confinement lady

5 Peranan ‘Confinement Lady’ Ketika Berpantang, No 2 Paling Selesa!

Hati ibu mana yang tidak gembira ketika menyambut kelahiran anak tersayang. Meskipun begitu, tubuh si ibu akan mula “rapuh” setelah melahirkan bayi.

Jadi, si ibu ini memerlukan penjagaan berpantang yang teliti dan terbaik selepas bersalin.

Pada masa kini, orang ramai mula sedar bahawa amalan berpantang bantu dalam penjagaan badan dan beri banyak manfaat pada hari tua.

Lantaran itu, ramai ibu yang memilih untuk berpantang di rumah ibu bapa, keluarga mertua, dan ada juga yang melakukannya bersendirian di rumah.

Buat ibu yang ingin berpantang bersendirian di rumah, anda boleh dapatkan bantuan daripada confinement lady atau penjaga pantang.

Peranan Confinement Lady

peranan confinement lady

Penjaga pantang atau confinement lady menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu yang sedang menjalani berpantang.

Kebiasaannya, confinement lady akan memberikan rawatan urutan tradisional dan moden agar ibu berpantang berasa selesa.

Antara rawatan yang disediakan termasuklah urutan tradisional, sauna, bertangkas, bertungku, urutan menaikkan seri wajah, mandian scrub, dan mandian bunga.

Namun begitu, sebelum confinement lady berikan rawatan kepada ibu berpantang, dia perlu menjalani latihan intensif.

5 Penjagaan Wajib Selepas Bersalin

1. Bertungku

Bertungku merupakan satu amalan yang membantu untuk melegakan saraf serta melegakan kesakitan di seluruh tubuh badan si ibu.

Selain itu, ia juga membantu untuk mengempiskan rahim dan mengembalikan perut kepada keadaan asal dalam tempoh seminggu.

Walaubagaimanapun, ia memerlukan teknik yang betul bagi memastikan kesan yang optimum pada tubuh.

Selalunya, bertungku akan mengambil masa dalam 30 minit untuk kedua-dua bahagian badan.

2. Urutan Selepas Bersalin

Urutan selepas bersalin adalah amat penting kerana ia bantu untuk mengembalikan semula tenaga setelah setelah melahirkan bayi.

Ia bantu untuk melancarkan pengaliran darah dan berikan kelegaan kepada si ibu.

Bagi memastikan si ibu tidak terasa sakit ketika menerima urutan, penjaga akan menyapu dahulu minyak urut pada badan si ibu.

Kami syorkan penjaga menggunakan TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil atas keberkesanannya.

Anda boleh rujuk pada video di sini bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

@tropikahq

Bak kata Neelofa mommies wajib ada TROPIKA MUMS SPA ni kalau nak perut kekal cantik even dah bersalin

♬ original sound - Krim Selsema, Batuk & Kembung - tropikahq

Seeloknya, si ibu perlu mendapatkan urutan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Dalam masa sehari itu, penjaga perlu berikan rawatan selama 1 jam.

Jika si ibu inginkan rasa kesegaran yang lebih optimum, anda boleh meneruskan sesi urutan ini selepas 44 hari berpantang.

3. Mandian Herba

confinement lady

Mandian herba perlu diamalkan bermula dari hari pertama selepas bersalin.

Daun yang digunakan bagi menyediakan air mandi ialah daun inai, mengkudu, lengkuas, pandan, dan serai wangi.

Antara kebaikan mandian herba antaranya ia bantu mengeluarkan angin dalam badan dan menyegarkan tubuh si ibu.

Selain itu, ia juga boleh menghilangkan bau badan, melancarkan peredaran darah, memulihkan tenaga, dan antiseptik secara semulajadi.

Peringatan buat ibu-ibu berpantang, anda digalakkan untuk menggunakan air rebusan daun sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Baca Juga: 8 Makanan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Badan Fresh 

4. Barut/ Bengkung

Barut atau bengkung bertujuan untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan.

Bagi ibu berpantang, anda tidak digalakkan untuk menggunakan barut secara seharian.

Seeloknya, penggunaan barut atau bengkung perlulah pada waktu siang. Hal ini kerana si ibu lebih banyak menggerakkan tubuh badan.

5. Param dan pilis

Param merupakan sejenis campuran herba yang dipakai pada dahi ibu bersalin. Ia bertujuan untuk melegakan sakit pening kepala dan melegakan saraf-saraf.

Dalam pada itu, campuran herba ini juga membantu untuk mempercepatkan pengecutan rahim.

Ia akan memberikan rasa hangat dan keselesaan kepada si pemakai.

Antara bahan yang digunakan adalah seperti asam gelugur, serai wangi, lengkuas, halia, dan perahan limau nipis.

Manakala, penggunaan pilis pula adalah campuran ramuan khusus yang disapu pada dahi. Berikut merupakan bahan-bahan yang ada dalam pilis:

  • Tepung beras
  • Kencur
  • Kunyit
  • Kenanga
  • Daun pudina
  • Halba
  • Kapur sirih
  • Air limau nipis,
  • dan lain-lain.

Buat pengetahuan anda, penggunaan pilis yang sewajarnya adalah selepas anda mandi. Anda digalakkan untuk menggunakannya dua kali sehari.

Dengan cara dan kekerapan ini, ia membantu untuk meredakan pening dan sakit kepala dalam kalangan ibu berpantang.

Kesimpulannya, sebagai seorang ibu berpantang yang ingin menggunakan perkhidmatan confinement lady, pastikan anda menerima rawatan yang sewajarnya.    

Jika anda ingin mendapatkan rawatan urutan, anda boleh dapatkan produk TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil.

tropika

Buat pengetahuan anda, produk ini diperbuat daripada minyak kelapa dara, habbatus sauda, halia, minyak kayu putih, dan juga serai wangi.

Dengan adanya bahan-bahan ini, ibu berpantang akan dapat menerima beberapa kebaikan seperti:

  • Rasa kelegaan pada tubuh badan.
  • Bantu untuk atasi masalah angin dalam badan.
  • Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
  • Membuatkan badan lebih bertenaga.
  • Membantu untuk melawaskan pengeluaran darah nifas selepas bersalin.

Segera dapatkan TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil pada pautan di bawah ini sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *