ekzema

Ekzema: Punca, Simptom dan Rawatan Terbaik

Pernahkah anda mengalami kegatalan yang serius sehingga menyebabkan keradangan pada kulit? Anda berkemungkinan besar menghidap ekzema.

Penyakit ini kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak-kanak. Namun ada sesetengah kes berlaku kepada orang dewasa.

Artikel ini akan menerangkan lebih lanjut mengenai ekzema serta punca-puncanya. Selain itu, terdapat kaedah-kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Apa Itu Ekzema?

Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit gatal yang disebabkan keradangan dan kulit sensitif. 

Ia tergolong dalam jenis penyakit yang diwarisi keluarga ataupun dikenali sebagai penyakit atopik. Selain ekzema, penyakit atopi lain adalah asma, resdung dan gatal mata.

Penyakit ini selalunya terjadi pada bahagian lutut, pertengahan siku, pergelangan tangan dan muka. 

Ekzema bermula dengan lepuh kecil yang mempunyai cecair di atas kulit yang tebal dan ianya berwarna merah. 

Cecair tersebut akan mengalir keluar apabila lepuh tersebut pecah. Pesakit diminta untuk mendapatkan rawatan doktor sekiranya masalah semakin teruk.

Punca Ekzema

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ekzema berlaku, namun penyebab sebenar ekzema masih kurang difahami dan diketahui dengan sepenuhnya.

Secara fisiologinya, ekzema dianggap sebagai tindak balas sistem badan yang terlebih aktif terhadap kerengsaan. Ianya juga boleh terjadi akibat tindak balas yang tidak normal terhadap protein.

Berikut merupakan faktor-faktor yang berkemungkinan menyebabkan ekzema:

  • Alahan kepada makanan tertentu
  • Tekanan hidup
  • Perubahan suhu
  • Penggunaan kain sintetik
  • Selesema atau jangkitan pernafasan
  • Alahan kepada haiwan
  • Berpeluh
  • Pendedahan kepada cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Sejarah keluarga yang mengalami alahan lain atau asma
  • Kerosakan penghalang kulit 
  • Bersentuhan dengan bahan kasar sehingga menyebabkan kulit menjadi gatal.

Jenis-Jenis Ekzema

Penyakit ekzema dapat dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut  kawasan kegatalan dan keradangan yang dialami. Mari kita lihat jenis-jenis ekzema ini dengan lebih mendalam.

  • Dyshidrotic dermatitis

Keadaan dyshidrotic dermatitis ini sering terjadi kepada kaum wanita di mana ianya menjejaskan jari, telapak tangan serta telapak kaki.

Tompokan-tompokan bersisik akan muncul pada bahagian tersebut. Ia akan menjadi merah, merekah dan serta menyebabkan kegatalan. 

  • Xerotic eczema

Keadaan ini terjadi apabila kulit terlalu kering sehingga boleh menyebabkan kulit merekah dan menjadi “ooze”

  • Seborrheic dermatitis

Ruam yang terhasil pada bahagian muka, kulit kepala, telinga dan tengah dada orang dewasa.

Bayi yang mengalami ruam di bahagian belakang telinga dan juga seluruh badan.

  • Pompholyx (dyshidrotic eczema)

Pompholyx menghasilkan ruam gatal seperti lepuh kecil atau juga dikenali sebagai vesicles.

  • Scabies

Menyerupai bentuk ekzema yang lain dengan gatal yang boleh menghasilkan ruam.

  • Lichen simplex chronicus

Jenis ekzema ini selalunya menghasilkan plak kulit yang tebal pada bahagian leher serta hadapan kaki.

  • Allergic contact dermatitis

Allergic contact dermatitis ini sering terjadi apabila sistem imun badan menjadi aktif di tempat pendedahan berulang kali pada bahan yang sama.

  • Jangkitan kulat

Dapat menghasilkan corak yang sama dengan jenis-jenis ekzema yang lain.

  • Stasis dermatitis

Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang mengalami masalah kaki bengkak akibat pengaliran darah yang lemah.

  • Irritant dermatitis

Irrirant dermatitis sering terjadi apabila kulit individu tersebut terdedah kepada cucian yang berlebihan atau bahan kimia berbahaya secara berulang kali.

  • Atopic dermatitis

Sering berlaku disebabkan genetik di mana ianya menghasilkan ruam biasa. 

Masalah ini sering berlaku pada bahagian leher, siku, lipatan lutut, pergelangan kaki serta pipi.

Tanda-Tanda Ekzema

Berikut merupakan antara tanda-tanda seseorang menghidap penyakit kulit ekzema:

  • Kegatalan kulit.
  • Tompok merah atau coklat-kelabu pada kulit.
  • Kulit menjadi berkerak apabila digaru dan terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder.
  • Lepuh kecil yang mengandungi cecair jernih dan akan mengalir keluar.
  • Ruam kulit.
  • Kulit tebal dan bersisik.

Petua Untuk Mengurangkan Ekzema Pada Bayi


Bayi dan kanak-kanak merupakan golongan yang senang untuk mendapat ekzema. 

Di antara penyebab seseorang bayi itu mengalami ekzema adalah:

  • hama rumah, 
  • debunga, 
  • haiwan peliharaan, 
  • pemakanan, 
  • perubahan cuaca, 
  • Asap rokok 
  • Jangkitan bakteria

Kebiasaannya bayi akan mengalami bintik-bintik merah pada bahagian pipi dan kadang kala ianya berair. 

Malahan, bayi akan berasa kurang selesa dan sering menggaru muka mereka. Selain itu, bintik-bintik tersebut juga boleh terjadi pada bahagian kulit yang lain.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan ekzema yang dihadapi bayi:

  • Lapkan peluh terutama pada bahagian pelipat kerana peluh boleh menyebabkan kegatalan.
  • Pakai pelembap yang sesuai dengan kerap dan guna pembersih yang bebas sabun.
  • Pakai pembalut atau sarung fabrik yang lembut dan elastik untuk melindungi kawasan kulit yang mengalami ekzema.
  • Sibukkan bayi dengan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
  • Pastikan kuku jari mereka pendek agar tidak melukakan kulit jika tergaru.
  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang lembut, ringan dan menyerap peluh.
  • Sapu ubat yang mengandungi menthol untuk mengurangkan kegatalan.

Cara Merawat Ekzema

Terdapat beberapa kaedah untuk merawat penyakit ini.

Pertama, bagi orang dewasa, anda disarankan untuk mengubah gaya hidup anda. Amalkan pemakanan sihat dan kerap membersihkan badan.

Kedua, gunakan losyen atau krim pelembap selepas mandi bagi mengekalkan kelembapan kulit anda.

Ketiga, gunakan teknik pemampatan sejuk bagi melegakan kegatalan yang dialami.

Keempat, buat senaman pernafasan atau meditasi untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat ekzema.

Kelima, pastikan anda ada ubat-ubatan yang sesuai bagi mengurangkan ekzema. Di antara ubat-ubat yang bagus adalah:

  • Antihistamine – mengurangkan kegatalan kronik
  • Cyclosporine – Sering digunakan sekiranya rawatan lain tidak memberi sebarang impak dan tidak mempunyai tindak balas terhadap rawatan lain
  • Topical Immunomodulators (TIM) – Krim kulit yang berfungsi sebagai pengubah tindak balas sistem imun badan.
  • Immunosuppressants –  Ubat ini adalah ubat preskripsi yang dapat menghalang sistem imun badan dari bertindak dengan berlebihan.

Akhir sekali, rawatan terapi seperti fototerapi di mana ianya menggunakan cahaya ultraviolet pada kulit untuk mencegah tindak balas sistem imun yang mengakibatkan ekzema.

Namun begitu, sekiranya penyakit ekzema anda menjadi teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak, bernanah dan berbau sila dapatkan nasihat doktor atau pakar kanak-kanak dengan segera untuk pemeriksaan lanjut. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk anda mengurangkan kegatalan yang terjadi disebabkan ekzema sama ada menggunakan perubatan moden atau tradisional.

P.S Sekiranya anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di Tropika.my

Tropika antara jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi dan minyak kelapa dara dalam mengformulasikan produk mereka. Antara produk pilihan ibu masa kini ialah, BABY HAIR & BODY OIL dan NATURAL BUBBLE WASH.

BABY HAIR & BODY OIL berfungsi sebagai melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ia mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy.

NATURAL BUBBLE WASH adalah mandian yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama. Mandian ini amat sesuai untuk si manja yang mengalami kulit sensitif.

Terdapat 3 pilihan mandian TROPIKA Natural Bubble Wash yang anda boleh pilih:

💐 Lavender 

🌷 Sweet (Rose) 

🍑 Happy (Apricot) 

Anda boleh mendapatkan produk bayi TROPIKA di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *