
Apabila kes penyakit influenza meningkat, kita dapati wad kanak-kanak semakin sesak sehingga merisaukan ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, kita perlu cakna dan memandang serius terhadap kes ini. Ini bermaksud kita perlu tahu cara-cara pencegahan agar si manja tidak mudah dijangkiti.
Siapa sangka bahawa kita yang baru sahaja beralih ke fasa pra endamik Covid-19, kini berdepan dengan cabaran baru iaitu jangkitan influenza.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya masyarakat keliru perbezaan antara penyakit influenza dengan Covid-19.
Dalam pada itu, laporan berita menyatakan wad kanak-kanak mengalami kesesakan susulan peningkatan kes influenza antaranya di Johor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Ikuti artikel ini untuk ketahui maklumat mengenai influenza dengan lebih lanjut.
Maksud Influenza
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti saluran pernafasan.
Ia juga turut dikenali sebagai flu iaitu penyakit bawaan udara mudah berjangkit dan berupaya menjadi wabak.
Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan influenza B?
Virus influenza A terbahagi kepada pelbagai jenis berdasarkan struktur protein yang terdapat pada virus, contohnya influenza A H1N1 dan H3N2.
Influenza A adalah satu-satu yang berupaya menyebabkan pandemik atau wabak di seluruh dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 2009 (H1N1).
Cara Penyebaran Penyakit Influenza

Seperti yang dinyatakan di atas, virus ini mudah tersebar melalui udara. Disebabkan itu, kita digalakkan untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk.
Hal ini kerana titisan air liur (droplets) boleh “disedut” oleh orang lain atau terkena ke permukaan objek seperti meja.
Jadi, sesiapa yang memegang objek tersebut akan lebih mudah dijangkiti melalui sentuhan langsung ini.
Kebiasaannya, tempoh inkubasi jangkitan akan terjadi sekitar 1 hingga 4 hari (puratanya adalah 2 hari).
Golongan Berisiko Jangkitan Influenza
Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun amat berisiko untuk menerima jangkitan influenza.
Ini disebabkan oleh sistem imun badan mereka yang belum cukup matang dan kuat bagi melawan jangkitan tersebut.
Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti virus ini. Lebih membimbangkan lagi, kadar kematiannya dalam kalangan kanak-kanak bawah amat tinggi.
Wanita mengandung
Dalam tempoh kehamilan, biasanya wanita akan menjadi sedikit lemah. Sekiranya wabak ini berlaku, maka mereka juga tergolong sebagai berisiko untuk dijangkiti.
Warga emas
Golongan warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah juga mudah untuk menjangkiti wabak ini.
Sistem imuniti tubuh badan mereka sudah menjadi lemah dan menurun menyebabkan mereka menjadi golongan yang berisiko tinggi.
Pesakit penyakit kronik
Antara penyakit-penyakit kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), penyakit jantung, kencing manis dan penyakit buah pinggang menyebabkan golongan ini mudah dijangkiti virus influenza.
Pesakit imun lemah
VIrus berbahaya ini turut menyerang individu seperti pesakit kanser, pesakit yang memerlukan ubat anti-imun dan steroid ataupun penerima organ.
Golongan ini mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sehingga mudah dijangkiti virus ini.
Simptom-simptom Penyakit Influenza
Untuk makluman anda, gejala influenza bermula pada 1 atau 2 hari selepas dijangkiti.
Namun, ia akan menjadi gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap imuniti badan yang baik.
Berikut merupakan gejala serangan virus:
- Demam
- Selesema
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sukar bernafas
- Cirit birit dan sakit perut (khususnya di kalangan kanak-kanak)
Artikel berkaitan
Komplikasi
Komplikasi jangkitan influenza adalah seperti berikut:
- Jangkitan paru-paru (disebabkan virus influenza sendiri atau bakteria),
- Serangan jantung,
- Jangkitan telinga dan sinus,
- Jangkitan paru-paru.
Rawatan
Bagi yang berisiko rendah, jika gejala adalah ringan, memadai berehat di rumah untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
Bagi pesakit yang berisiko rendah, mereka hanya diberi rawatan untuk mengurangkan gejala. Rawatan ini termasuklah ubat demam dan ubat batuk.
Berkumur dengan cecair antiseptik juga boleh meringankan gejala. Serta, mereka digalakkan untuk mengambil makanan bergizi untuk meningkatkan tahap imuniti badan.
Bagi yang berisiko tinggi, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi mencegah sebarang komplikasi.
Salah satu daripada pilihan rawatan buat pesakit yang dijangkiti adalah dengan menggunakan ubat anti-viral iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan.
Pencegahan
Bagi mengelak berlakunya penularan penyakit ini, kita wajar melakukan pencegahan, terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil.
- Mendapatkan vaksinasi influenza yang perlu diambil setiap tahun
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih
- Memakai pelitup muka.
- Amalan kerap mencuci tangan
- Tahu etika ketika batuk dan bersin
- Elak kerap menyentuh mata, hidung dan mulut
Produk pilihan
Secara umumnya kita sudah mengetahui bahawa gejala ini membuatkan pesakit tidak selesa apabila mengalami simptom-simptom seperti:
- Demam,
- Selsema,
- Sakit tekak,
- Batuk,
- Pening dan sakit otot,
- Sukar bernafas, dan
- Cirit birit dan sakit perut.
Dengan ini selain segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, produk natural TROPIKA Baby Herbal Cream adalah pilihan yang mampu memberi kelegaan kepada pesakit.
Ekoran kes influenza meningkat, permintaan terhadap produk TROPIKA Baby Herbal Cream naik mendadak di pasaran.
Apa yang pasti, produk ini mempunyai banyak manfaat kepada pesakit.
Kebaikan produk ini adalah mampu membantu merawat dan mencegah anak-anak anda daripada batuk dan selsema, kahak, nafas berbunyi (lelah), hidung tersumbat dan mengatasi masalah kembung perut pada bayi.
Selain itu, krim ini juga tidak panas dan tidak melekit. Jadi, ia sesuai digunakan pada bayi dan juga orang dewasa.
Klik pautan di bawah ini untuk dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream sekarang!