika hamil. Jangan melakukan sebarang aktiviti di luar kemampuan anda.
6. Kekurangan magnesium adalah penyebab biasa kepada kejang otot, jadi pastikan anda mengambil vitamin atau makan sumber makanan yang mengandungi magnesium setiap hari. Ingat, keperluan magnesium adalah berbeza mengikut umur. Baca Magnesium in your pregnancy diet | BabyCenter
7. Minyak ikan merupakan sumber DHA untuk bayi yang membantu perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan.
8. Morning sickness atau mual boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan. Anda boleh cuba guna TROPIKA Mummy Spa Coconut Herbal Cream (https://tropika.my/product/coconut-herbal-cream/) yang diperbuat khas dari minyak kelapa dara dan herba tropika. Selain dapat kurangkan rasa loya dan pening kepala, ia juga membantu menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan.
9. Kehamilan boleh membuatkan anda cepat berasa letih dan lebih beremosi. Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur secukupnya bagi memastikan emosi dan kesihatan anda serta janin sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
10. Bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai apabila keluar rumah. Baca https://www.majalahpama.my/kaki-bengkak-masa-hamil-boleh-dikawal-dengan-7-tips-ini-tapi-kalau-bengkak-sebelah-itu-tidak-normal/
11. Jangan kecewa jika jantina bayi tidak mengikut kehendak anda. Bayi lelaki atau perempuan adalah sama, dua-dua adalah rezeki dan amanah dari Allah yang perlu anda terima dengan hati terbuka.
12. Basuh pakaian bayi yang baru dibeli sebelum digunakan. Sebilangan pakaian mungkin mengandungi bahan kimia seperti formaldehid yang boleh mangakibatkan ruam kerengsaan pada kulit bayi.
13. Tidak perlu membeli pakaian bersaiz newborn terlalu banyakkerana bayi membesar dengan cepat.
14. Sediakan beg hospital lebih awal dari tarikh jangkaan kelahiran. Pastikan kelengkapan anda dan bayi cukup untuk sepanjang anda berada di hospital. Jangan lupa bawa buku pink anda sekali.
15. Bincang dengan doktor mengenai birth plan. Doktor boleh memberikan nasihat yang terbaik dan sesuai dengan keadaan serta kemampuan diri anda.
16. Jangan dengar ‘kisah seram’ ibu lain. Itu hanya akan menakutkan anda. Sekiranya anda mempunyai keraguan, bertanyalah pada pakar atau doktor yang merawat anda.
17. Tambah ilmu mengenai C-sections dan kelahiran normal. Kedua-dua jenis ini mempunyai proses kelahiran dan cara penjagaan yang berlainan. Jangan kecewa sekiranya cara kelahiran nanti tidak mengikut kehendak anda. Yang penting, anda dan bayi selamat.
18. Melahirkan anak adalah hari yang paling bahagia dan menakutkan dalam hidup anda. Jangan lupa membaca doa dipermudahkan bersalin sebelum memasuki dewan bedah.
![](https://tropika.my/wp-content/uploads/2021/01/doa-01-scaled.jpg)
Selepas bersalin
19. Biarkan badan anda sembuh terlebih dahulu. Tidak perlu tergesa-gesa ke gimnasium untuk menguruskan badan. Badan anda memerlukan masa untuk kembali kuat seperti dulu.
20. Luangkan lebih banyak masa sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin) untuk merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Selain daripada membantu perkembangan mental bayi, mereka juga akan berasa lebih tenang dan selamat serta mudah tidur.
21. Salah satu cara bayi berkomunikasi adalah melalui tangisan. Anda perlu tahu jenis-jenis tangisan bayi dalam mengenal pasti samada bayi lapar, sakit, tidak selesa, mengantuk dan letih, kembung perut (kolik) dan lain-lain. Lihat video ini untuk contoh tangisan bayi yang mengalami kolik https://www.facebook.com/242538102519495/videos/1378348498938444
22. Beli pam payudara yang berkualiti dan bagus. Buat perbandingan pada semua jenis pam yang ada di pasaran dari segi kualiti, bajet dan ulasan pengguna lain.
23. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ia membantu membekalkan nutrien yang terbaik serta menguatkan sistem imuniti bayi. Jangan kecewa jika proses menyusu menjadi sukar dan sakit.
24. Tonton video penyusuan dan dapatkan khidmat pakar atau perunding laktasi sekiranyanya memerlukan bantuan. Tonton video ini untuk posisi dan lekapan penyusuan yang betul https://www.facebook.com/242538102519495/videos/3164306943673664
25. Apa yang anda makan akan mempengaruhi diet bayi (sekiranya anda menyusu). Pastikan anda makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
26. Menyusu mengikut kehendak (feeding on demand) adalah tidak salah. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
27. Anda tidak gagal sekiranya anda tidak boleh menyusu bayi anda. Gantikan dengan susu formula yang sesuai dengan bayi anda. Dapatkan khidmat doktor jika perlu.
28. Jangan sekali-kali keluar tanpa membawa pad payudara (breast pad). Sudah tentu anda tidak mahu baju anda kelihatan basah akibat bocor susu.
29. Setelah bersalin, kebanyakan masa anda pasti dihabiskan untuk anak. Anda akan menjadi lebih cepat letih dan beremosi. Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk diri anda sendiri (me-time).
30. Jangan lupa meluangkan sedikit masa dengan pasangan anda juga. Ini penting dalam menjaga hubungan di antara anda berdua.
31. Luangkan masa untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan anda. Hubungan intim boleh menyakitkan beberapa kali pertama selepas kelahiran. Pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal.
32. Kurangnya sokongan dan perhatian serta kepenatan menguruskan rumah tangga boleh menyebabkan kemurungan post natal. Ambil peka dengan tanda-tanda kemurungan post natal dan dapatkan bantuan dengan segera. Baca sini
https://www.facebook.com/TropikaHQ/posts/3279625412144067
33. Dapatkan bantuan untuk tugas memasak, mengemas dan menjaga anak sekiranya perlu. Jika mampu, upahlah pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Jika tidak, suami haruslah memainkan peranan dalam meringankan beban isteri.
34. Beli baby carrier untuk memudahkan anda melakukan kerja sambil mengendong bayi ketika bersendirian. Baca sini untuk tips penting mengenai penggunaan baby carrier. https://ohbulan.com/boleh-bonding-exploration-doktor-kongsi-tips-penting-guna-baby-carrier-dengan-selamat
35. Terdapat pelbagai jenis lampin di pasaran. Pastikan lampin itu sesuai dengan saiz dan kulit bayi. Ada sesetengah jenis lampin pakai buang yang boleh menyebabkan ruam pada bayi.
36. Pastikan anda ada stok tisu basah yang banyak. Pilih tisu basah yang sesuai dengan kulit bayi. Ada sesetengah tisu basah yang terlalu kasar untuk kulit bayi. Namun, adalah lebih baik untuk menggunakan air paip daripada tisu basah ketika di rumah.
37. Bayi mudah terkena ruam lampin. Ini mungkin disebabkan oleh kulit terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama, alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang atau alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh kain lampin. Baca http://www.myhealth.gov.my/ruam-lampin/
38. Pastikan barang keperluan bayi bebas bahan kimia dan selamat digunakan. Anda boleh cuba produk-produk TROPIKA yang berasaskan minyak kelapa dara (https://tropika.my/produk-semulajadi-tropika-pilihan-ibu-bapa-masa-kini/). Set lengkap produk TROPIKA telah menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia sejak tahun 2010. Lihat produk TROPIKA di https://tropika.my/
39. Potong kuku bayi ketika mereka sedang tidur. Ini penting untuk elak berlakunya kecederaan terutamanya apabila bayi sangat aktif dan lasak. Sekiranya kuku bayi keras dan tajam, anda boleh memotong kuku ketika atau selepas bayi mandi. Kuku bayi menjadi lebih lembut apabila terkena air.
40. Vaksin bayi anda mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan. Vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka melalui rangsangan kepada sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Lihat jadual imunisasi kebangsaan yang dikeluarkan oleh KKM. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10157510795791237/?type=3&theater
![](https://tropika.my/wp-content/uploads/2021/01/Jadual-vaksin-bayi-kkm-2021.jpg)
41. Untuk bayi lelaki, pastikan bahagian peribadinya menghadap ke bawah semasa dipakaikan lampin. Ini untuk mengelakkan bahagian atas lampin basah dengan air kencing.
42. Sentiasa tutup bahagian bawah bayi ketika menukar lampin. Ini untuk mengelakkan daripada anda terkena air kencing mereka.
43. Sekiranya anda ingin mandi semasa bayi terjaga, letakkan bayi di dalam bilik mandi dengan anda atau di depan pintu tandas. Dengan cara ini, anda boleh mandi sambil memerhatikan bayi anda.
44. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman rumah menggunakan stroller. Cahaya matahari dan udara segar boleh memberikan emosi dan tenaga yang lebih baik.
45. Setiap bayi adalah unik. Jangan bandingkan bayi anda dengan bayi lain.
46. Semua bayi tidak akan mencapai tahap perkembangan dalam masa yang sama. Ada yang cepat, ada juga yang sedikit lambat walaupun umur yang sama. Ini mungkin disebabkan genetik, jantina dan perbezaan persekitaran bayi. Pastikan anda tahu milestone perkembangan bayi supaya kelewatan perkembangan (develpment delay) dapat dikesan dengan lebih awal.
47. Cium dan peluklah bayi anda sekerap yang mungkin ketika mereka masih bayi. Apabila mereka sudah besar, mereka selalunya akan mengelak apabila dicium dan dipeluk. Ini adalah sifat semulajadi kanak-kanak.
48. Ambil gambar dan video detik-detik istimewa seperti kali pertama bayi berjalan, bercakap dan sebagainya. Anda pasti akan merindui saat itu.
49. Adalah normal apabila anda menjadi cepat lupa selepas bersalin.
50. Enjoy momen-momen indah anda sebagai ibu.