minyak untuk bayi

4 Minyak Terbaik Untuk Bayi Anda

Tengah cari minyak terbaik untuk bayi?  

Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk bayi anda.

Terutamanya bagi memastikan kesihatan bayi anda dalam keadaan yang paling optimum.

Kali ini, artikel ini akan kongsikan 4 minyak terbaik untuk bayi anda. 

Apakah Kepentingan Minyak Untuk Bayi?

minyak untuk bayi

Kulit bayi, terutamanya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, sangatlah sensitif dan nipis. Lapisan dermis dan epidermis mereka jauh lebih nipis daripada kulit orang dewasa malah belum berkembang sepenuhnya. Kulit bayi mudah menjadi kering, mengelupas dan terkena jangkitan kuman.

Minyak untuk bayi penting dan baik dalam membantu menjaga kulit bayi. Selain melembapkan kulit, minyak bayi juga dapat membantu mengelak berlakunya masalah iritasi dan melindungi kulit dari jangkitan kuman.

Teknik Terbaik Mengurut Si Kecil Dengan Menggunakan Minyak Bayi

minyak untuk bayi

Sebelum menggunakan minyak untuk mengurut bayi, ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan terlebih dahulu.

Pertama sekali, pastikan anda tidak mengurut si bayi ketika mereka sedang sakit atau jika mereka baru sahaja menerima suntikan imunisasi.

Pasti ramai ibu bapa yang pelik dengan larangan ini.

Iyalah, bayi sedang sakit pastinya mereka lebih selesa kalau diurut dengan minyak.

Tetapi, anda mungkin terlepas pandang bahawa kawasan yang disuntik mungkin masih lagi sakit jadi mengurut dengan minyak bayi hanya akan lebih menyakitkan mereka.

Seterusnya, pastikan anda tidak mengurut minyak pada kawasan kulit bayi yang terdapat iritasi atau kemerah-merahan.

Jika muncul bintik-bintik merah, berhenti gunakan minyak tersebut dan jika simptom masih berterusan, rujuk doktor anda.

Dan yang paling penting, pastikan anda baca label pada minyak tersebut supaya anda boleh jejaki setiap bahan yang digunakan pada bayi anda.

Seterusnya, mari kita lihat antara tips dan teknik terbaik bagi mengurut bayi. 

1.   Pastikan semasa anda mengurut minyak pada si kecil, bayi anda berada dalam keadaan sedar dan berjaga, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

2.   Keadaan bilik perlulah selesa dan pencahayaan tidak terlalu terang.

3.   Sediakan segala keperluan seperti minyak, tuala, lampin baharu dan pakaian bayi.

4.   Basuh tangan sebersihnya dan tanggalkan semua barang kemas.

5.   Pastikan tempat untuk anda mengurut bayi adalah selamat dan selesa serta pastikan bayi dapat melihat muka anda dengan jelas.

6.   Sebelum mulakan urutan, ambil sedikit masa untuk bertenang. Dengan ini, anda akan bantu bayi untuk turut sama bertenang.

7.   Tuangkan sedikit minyak ke atas tapak tangan anda, cukup untuk membuatkan tangan anda menyapu minyak tanpa bergeser terlalu kuat dan mulakan urutan.

Melalui urutan, anda akan meningkatkan kepekaan anda terhadap cara bayi anda berkomunikasi.

Anda juga akan dapat menjalinkan hubungan yang kuat dengan bayi anda dengan hanya meluangkan masa mengurut bayi anda.

4 Minyak Untuk Bayi Anda

Di sini kami akan kongsikan minyak yang terbaik untuk bayi anda iaitu TROPIKA Baby Hair & Body Oil.

Terdapat 3 jenis aroma yang boleh anda pilih iaitu Lavender, Sweet dan Happy.

Minyak ini diperbuat daripada minyak kelapa dara yang terbukti mengandungi pelbagai kebaikan untuk kulit si kecil.

Keempat-empat minyak ini sesuai untuk kulit sensitif, normal dan kulit kering.

TROPIKA Baby Hair & Body Oil ini mampu melindungi kulit si kecil daripada kekeringan, iritasi dan ruam disebabkan lampin. 

Ia juga membantu melebatkan rambut bayi anda dan mengelakkan masalah kulit kepala. 

  1. Baby Hair & Body Oil – Lavender

minyak untuk bayi

Minyak ini beraroma lavender yang terbukti bermanfaat bukan sahaja untuk kulit dan rambut bayi, malah baunya juga amat menenangkan. Penggunaan sebelum tidur mampu membantu bayi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Anda tidak perlu risau kerana minyak ini adalah selamat untuk digunakan. 

  1. Baby Hair & Body Oil – Sweet

minyak untuk bayi

Seterusnya, aroma sweet atau rose ini adalah sangat sesuai bagi para ibu yang menyukai haruman manis dan menggamit jiwa.  

Minyak ini adalah sesuai untuk digunakan bagi bayi yang mempunyai kulit kering, sensitif, dan normal. 

  1. Baby Hair & Body Oil – Happy 

minyak untuk bayi

Aroma happy yang berasaskan buah apikot adalah haruman yang menceriakan bagi anda dan si kecil. 

Kulit anak anda akan dilindungi daripada masalah seperti kering, iritasi, dan ruam. 

Produk Bayi Terbaik di TROPIKA

Tropika bukan sahaja menjual minyak bayi tetapi banyak lagi produk lain yang baik untuk bayi anda seperti sabun mandian, losyen dan krim! 

Produk TROPIKA bukan hanya untuk kegunaan bayi dan anak kecil sahaja malah ada juga produk untuk ibu-ibu dan dewasa untuk mereka yang amat menitikberatkan kesihatan umum. 

Kami faham ramai di antara kita yang risaukan tentang keburukan bahan kimia yang banyak terdapat dalam produk di luar sana. h

Terutamanya dalam produk bayi seperti minyak bayi, sabun mandi dan sebagainya. 

Sebab itulah TROPIKA memastikan setiap bahan dalam produk kami adalah bersumberkan alam semulajadi yang baik untuk anda. 

Setiap produk yang dihasilkan TROPIKA dihantar ke ujian makmal untuk memastikannya selamat digunakan terutamanya bagi si kecil yang kulit masih halus dan sensitif.

Cubalah produk TROPIKA dan saksikan keberkesanannya sendiri. Layari laman web TROPIKA sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *