makanan berpantang

8 Makanan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Badan Fresh & Susu Badan Pun Banyak!

Sewaktu berpantang, selain menjaga kesihatan dengan bertungku dan memakai bengkung untuk kembali kepada normal, makanan berpantang selepas bersalin juga perlu dititikberatkan tau!

Semasa berpantang, pemakanan ibu harus seimbang. Perancangan ini penting untuk mengembalikan rasa segar badan dan meningkatkan penghasilan susu badan berkualiti untuk bayi.

Jadi suami kena ambil peduli, supaya tidak salah menyediakan makanan yang sihat untuk isteri tersayang.

Umumnya, berpantang adalah tempoh masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat dan memulihkan tubuh selepas bersalin.

Lazimnya kaum Cina berpantang selama 30 hari dan bagi kaum Melayu pula, kebiasaannya antara 44 hingga 50 hari. Ada juga sesetengah wanita yang mengamalkan pantang selama 100 hari!

Ayuh, ikuti panduan makanan berpantang selepas bersalin ini  khasnya buat pasangan suami isteri yang baru pertama kali bergelar ibu ayah!

Makanan Berpantang Selepas Bersalin (Boleh dan Tidak Boleh Dimakan)

makanan berpantang

1. Elakkan Makanan ‘Sejuk & ‘Panas

makanan berpantang

Petua orang dahulu nasihatkan ibu yang sedang berpantang untuk mengelakkan jenis-jenis makanan yang dikatakan panas, berangin, sejuk atau ‘tajam’.

Jenis makanan sebegini dikhuatiri akan menjejaskan luka bersalin untuk sembuh lebih cepat atau jahitan luka terbuka semula serta mengganggu kesihatan mental dan dalaman ibu sendiri.

Dengan mengurangkan pengambilan  makanan sejuk dan panas ini, para ibu yang berpantang boleh mengelak dari mendapat angin yang membuatkan badan tidak selesa.

Selain itu, ia boleh memperbaiki aliran darah dan memperbanyak penghasilan susu.

Jenis makanan ‘sejuk’ adalah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang.

Biarpun ia dianggap mitos, namun ia merupakan adat dan kepercayaan yang telah diwarisi sejak zaman dahulu dalam masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada bukti mahupun kajian saintifik yang menunjukkan terdapat jenis-jenis makanan yang boleh membahayakan ibu berpantang.

2.Makanan Gantian Lebih Berkhasiat

minyak kelapa dara

Menggantikan beras biasa dengan beras perang adalah antara cara yang tidak keterlaluan untuk anda berdiet serta mendapatkan kalori baik.

Sumber bijirin berserat tinggi ini juga bagus untuk penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalin.

Kepada ibu yang selalu mengamalkan suplemen sebelum bersalin, lebih baik anda gantikan ia dengan minyak kelapa dara (VCO).

Minyak kelapa dara diiktiraf sebagai ‘Superfood’ iaitu makanan yang sangat bermanfaat terutama kepada ibu yang sedang berpantang.

Paling penting membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dan melancarkan buang air besar selepas bersalin.

Nak tahu lebih lanjut tentang manfaat minyak kelapa dara (VCO) untuk ibu selepas bersalin jom tengok video ini!

@tropikahq Masa Pantang, Mommies kena jaga untuk kekalkan keayuan dan kecantikan mommies #baby #iburumahtangga #parent #bayi #pantang ♬ France Accordion Swing - MIZUSATO Masaki

3. Sarapan Berserat Tinggi

Selain makan nasi untuk hidangan utama makanan berpantang, anda boleh mengamalkan pengambilan roti berserat tinggi untuk sarapan atau makan pagi.

Berbanding roti putih dan biskut kering, roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi.

4.Sumber Protein Tinggi

Untuk memastikan kekal bertenaga sepanjang hari, ibu harus mempunyai sumber protein yang tinggi dalam sajian harian.

Pengambilan ikan Salmon misalnya, bukan sahaja berkhasiat tetapi turut terbukti dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).

Selain itu, ikan tenggiri dan tuna juga antara pilihan yang bagus sebagai lauk dalam makanan berpantang kerana ia memperbaiki fungsi otak dan membina sistem saraf bayi.

5. Buah-Buahan Tinggi Vitamin

makanan berpantang

Buah-buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik, oren, pisang, dan sebagainya sangat berkhasiat untuk ibu berpantang.

Buah jenis yang kaya tinggi vitamin C bagi membantu proses penyembuhan luka dengan cepat. Disarankan mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.

Baca Juga

Pemakanan & Diet Seimbang Elak Sembelit, Tip Untuk Ibu Hamil!

6. Sayur-Sayuran Tinggi Antioksidan

Jangan culas dengan sayuran hijau dalam tempoh berpantang.  Sayur hijau seperti sawi hijau, bayam, kucai, serta ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja juga patut ditambahkan ke dalam menu harian anda.

Ia bukan sahaja tinggi antioksidan, vitamin, serta mineral, bahkan ia turut memiliki sumber kalsium yang penting untuk tubuh. Kalorinya pun rendah.

7. Kekacang Sebagai Kudapan

Kalau teringin nak makan snek atau ‘kudap-kudap’, pilihlah daripada sumber yang sihat seperti kacang badam, walnut, kuaci, atau pistachio.

Semua jenis kekacang sihat seperti ini dapat membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh di samping meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

8. Buah Kering

Banyakkan makan buah-buah kering. Kurma adalah antara pilihan buah-buahan kering yang amat baik untuk ibu selepas bersalin.

Khasiatnya yang begitu banyak tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain memberi tenaga, ia juga membantu merangsang penghasilan susu badan.

Anda juga boleh memakan kismis, aprikot kering atau buah tin (figs).

Kesimpulan

Disebalik pantang larang sewaktu berpantang yang diturunkan oleh orang dahulu, ada juga baiknya diikuti.

Makanan-makanan berpantang ini sangat bagus untuk mempercepatkan proses sembuh luka bersalin di samping memberikan tenaga kepada ibu berpantang.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dan berpantang. Makanan juga kunci utama kepada badan yang lebih sihat.

Untuk ibu yang sedang mencari minyak kelapa dara, Tropika ada menyediakan khas untuk anda.

Terdapat dalam 2 perisa, iaitu Blackcurrant dan Pandan yang sesuai untuk diamalkan, bukan sahaja ibu tetapi juga untuk anak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *