barang bayi

Jangan Membazir! 9 Barang Bayi Tidak Perlu Dibeli

Membuat persiapan membeli barang bayi bagi menyambut cahaya mata merupakan saat-saat yang paling dinantikan bagi setiap pasangan, lebih-lebih jika ianya cahaya mata pertama.

Bagi pasangan yang sedang menunggu cahaya mata pertama, sudah tentu mereka berasa bahawa setiap benda adalah penting untuk memastikan semua kelengkapan mencukupi.

Namun, anda harus tahu barang apa yang penting dan patut dibeli buat bayi anda untuk mengelakkan terjadinya pembaziran.

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang barang-barang bayi yang tidak perlu dibeli, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Barang bayi anda tidak perlu beli

Sebelum membeli sesuatu barangan bayi, pastikan anda telah membuat tinjauan terlebih dahulu tentang barang-barang yang diperlukan.

Anda haruslah membuat perancangan yang rapi mengikut kemampuan anda kerana barang ini boleh tahan juga mahal nya.

Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa barang yang tidak semestinya dibeli dengan serta-merta untuk menyambut kelahiran bayi anda.

Antaranya ialah:

  1. Kandang Bermain (Playpen)

barang bayi

Sekiranya bayi anda masih belum memasuki fasa meniarap ataupun merangkak, playpen ini boleh ditangguhkan dahulu.

Kami sarankan anda untuk membeli playpen apabila anak anda sudah mula merangkak dan meniarap.

Ini untuk mengelakkan anak anda dari berkeliaran merata-rata semasa anda sedang membuat kerja rumah. 

  1. Walker’ Bayi

barang bayi

Selain itu, ramai yang gemar membeli walker bayi sebelum tiba waktu nya. Walker ini hanya sesuai bagi si manja yang sedang dalam fasa ingin berjalan.

Ianya tidak digalakkan untuk dibeli terlalu awal kerana jika anda meletakkan si manja di dalam walker terlalu awal, bayi akan cenderung untuk melangkau proses pergerakan mereka.

Bukan itu sahaja, ia juga agak membahayakan sekiranya tidak dipantau oleh orang dewasa. Malah, ia boleh mengganggu proses pergerakan bayi secara alami.

  1. Buaian Bayi

barang bayi

Buaian juga adalah salah satu perkara yang sering dibeli oleh ibu bapa diluar sana kerana mereka beranggapan bahawa ia membantu untuk menidurkan si manja.

Walaupun begitu, terdapat beberapa kes yang tidak diingini berlaku kepada bayi apabila berada di dalam buaian. Antaranya adalah mereka berkemungkinan akan terjatuh dari buaian. 

  1. Stroller

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, maka membuat pembelian kereta sorong bayi ini adalah pilihan yang terbaik. Lebih-lebih lagi sekiranya anda sering bersiar-siar di luar.

Namun, ia merupakan salah satu peralatan bayi yang paling mahal. Jika terdapat barangan lain yang lebih penting, maka lebih baik anda tangguh terlebih dahulu.

  1. Kerusi Makan Bayi

barang bayi

Seterusnya merupakan kerusi makan bayi. Kerusi makan ini hanya sesuai bagi bayi yang telah berusia dalam 1 sehingga 2 tahun.

Sekiranya bayi anda masih lagi di bawah 12 bulan, anda boleh tangguh dahulu dari membeli kerusi makan bayi ini walaupun ia sangat membantu.

  1. Kerusi Goyang Bayi

Seperti yang diterangkan di atas, buaian bayi boleh menyebabkan beberapa perkara yang serius. 

Oleh itu, bagi menggantikan buaian tersebut, anda boleh membeli kerusi goyang bayi ini. Kerusi goyang ini dapat membantu anda untuk menidurkan si manja.

Namun, sekiranya anak anda masih lagi bayi dan baru di lahirkan, anda boleh membeli kerusi goyang ini apabila si manja sedikit besar.

  1. Baby Carrier

Penggendong bayi terdapat dalam pelbagai bentuk dan dapat membantu ibu bapa ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar atau pun di dalam rumah.

Penggendong bayi ini sangat digalakkan bagi ibu yang sibuk dengan kerja-kerja di rumah mahupun yang selalu membeli belah atau bersiar-siar.

  1. Kerusi Kereta Bayi

Seperti yang kita tahu, penggunaan kerusi bayi di dalam kenderaan adalah wajib sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sekiranya berlaku kemalangan.

Namun, anda boleh membelinya di kemudian hari apabila bayi anda telah mencapai fasa di mana mereka sedikit besar.

  1. Katil Bayi

barang bayi

Seterusnya adalah katil bayi. Ramai yang berfikiran bahawa dengan membeli katil bayi ini pada peringkat awal dapat membantu si manja tidur berseorangan apabila besar kelak.

Namun, ia nya bukan perkara yang wajib anda miliki pada peringkat awal. 

Jika anda ingin memisahkan si manja ketika tidur, anda digalakkan melakukan hal tersebut apabila mereka berusia dua tahun ke atas.

Kesimpulannya, pastikan anda membuat perancangan yang rapi dan membuat survey terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pembelian.

Pastikan anda membeli barang-barang keperluan yang penting dahulu seperti pakaian, pampers, ubat-ubatan bayi dan lain-lain.

Lebih-lebih jika si manja anda senang demam dan selesema. Maka pastikan anda fokus kepada ubatan-ubatan dan kos rawatan mereka terlebih dahulu dari membeli barangan lain.

Jika anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di Tropika.my

Tropika merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi dan minyak kelapa dara dalam mengformulasikan produk mereka. 

Antara produk pilihan ibu masa kini ialah, BABY HAIR & BODY OIL dan NATURAL BUBBLE WASH.

BABY HAIR & BODY OIL dapat melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ianya mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy. 

Selain memberi kesihatan yang optimum pada kulit, ia juga membantu menggalakan pertumbuhan dan melebatkan rambut.

NATURAL BUBBLE WASH adalah mandian yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama dan sesuai bagi semua jenis kulit bayi. 

Sifatnya yang lembut dan tidak memedihkan mata menjadi pilihan utama ibu-ibu.

Terdapat 3 pilihan mandian TROPIKA Natural Bubble Wash yang anda boleh pilih: 

  • Lavender 

barang bayi

  • Sweet (Rose) 

barang bayi

  • Happy (Apricot) 

barang bayi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *