Hati ibu mana yang tidak risau apabila kulit anak tersayang diserang virus yang bahaya iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Bayangkan apabila anak tidak boleh makan akibat daripada rasa sakit ulser yang ada di dalam mulut.
Malahan, anggota badan lain seperti tangan dan kaki juga ruam dan rasa gatal. Tentu anak merengek dan tidak selesa.
Tiada ubatan atau rawatan khusus untuk membunuh virus penyakit ini.
Namun, ibu ayah jangan panik!
Jom kenali penyakit ini dan ketahui cara untuk mencegah apabila anak dijangkiti penyakit ini.
Apa Itu HFMD?
Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit.
Ia disebabkan oleh virus daripada kumpulan coxsackie enterovirus terutamanya virus coxsackie A16.
Virus ini menyebabkan lepuh pada tangan dan kaki, dalam mulut serta di kawasan ‘nappy’.
Siapa Yang Berisiko Kena HFMD?
Lazimnya, penyakit HFMD ini lebih berisiko dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak yang berumur bawah dari 6 tahun.
Ia bermula dengan rasa tidak sihat seperti demam dan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua hari, luka (ulser) di mulut akan timbul.
Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh.
Ia juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ia biasanya tidak menyebabkan kegatalan.
Simptom-simptom HFMD
Berikut merupakan simptom-simptom HFMD:
1. Demam
2. Sakit tekak
3. Kehadiran luka kecil seperti lepuh pada bahagian dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki dan kawasan ‘nappy’
4. Kanak-kanak sering meragam, letih dan tiada selera makan
Penyebaran HFMD
Virus penyebab HFMD ini terdapat di dalam kerongkong dan najis.
Ia boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair di kawasan seperti:
- Kulit yang melepuh
- Hidung
- Cecair tekak (termasuk air liur, kahak atau hingus)
- Titisan bersin dan batuk
- Najis
Tempoh inkubasi adalah antara 3 hingga 5 hari. Manakala, masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul.
Apa Yang Ibu & Ayah Perlu Lakukan?
Setelah ibu & ayah mendapati anak menunjukkan simptom HFMD, perkara pertama adalah jangan panik!
Ini kerana penyakit itu bersifat ‘self-limiting’ yang bermaksud ia boleh sembuh dengan sendirinya, sejajar dengan waktu.
Namun, ini tidak bermakna mereka boleh membiarkan anak begitu sahaja.
Berikut ialah tindakan ibu & ayah yang perlu dilakukan:
1. Mengambil ubat demam (Paracetamol) untuk mengurangkan demam.
2. Air garam digunakan untuk berkumur.
Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur.
3. Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya.
4. Hidangkan makanan yang sejuk dan lembut seperti yogurt, jeli, aiskrim atau smoothie untuk melegakan sakit tekak.
Elakkan jus dan air soda yang tinggi kandungan asid. Ia boleh merengsakan tekak.
Baca Juga
Langkah Pencegahan HFMD
1.Amalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit.
2.Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan dinyahkuman dengan menggunakan bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air.
3.Jangan berkongsi barang-barang peribadi.
4.Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti.
Komplikasi HFMD
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi ia boleh menyebabkan jangkitan pada otak, paru-paru dan jantung.
Alternatif Lain
Ibu & ayah jangan risau.
Selain dari mendapatkan nasihat doktor, anda boleh mencuba produk natural iaitu Minyak kelapa Dara dari Tropika.
Produk ini mempunyai pelbagai khasiat dan didatangkan dalam perisa blackcurrant dan pandan yang menjadikan ia lebih sedap.
Khasiatnya adalah:
1. Mengurangkan rasa gatal, kemerahan dan ruam. Juga boleh digunakan sebagai sapuan baby oil.
2. Membantu mengurangkan rasa sakit di mulut disebabkan ulser.
3. Memberi sumber nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina.
4. Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh set tubuh dan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan.
5. Antioksidan semulajadi di dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
6. Kulit menjadi lebih lembut, licin dan halus kerana minyak kelapa dara mempercepatkan proses penggantian sel – sel kulit yang mati dengan sel yang baru.
7. Merawat dan membantu menyembuh penyakit ekzema dan dermatitis.
Cara Penyediaan Minyak Kelapa Dara Tropika
- Luaran (sapuan)
1. Sapu 2 kali sehari atau ketika diperlukan
- Dalaman (minum)
1. Dewasa : 2 sudu besar, 2 kali sehari selepas makan.
2. Kanak-kanak : 1 sudu besar, 1 kali sehari selepas makan.