Apabila bayi mengalami masalah kembung perut, ibu dan ayah merupakan insan pertama yang akan risau.
Meskipun situasi ini tampak biasa, namun, perasaan panik itu masih berlegar dalam diri ibu dan ayah.
Terutama sekali, buat pasangan yang masih mentah dalam dunia penjagaan si anak kecil. Boleh buat mereka jadi tidak keruan!
Disebabkan itu, kami di Tropika ingin berkongsi punca terjadinya masalah kembung perut dan cara hilangkan kembung perut bayi ini.
Jom baca penulisan ini untuk mengetahui maklumat tentang bayi kembung perut.
Dan, pastikan anda menonton video menerusi pautan yang disediakan pada akhir artikel ini.
Info Penting Tentang Bayi Kembung Perut
Masalah bayi kembung perut dikaitkan dengan masalah kolik yang menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan menangis berlanjutan.
Selain itu, masalah kolik ini menjadi punca utama bayi kelihatan seperti tidak selesa tanpa sebab yang jelas.
Tetapi, bayi tersebut akan kembali selesa dan normal selepas beberapa ketika.
Namun begitu, sebagai seorang ibu atau bapa, anda tidak perlu risau kerana masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi membesar.
Hal ini boleh terjadi atas sebab penyusuan yang semakin baik.
Tanda-tanda Kembung Bayi
Berikut merupakan antara tanda-tanda bayi anda mengalami masalah kembung bayi:
- Bayi akan menangis secara berterusan atau buat jangka masa yang lama tanpa sebab yang jelas. Ia mungkin akan terjadi antara 2 hingga 4 jam pada setiap hari.
- Masalah kembung bayi akan selalu terjadi kepada bayi yang berusia antara 2 hingga 3 minggu. Tetapi, ia akan beransur pulih apabila bayi telah capai umur 3 hingga 4 bulan.
- Bayi akan menangis sekuat-hati dan menarik kedua-dua belah kaki ke bahagian perut. Dia juga akan menggenggam tangan pada waktu ini.
- Ada juga situasi di mana masalah kembung perut ini tidak berkait dengan penyakit lain seperti demam, muntah, cirit-birit atau perut buncit.
Artikel Berkaitan; Jenis Makanan Punca Bayi Kembung perut, Parents Take Note ya!
7 Cara Mengatasi Kembung Perut
Pada bahagian ini, kami akan kongsikan 7 cara hilangkan kembung perut bayi dan cara mengatasinya. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Mendukung bayi
Cara yang pertama ialah ibu dan bapa mendukung bayi sambil membawanya berjalan-jalan di dalam rumah atau bilik.
Dengan membuat cara ini, si bayi akan berasa lebih selesa dan masalah kembung perut akan bersurut reda.
2. Saiz puting sesuai
Untuk pengetahuan anda, bayi yang masih menyusu perlu diberikan saiz puting yang sesuai. Ia amat memainkan peranan penting terhadap aliran susu.
Hal ini kerana saiz puting yang betul juga menyumbang keselesaan kepada bayi serta bantu untuk mengelakkan masalah perut kembung.
3. Susu formula
Alahan terhadap susu formula tertentu boleh menyebabkan masalah perut kembung.
Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu seperti protein susu lembu atau laktosa.
4. Sendawakan bayi
Ini adalah langkah yang amat penting sebelum membiarkan bayi anda terus tidur. Menurut American Academy of Paediatrics (AAP) sendiri yang syorkan ibu ayah sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu walaupun si manja anda kelihatan tenang.
5. Elakkan makanan berangin
Ibu yang berikan susu badan kepada bayinya sewajarnya elak daripada beberapa jenis makanan yang menyebabkan masalah kembung perut pada bayi.
Antara makanan tersebut adalah kubis, brokoli, bunga kubis, minuman berkafein, dan makanan sumber daripada tenusu.
6.Mengurut dengan minyak dan cream natural
Cara yang sering digunakan oleh ibu dan bapa untuk meredakan masalah perut kembung bayi adalah menggunakan minyak yang sesuai. Kemudian, anda boleh urut si bayi secara lembut.
Salah satu produk minyak yang sesuai digunakan adalah Baby Herbal Cream daripada TROPIKA.
Produk ini amat sesuai digunakan ke atas bayi kerana ia mudah meresap dan tidak meninggalkan “kesan” panas pada perut si kecil.
Jika anda ingin tahu manfaat TROPIKA Baby Herbal Cream ini dengan lebih lanjut, anda boleh layari video TikTok ini di sini!
@tropikahq Bila perut baby dah kerbs, boleh urut macam ni 😅 #kembungperut #bayi #parent #iburumahtangga #baby ♬ Pieces (Solo Piano Version) - Danilo Stankovic
7.Tukar susu formula
Sesetengah bayi mempunyai alahan terhadap protein susu lembu atau laktosa.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba tukar kepada susu soya atau susu kambing jika bayi alah dengan susu lembu.
Kesimpulannya, masalah kembung perut merupakan situasi yang sering terjadi kepada bayi.
Sebagai ibu dan ayah, anda harus bertindak secara wajar supaya masalah itu boleh diredakan.
Jadi, buat anda yang ingin menggunakan produk krim bayi yang selamat, anda boleh dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream.
Produk ini amat bagus dan sesuai untuk bayi kerana:
- Membantu menyelesaikan masalah kembung perut (colic) dan sembelit.
- Melegakan batuk, kahak, dan nafas berbunyi.
- Melegakan selsema, hidung tersumbat atau berair.
- Menenangkan emosi si manja dan bantu elak masalah tantrum).
- Mengurangkan demam panas dan jangkitan bakteria.
- Berfungsi sebagai insect repellent (mosquito baby cream)
- Melembap dan menyihatkan kulit si manja.
- Membuatkan si manja dapat tidur yang lebih selesa.
Jadi, dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream di pautan biru di bawah ini sekarang!