Tidak pasti apakah barang-barang keperluan bayi? Jangan risau, kami ada checklist lengkap khas untuk anda.
Sebagai ibubapa, anda pasti mahu memberi yang terbaik untuk anak anda yang baru lahir.
Tidak kiralah anak yang pertama atau keempat, kita sentiasa mahukan mereka membesar dengan baik.
Dengan adanya checklist, anda akan dapat memastikan semua keperluan untuk bayi lengkap demi memberi keselesaan kepada anak anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk checklist barang keperluan yang anda perlu tahu.
Checklist Lengkap Barang Keperluan Bayi
Sementara menanti kehadiran cahaya mata, anda bolehlah membuat persediaan dengan merujuk kepada checklist di bawah ini:
- Diaper
Pemilihan diapers adalah perkara utama yang perlu dititkberatkan oleh ibu bapa. Diapers haruslah sesuai dengan berat dan saiz bayi bagi memastikan bayi selesa.
Selain itu, jenis diapers juga perlu dilihat supaya sesuai dengan kulit bayi yang sensitif.
- Pakaian Bayi
Lumrah Ibu bapa yang suka shopping pakaian untuk bayi mereka.
Ini kerana, terdapat pelbagai pilihan yang mengikut fesyen dan gaya yang terkini.
Sebagai ibu bapa, keselesaan anak adalah perkara yang paling penting. Pemilihan pakaian bayi juga mestilah yang diperbuat daripada kapas. Ini bagi mengurangkan ketidakselesaan kepada bayi.
Sebagai contoh, pada waktu siang ibu bapa boleh menggunakan pakaian seperti t-shirt dan seluar pendek pada bayi agar mereka tidak berasa panas.
Pada waktu malam pula, ibu bapa perlu memastikan bayi tidak kesejukan atau digigit nyamuk. Oleh itu, ianya lebih sesuai untuk ibu bapa menyediakan baju dan seluar panjang.
- Keperluan Untuk Bayi Tidur
Bayi memerlukan sekurang-kurangnya 14 jam sehari untuk tidur.
Sebagai ibu bapa, anda harus memastikan waktu tidur mereka tidak diganggu dan yang paling penting selesa.
Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, ibu bapa disarankan untuk membeli set tilam khas bayi. Jika mempunyai bajet yang besar anda juga boleh menyediakan satu bilik tidur yang dilengkapi dengan set katil bayi beserta selimut.
Melihat bayi tidur dengan nyenyak dan selesa pastinya memberi ketenangan buat anda.
- Penyusuan Untuk Bayi
Jika ini merupakan bayi pertama anda, si ibu pasti berdebar untuk menyusukan anak.
Jangan risau, terdapat pelbagai tips dari pakar bertauliah yang dapat membantu anda menyesuaikan diri ketika proses penyusuan nanti.
Jika anda seorang wanita yang bekerjaya, persediaan seperti breast pump, botol susu dan tempat penyimpanan susu perlu disediakan lebih awal.
Ini untuk membantu ibu-ibu membuat stok susu selepas bersalin. Susu ibu adalah susu yang terbaik. Jika boleh, teruskan penyusuan sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya enam bulan yang pertama.
- Stroller atau Baby Carrier
Stroller atau baby carrier adalah sangat penting dalam membantu pergerakan ibu membawa bayi mereka dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebagai contoh, taman rekreasi ataupun shopping mall.
Terdapat pelbagai jenama dan pilihan mengikut citarasa anda. Ibu bapa perlu bijak dalam memilih peralatan untuk bayi. Ini bagi menjamin keselamatan bayi walau di mana mereka berada.
- Penjagaan Diri Bayi
Memilih barang penjagaan untuk bayi bukanlah mudah. Ibu bapa harus tahu jenis bahan yang digunakan mestilah bebas dari kimia dan bahan yang berbahaya.
Penggunaan bahan terlarang dalam produk bayi boleh menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada kulit. Untuk lebih selamat, anda boleh menggunakan produk yang berasaskan bahan semula jadi.
Antara barang penjagaan bayi termasuklah losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian.
Tropika antara jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi dan minyak kelapa dara dalam mengformulasikan produk mereka. Antara produk pilihan ibu masa kini ialah, BABY HAIR & BODY OIL dan BABY HERBAL CREAM.
BABY HAIR & BODY OIL berfungsi sebagai melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ia mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy.
BABY HERBAL CREAM juga telah menjadi pilihan nombor satu ibu-ibu di Malaysia. Ianya banyak membantu dalam menjaga keselesaan bayi dengan mengurangkan batuk, selesema, kembung perut dan kahak pada bayi. Dengan cara penggunaan yang mudah, Cuma sapu pada dada, perut, betis dan telapak kaki bayi selepas mandi dan sebelum tidur.
Anda boleh mendapatkan produk bayi TROPIKA di sini!
Kesimpulan
Ironinya, persediaan untuk menimang cahaya mata haruslah dibuat dengan rapi. Ini bagi memudahkan ibu sewaktu dalam proses berpantang.
Menjaga bayi bukanlah satu tugas yang mudah. Ia merupakan satu komitmen yang tinggi dari segi kewangan dan masa untuk ibu bapa. Suami juga perlu ambil maklum tentang tugas seorang bapa supaya proses penjagaan bayi berjalan dengan lancar.
Semoga checklist ini dapat memberi manfaat untuk semua bakal ibu bapa di luar sana.
Sila kunjungi laman web kami di sini untuk sebarang pertanyaan.