Kebaikan dan Manfaat Minyak Kelapa Dara Pada Bayi

Bayi mempunyai kulit yang sangat halus, nipis dan sensitif. Pemilihan produk penjagaan kulit adalah penting bagi mengelak berlakunya masalah kulit yang biasa dialami oleh bayi baru lahir. Inilah sebabnya ramai ibu bapa lebih cenderung menggunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa dara untuk merawat dan melindungi kulit bayi mereka. Di sini kami senaraikan beberapa manfaat minyak kelapa dara untuk bayi baru lahir.

Minyak Kelapa Dara untuk Urutan Bayi

Urutan bayi merupakan salah satu cara yang menggunakan teknik terapi urut untuk membantu mengurangkan masalah bayi yang mengalami kolik atau kembung perut, menggalakkan tidur yang lebih baik serta nyenyak, dan juga meningkatkan sistem imun badan.  Selain dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, teknik urutan ini jugak dapat membantu bayi berasa lebih tenang dan selesa. Sapukan sedikit minyak kelapa dara ke atas kulit bayi dan lakukan sedikit urutan ringan setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.

Minyak Kelapa Dara untuk Masalah Ekzema

Masalah ekzema merupakan salah satu penyakit kulit yang sering dialami oleh bayi. Ia menyebabkan kulit menjadi kering, gatal dan mengelupas yang menyebabkan ketidakselesaan pada bayi. Penggunaan minyak kelapa dara dapat membantu memberikan kelegaan dan juga melembapkan kulit. Letakkan sedikit minyak kelapa dara di permukaan kulit bayi yang bermasalah dan sapu sehingga ia meresap masuk ke dalam kulit.

Minyak Kelapa Dara untuk Masalah Ruam Lampin

Ruam lampin adalah sejenis keradangan kulit yang sering terjadi di sekitar kawasan yang ditutupi lampin seperti kemaluan, punggung, celah kelangkang dan lipatan dalam peha. Jangkitan kulat atau bakteria boleh berlaku sekiranya keradangan ini dibiarkan atau tidak dirawat secepat mungkin. Minyak kelapa dara mempunyai sifat sebagai pelembap dan juga anti-kulat yang membantu mencegah berlakunya ruam lampin. Sapukan sedikit minyak kelapa dara di bahagian yang bermasalah. Pastikan kulit bayi kering sebelum memakaikan lampin.

Minyak Kelapa Dara untuk Jerawat Bayi

Seperti orang dewasa, bayi juga mengalami masalah jerawat di bahagian muka atau badan. Sesetengah bayi mempunyai jerawat saat mereka dilahirkan, tetapi kebiasaannya, jerawat ini hanya akan muncul 2-4 minggu selepas kelahiran. Keadaan ini boleh bertahan dari beberapa hari atau minggu, hingga beberapa bulan. Sapuan nipis minyak kelapa dara boleh membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada kulit bayi.

Minyak Kelapa Dara untuk Pertumbuhan Rambut Bayi

Minyak kelapa dara bukan saja digunakan dalam bahan masakan, malah ia juga terkenal sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Sifatnya yang kaya dengan MCFAs yang mempunyai sifat antibakteria dan antimikrob, membantu menyuburkan kulit kepala dan melebatkan rambut. Sapu minyak kelapa dara pada kepala bayi setiap kali selepas mandi. Sekiranya tidak tahan dengan bau minyak kelapa, anda boleh mencari minyak bayi yang mempunyai gabungan minyak kelapa dara dan bauan lain seperti lavender dan sebagainya.

Minyak Kelapa Dara untuk Kelembapan Kulit

Minyak kelapa dara kaya dengan vitamin E dan boleh melembapkan kulit serta meningkatkan penghasilan kolagen. Ia sesuai dijadikan sebagai minyak urut bayi kerana ia selamat dan mudah diserap oleh kulit bayi. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh membantu menyembuhkan kulit yang bermasalah dan menyuburkan kulit.

Minyak Kelapa Dara untuk Mandian

Penggunaan minyak kelapa dara dalam mandian bayi boleh membuatkan kulit jadi lebih lembut, lembap dan menghilangkan sebarang kegatalan. Malah, ia juga boleh membantu mengurangkan masalah kerak kepala yang sering dialami oleh bayi.

Minyak Kelapa Dara dalam Makanan Bayi

Lemak yang baik sangat penting untuk bayi yang sedang membesar. Ia membantu memberi tenaga, pembaikan sel, membantu bayi merasa kenyang dan melancarkan sistem pencernaan. Malah, lemak ini juga sangat penting untuk perkembangan otak dan pertumbuhan tulang bayi. Selain dari susu ibu, manfaat lemak ini juga boleh diperolehi dari minyak kelapa dara. Anda boleh masukkan sedikit minyak kelapa dara ke dalam makanan bayi atau puri.

Minyak Kelapa Dara untuk Bayi Sembelit

Sifat minyak kelapa dara yang hypoallergenic dan mengandungi asid laurik sangat membantu memudahkan penghadaman dan melegakan sembelit pada bayi.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Minyak Sapu Untuk Bayi Selsema

Minyak kelapa dara seringkali digabungkan dengan kapur barus atau bawang putih yang digunakan sebagai minyak urut yang digosok di dada untuk memberi kelegaan dari selsema. Malah, ada juga yang menggabungkan minyak kelapa dara bersama minyak pati (essential oil) bagi mengatasi masalah ini. Namun, tidak semua minyak pati adalah sesuai dengan kulit bayi. Adalah lebih baik untuk menggunakan produk yang berada di pasaran yang telah melalui ujian klinikal dan terbukti selamat.

Antara produk TROPIKA yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah di atas:

Sebagai minyak urut dan rambut àhttps://tropika.my/product/baby-hair-body-oil-lavender-30ml/

Sebagai sabun mandian dan syampu à https://tropika.my/product/natural-bubble-wash-lavender-230ml/

Sebagai krim urut untuk selsema, batuk dan kembung perut à https://tropika.my/product/baby-herbal-cream/

Sebagai makanan tambahan à https://tropika.my/product/vco-pandan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *