sakit tekak

Sakit Tekak Rawatan Cara Selamat, Spray Je Pun Dah Rasa Lega!

Kesihatan diri ialah nikmat yang paling besar bagi seorang individu dan satu nikmat yang tidak sewajarnya di pandang remah.

Bayangkan apabila bangun pagi,  tekak anda rasa sakit secara tiba-tiba, sudah tentu rasa tak selesa. Sudah tentu mula tak sedap badan, atau selsema.

Sakit tekak merupakan sakit yang sering dialami oleh manusia. Ia akan diikuti dengan sakit gejala bersin dan batuk. Sakit tekak turut mudah dikenali dengan demam selsema.

Apa Itu Sakit Tekak?

Hakikatnya sakit tekak adalah salah satu simptom paling lazim di dunia. Kebiasaannya sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan keradangan pada tonsil, farinks atau larinks.

Jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan gejala sakit tekak. Selain dari jangkitan yang disebut di atas, sakit tekak boleh disebabkan oleh alahan.

Jangan risau, sakit ini bukan masalah kesihatan yang serius, namun ia perlu segera dirawat supaya tidak menganggu rutin harian.

Simptom Sakit Tekak

1.Rasa sakit di bahagian tekak ketika bercakap.

2.Rasa sakit tekak ketika menelan sesuatu.

3.Suara serak hingga pertuturan terganggu.

4.Sakit di bahagian tekak ketika menguap.

5.Tekak kelihatan merah.

6.Tekak rasa seakan ‘terbakar’ atau perit.

7.Kerap bersin.

8.Mata berair.

9.Hingus meleleh.

Jenis Sakit Tekak Yang Sering Dialami

  • Tonsillitis
  • Krup (Croup)
  • Laringitis
  • Kanser tekak

Penyebab Sakit Tekak

sakit tekak

Terdapat beberapa penyebab berlakunya sakit tekak.

1. Alahan

Alahan merupakan respon tubuh badan yang sensitif terhadap alergen.

Antara beberapa alergen lazim termasuklah debu, debunga ataupun titisan hingus yang mengalir ke arah tekak daripada hidung anda.

2. Udara Sejuk dan Kering

Keadaan yang sangat sejuk atau kering boleh menyebabkan badan meningkatkan pengeluaran lendir dalam usaha mengekalkan saluran udara yang lembap.

Apabila lendir tambahan itu mula meresap, ia boleh menimbulkan perasaan tidak selesa yang menyebabkan kerongkong kesat.

3. Refluks Asid

Sakit tekak akibat refluks asid kebanyakkannya berlaku pada waktu pagi. Asid perut boleh mengalir ke tekak anda pada waktu malam semasa anda sedang tidur.

Oleh itu, apabila berlakunya refluks asid, ia akan menyebabkan rasa terbakar, sakit dan juga keradangan di bahagian tekak.

4. Kecederaan Pita Suara

Sesetengah pekerjaan menggunakan suara yang berlebihan terutamanya penyanyi professional ataupun cikgu yang mengajar.

Karaoke terlalu lama dan menjerit terlalu banyak boleh meregangkan pita suara, malah menyebabkan tekak bengkak sementara. Akibatnya, suara anda bertukar serak dan tekak berasa sakit.

5. Kanser

Pertumbuhan ataupun tumor boleh menyebabkan sakit tekak. Ia boleh menjadi satu punca sakit tekak yang berlarutan.

Baca Juga;

Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi, No. 6 Paling ramai Suka Buat!

4 Rawatan Untuk Sakit Tekak

Setiap penyakit pastinya ada rawatan untuk penyembuhannya. Ketahui rawatan untuk atasi sakit tekak secara lebih efektif.

1. Makan Ubat

ubat sakit tekak

Habiskan antibiotik yang doktor berikan! Sekiranya anda mengalami sakit tekak kerana jangkitan bakteria seperti strep, doktor akan memberi antibiotik.

Antibiotik itu perlu dihabiskan walaupun jika anda rasa sudah sembuh.

2. Ambil Vitamin dan Supplement

Tahukan anda, vitamin dan supplement merupakan elemen yang dapat membantu imun badan dalam keadaan sihat.

Contoh vitamin yang diperlukan:

  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Zink

Anda boleh gunakan buah dan sayuran dalam pemakanan bagi menggantikan tenaga dan imun yang hilang di dalam badan.

3. Semburan Di Tekak

spray tropika

Selain makan ubat, rawatan menggunakan spray atau semburan memberikan kelegaan pada tekak.

TROPIKA FRESH & COOL dapat membantu melegakan sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas. KLIK DI SINI UNTUK INFO LEBIH LANJUT.

4. Remedi Di Rumah

Anda juga boleh mencuba cara hilangkan sakit tekak yang boleh dibuat di rumah termasuk rehat yang mencukupi, minum dan makanan yang panas, dan berkumur dengan air garam.

Elakkan dari memaksa diri untuk bersuara sehingga menyakitkan tekak.

5. Nasihat Doktor

Sekiranya sakit tekak masih berlarutan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sewajarnya.

Hal ini kerana, risau jika anda ada sakit yang lebih teruk seperti Covid-19, kanser tekak dan sebagainya.

Kesimpulannya, jagalah diri anda sebaiknya kerana cuaca yang terlalu panas atau sejuk boleh membuatkan anda mudah sakit tekak.

Pastikan juga anda makan dan minum dari sumber dan kedai yang bersih. Tekak merupakan medium anda untuk berbicara, tanpanya, pasti sukar untuk anda berkomunikasi.

sakit tekak

Fresh & Cool merupakan spray mulut yang memberikan rasa fresh bila disembur.

Bahan-bahan: Cocos Nucifera (Virgin Coconut) Oil, Nigella Sativa (Black Seed) Oil, Peppermint Oil.

Cara guna: Goncang sebelum digunakan. Spray 1-3 kali sehari atau bila memerlukannya.

Sesuai digunakan bagi berumur 18 tahun ke atas.

Anda takperlu susah-susah, hanya perlu sembur dan terus dapat menghalang bau kurang senang di mulut!

Selain itu, ia dapat membantu anda terutama bila sakit tekak ketika keadaan cuaca sejuk dan panas, batuk dan juga mampu mengurangkan ulser di mulut

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan segera dengan tekan link pembelian di bawah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *