Selsema bukan lagi perkara yang asing di dalam kehidupan seseorang. Ia merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia.
Walaupun ianya tidak menyakitkan, namun ia boleh membuatkan seseorang individu itu berasa tidak selesa dan juga boleh menjejaskan aktiviti harian.
Artikel ini akan menerangkan lebih lanjut mengenai selsema serta perbezaannya dengan demam biasa. Selain itu, terdapat kaedah-kaedah yang dapat membantu merawat masalah selsema ini.
Punca Selsema
Selsema sering kali berpunca daripada virus yang telah menjangkiti saluran pernafasan di bahagian tekak dan hidung dan ia juga mudah berjangkit.
Tahukah anda bahawa sebenarnya selsema merupakan mekanisme pertahanan diri secara semula jadi yang berlaku untuk mengelak dan mencegah jangkitan kuman?
Virus boleh menjangkiti seseorang melalui titisan air yang tersebar apabila seseorang batuk atau bersin. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan.
Namun begitu, seseorang boleh dijangkiti selsema disebabkan faktor-faktor lain seperti cuaca, alahan kepada debunga, asap, habuk, bulu haiwan dan lain-lain lagi.
Tanda-Tanda Awal Seseorang Itu Menghidap Selsema
- Hidung berair
- Batuk
- Hidung tersumbat
- Sakit kepala
- Sakit telinga
- Sakit otot
- Demam mengejut (biasanya 39°C atau ke atas)
- Mual, muntah dan cirit-birit (biasanya kanak-kanak)
Selsema jarang menjadi masalah serius, namun ia boleh menyebabkan komplikasi lain seperti radang sinus sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Perbezaan Di Antara Demam Biasa Dengan Selsema
Agak sukar untuk membezakan samada seseorang itu dijangkiti selsema ataupun demam biasa kerana kedua-duanya mempunyai simptom yang hampir sama.
Untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-duanya, kita perlu melihat kepada kesan kesihatan yang dialami akibat penyakit-penyakit ini.
Secara ringkas, demam biasa adalah jangkitan yang memberikan kesan kepada sistem pernafasan. Ia berpunca daripada virus selesema, virus sinsitium pernafasan (RSV), virus parainfluenza, adenovirus dan coronavirus.
Tanda-tanda demam adalah:
- Batuk
- Bersin
- Sakit dan gatal tekak
- Hingus meleleh
- Demam sedikit
Berbeza dengan demam, ia terjadi akibat serangan 3 jenis virus selsema yang berbeza:
- Virus pertama adalah faktor utama manusia dan haiwan dijangkiti selesema.
- Virus kedua menyebabkan penyakit yang kurang serius.
- Virus ketiga menyebabkan selesema sederhana dan jarang sekali dijangkiti.
Petua Menghilangkan Selsema Kanak-Kanak
Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih senang untuk dijangkiti masalah ini disebabkan sistem pertahanan tubuh mereka yang lemah.
Kanak-kanak yang diserang selsema lebih cenderung untuk hilang selera makan kerana ketidakselesaan pada kerongkong dan hidung yang gatal dan tersumbat.
Berikut adalah beberapa petua yang anda boleh ikuti bagi menghilangkan selsema yang menyerang anak anda.
- Madu
Seperti yang kita tahu, madu mempunyai banyak khasiat yang baik bagi tubuh badan dan ia mampu merawat selsema dengan lebih baik berbanding ubat dari farmasi.
Madu dapat mengurangkan sakit tekak, batuk serta selsema.
Berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun begitu, madu tidak sesuai diberikan pada bayi berumur bawah setahun.
- Vitamin C
Selain daripada suplemen Vitamin C yang boleh didapati dari farmasi, terdapat sumber lain yang anda boleh dapatkan khasiat Vitamin C.
Antaranya adalah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, dan keledek.
Sekiranya anak anda kurang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, sediakan dalam bentuk jus ataupun smoothie.
- Sup Ayam
Sup ayam elok dimakan ketika selsema kerana ia dapat membantu melawan panas dengan pelbagai cara serta dapat mengurangkan keradangan.
Sekiranya anak anda kurang menggemari ayam, terdapat beberapa jenis sup lain yang anda boleh cuba seperti sup ikan merah, sup sayur dan sup bebola ikan.
- Bawang Putih
Selain dari digunakan di dalam masakan, bawang putih juga boleh digunakan untuk mencegah selsema dan membantu untuk sembuh dengan lebih cepat.
Ini disebabkan bawang putih mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan virus sekaligus membantu memerangi jangkitan selsema.
- Daging Tanpa Lemak
Daging tanpa lemak mempunyai manfaatnya yang tersendiri iaitu ia mengandungi mineral penting yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh anak anda.
Sekiranya masih berlarutan, pastikan anda membawa anak anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Cara Mengurangkan Masalah Ini Secara Semulajadi
Jika anda seseorang yang kurang gemar untuk memakan ubat-ubatan dari farmasi ataupun yang diberikan oleh doktor yang merawat anda, jangan risau.
Terdapat beberapa cara semula jadi lain yang dapat membantu anda merawat selsema yang menyebabkan anda berasa kurang selesa dan lemau untuk melakukan apa jua aktiviti.
- Halia
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University Health News (UHN), halia mampu membantu merawat muntah dan loya.
Ketuk halia dan rendam ke dalam minuman panas ataupun air limau. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengamalkan teh halia ketika selsema.
Namun, sekiranya anda harus mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi, diabetes dan lain-lain, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
- Daun Sirih
Terkenal dengan pelbagai khasiatnya yang dapat menyembuhkan penyakit, daun sirih merupakan salah satu cara untuk anda merawat jangkitan selsema.
Tumbukkan daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung.
Anda juga boleh lenyekkan daun sirih ke dalam minyak biji sawi dan sapu pada dada anda.
Kesimpulan
Selsema boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang terdedah kepada virus tersebut. Namun, ia boleh dirawat secara klinikal dan juga semula jadi.
Walaupun ia merupakan perkara biasa, ia boleh menganggu aktiviti seharian anda disebabkan rasa yang tidak selesa.
Ini lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih kecil, pasti mereka akan lebih kerap menangis dan merengek sehingga membuatkan si ibu buntu.
Oleh kerana itu, anda perlu mendapatkan penyelesaian terbaik untuk membantu mengurangkan masalah demam dan selsema anak anda.
Sekiranya anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di tropika.my.
TROPIKA merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi dan minyak kelapa dara dalam produk mereka.
Salah satu produk yang disyorkan adalah BABY HERBAL CREAM. Ianya membantu menjaga keselesaan bayi dengan mengurangkan batuk, selsema, kembung perut dan kahak.
Cara penggunaannya adalah sangat mudah. Cuma sapu pada dada, perut, betis dan telapak kaki bayi setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.
Anda boleh mendapatkan produk bayi TROPIKA di sini.