Kulit sensitif

Masalah Bayi Kulit Sensitif: 4 Cara Mengatasi Masalah Ini

Kulit sensitif adalah salah satu perkara yang perlu dijaga dengan elok supaya tiada masalah timbul terutamanya pada bayi yang sememangnya mempunyai ciri ini.

Ibu bapa yang mempunyai bayi atau kanak-kanak kecil perlu mengambil tahu tentang langkah yang perlu diambil supaya mereka dapat menjaga anak mereka dengan elok.

Di dalam artikel ini ,kami akan menceritakan kepada anda tentang masalah kulit sensitif dan cara anda bolehmengatasi jika bayi anda mempunyai masalah ini.

Masalah Bayi Kulit Sensitif

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa masalah kulit yang biasanya akan dihadapi oleh bayi yang baru lahir. 

Perkara ini merupakan perkara yang biasa dihadapi dan sangat normal. Oleh itu, anda tidak perlu risau tetapi dinasihatkan untuk berjaga-jaga supaya ia tidak berlanjutan.

Berikut adalah beberapa masalah kulit yang biasanya akan berlaku kepada bayi.

1. Kulit Kering

Ini merupakan perkara yang paling jelas dinampak. Bayi yang baru lahir biasanya akan mempunyai kulit yang kering dan mengelupas pada awal.

Ia perkara yang biasa dan tidak perlu dirisau kerana ia akan gugur. Anda tidak perlu tanggalkan kulit kering itu sendiri kerana ia boleh menyebabkan kulit bayi itu terluka.

Oleh itu, biarkan sahaja supaya ia gugur dengan sendiri.

2. Ruam Lampin

Kulit sensitif

Jika bayi anda mempunyai kulit kemerah-merahan di bahagian lampin iaitu sekitar punggung mereka, ia dikenali sebagai ruam lampin.

Ia boleh berlaku disebabkan oleh banyak perkara. Salah satu sebab adalah kerana lampin mereka tidak ditukar dengan cepat. 

Oleh itu, air kencing dan perkara lain mereka merengsakan kulit sensitif mereka dan menyebabkan masalah ruam lampin. 

Anda dinasihat untuk berhati-hati dan selalu berjaga tentang masalah ini supaya ia tidak berlaku dengan kerap.

3. Rengsa Sabun

Satu perkara yang anda perlu tahu tentang bayi yang baru lahir adalah mereka tidak perlu sabun untuk mandi! Ini kerana kebanyakan sabun tidak sesuai dengan kulit mereka.

Air bersih sudah mencukupi untuk mandikan dan mencuci mereka dari segala kotoran. 

Namun jika anda mahu menggunakan sabun, pastikan anda mengguna sabun yang dibuat khas untuk kulit bayi supaya tiada masalah berlaku apabila ia diguna di atas bayi anda.

4. Eczema

Eczema adalah sejenis penyakit yang berlaku pada ramai bayi. Ia akan menyebabkan kulit mereka merah dan ruam di seluruh badan mereka.

Ia boleh menyebabkan kesakitan dan sanga gatal. Ia boleh berlaku akibat banyak perkara seperti peluh, kulit kering dan juga air liur mereka yang meleleh.

Jika anda tidak mengambil tindakah dengan cepat, ia akan merebak ke bahagian lain dengan cepat dan menyakitkan bayi anda.

5. Jerawat Bayi

Jerawat juga merupakan masalah kulit yang terdapat pada bayi. Ia lebih kecil berbanding jerawat pada dewasa tetapi perlu diambil tahu.

Ia biasanya akan timbul di bahagian pipi, dahi dan juga hidung mereka. Anda tidak perlu risau kerana ia akan hilang dengan sendiri.

4 Cara Merawat

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda 4 cara untuk merawat masalah kulit jika ia berlaku kepada bayi anda.

1. Elakkan Memakai Baju Sama

Anda disarankan untuk tukar baju bayi anda setiap kali mereka mandi. Jangan bagi mereka memakai baju yang sama kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit berlaku.

Ini kerana mereka berpeluh dengan kuat dan kesan itu akan ada pada baju mereka. 

Jika mereka memakai balik, peluh yang sudah kering itu masih boleh memberi kesan dan boleh menyebabkan masalah seperti ruam badan.

Oleh itu, selalu basuh baju mereka dan beli baju bayi dengan banyak supaya tidak kekurangan.

2. Memakai Krim Bayi

Krim bayi merupakan satu produk yang wajib dibeli oleh ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kulit kering berlaku.

Krim yang elok akan melindungi kulit bayi dan boleh memastikan kulit dijaga dengan elok. Krim seperit dari Tropika merupakan pilihan yang bagus untuk digunakan kepada kulit bayi.

Krim ini sudah direka khas untuk kulit sensitif bayi supaya anda tidak perlu risau tentang kesesusaiannya.

3. Bersihkan Badan Sebelum Memeluk Bayi

Bagi mereka yang baru pulang dari sesuatu temapt, anda tidak boleh terus memeluk dan mendukung bayi anda kerana anda berisiko untuk membawa kotoran dari luar.

Kulit mereka sangat sensitif dan mungkin akan menyebabkan kerengsasaan jika anda memeluk mereka sebelum mandi dan tukar baju anda.

Ini adalah langkah yang sangat penting untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Cuci Tangan Sebelum Memegang Bayi

Walaupun anda di rumah bersama bayi anda, anda juga berisiko untuk membawa masalah kulit kepada mereka jika anda baru buat aktiviti seperti memasak atau mencuci.

Bahan kimia yang terdapat pada tangan anda mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi dan boleh menyebabkan masalah kulit yang diterangkan di awal artikel berlaku.

Oleh itu, selalu mencuci tangan anda selepas buat apa-apa aktiviti untuk mengelakkan perkara ini.

Kesimpulannya, kulit sensitif bayi perlu diambil dengan serius supaya bayi anda tidak mempunyai masalah kulit.

Jika anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di Tropika.my

TROPIKA merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara dan herba dalam produk mereka. 

Antara produk pilihan ibu masa kini ialah, BABY HAIR & BODY OIL dan NATURAL BUBBLE WASH.

BABY HAIR & BODY OIL dapat melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ianya mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy. 

Selain memberi kesihatan yang optimum pada kulit, ia juga membantu menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan rambut.

Kulit sensitif

NATURAL BUBBLE WASH adalah mandian dan syampu yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama dan sesuai bagi semua jenis kulit bayi. 

Sifatnya yang lembut dan tidak memedihkan mata menjadi pilihan utama ibu-ibu.

Terdapat 3 pilihan mandian TROPIKA Natural Bubble Wash yang anda boleh pilih: 

  • Lavender 

Kulit sensitif

  • Sweet (Rose) 

Kulit sensitif

  • Happy (Apricot) 

Kulit sensitif

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *