Si manja anda menghadapi krisis kegatalan, kemerahan dan ketidakselesaan pada kulit? Usah runsing, baby herbal cream boleh jadi penyelamat anda!
Bayi memiliki sistem imun yang masih lemah. Oleh itu, anda pasti ingin menggunakan produk penjagaan bayi yang paling lembut dan sesuai untuk si manja anda.
Melalui beberapa tips yang akan dikongsikan dalam artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti baby cream yang terbaik untuk bayi anda. Selamat membaca!
Kenapa Anak Anda Perlukan Baby Cream?
Kulit bayi adalah lebih sensitif berbanding kulit manusia dewasa. Mereka lebih cenderung untuk terdedah kepada masalah kegatalan dan kemerahan pada kulit.
Sebab itulah bayi anda memerlukan baby cream untuk mengatasi masalah-masalah seperti diatas.
Kebaikan baby cream adalah ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera yang dapat melembapkan kulit bayi yang kering.
Oleh kerana baby cream terhasil daripada bahan-bahan semulajadi, sudah semestinya tiada unsur bahan kimia yang berbahaya.
Baby cream juga dapat menangani masalah ruam lampin yang dihadapi oleh kebanyakan bayi.
Ini kerana terdapat bahan-bahan astringen dan antiseptik yang dapat melegakan ruam pada kulit bayi.
4 Tips Sebelum Anda Pilih Baby Cream Terbaik Untuk Anak Anda
Terdapat pelbagai jenis baby cream yang terdapat di pasaran. Jadi, anda perlu bijak untuk memilih baby cream yang terbaik untuk si manja!
Berikut adalah beberapa tips supaya anda dapat memilih baby cream yang best untuk bayi anda:
- Baca label produk secara teliti
Sebagai pengguna yang bijak, teliti dahulu label produk penjagaan bayi yang ingin anda beli.
Kadang-kadang, sebahagian produk penjagaan bayi yang berada di pasaran mengandungi dye, haruman dan juga bahan kimia.
Jika anda tidak berhati-hati, bayi anda mungkin akan menghadapi masalah iritasi jika produk sebegini diaplikasikan pada kulitnya.
Lebih teruk, sebahagian bayi yang lebih lemah dan sensitif mungkin akan mengalami masalah pernafasan yang kronik.
- Produk phthalate- dan paraben-free
Nampak seperti susah disebut dan dikenalpasti secara mudah, namun percayalah, ia dapat menyelamatkan bayi anda daripada menghadapi masalah kulit yang lain.
‘Paraben-free’ membawa maksud produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia yang dapat memudaratkan kulit bayi.
Phthalate- pula amat merbahaya kerana ia biasanya digunakan untuk melembutkan plastik PVC dan pelarut dalam produk penjagaan kulit.
Bahan kimia ini boleh mendatangkan kesan yang dahsyat terhadap buah pinggang, paru-paru dan hati.
- Produk ‘hypoallergenic’
Hypoallergenic bermaksud produk tersebut mengandungi bahan-bahan yang dapat menimbulkan alahan.
Namun, label tersebut boleh mengelirukan ibu bapa yang ingin membeli produk penjagaan bayi yang sesuai.
Hal ini kerana terma berikut bukan bermakna ia adalah lebih lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.
Ia hanya berkesan untuk mengurangkan peratusan reaksi alergi untuk tercetus.
- Produk penjagaan bayi kandungan semulajadi
Anda boleh meletak kepercayaan terhadap produk-produk penjagaan bayi yang mempromosikan kandungan semulajadi.
Hal ini kerana secara amnya, produk-produk sebegini adalah selamat untuk bayi dan juga anak-anak kecil.
Namun, jika anak anda menghidapi masalah asma atau kulit sensitif terutamanya terhadap bahan-bahan berunsur herba, maka elakkan daripada membeli produk sebegini.
Dapatkan Tropika Baby Herbal Cream!
Anda mencari baby herbal cream yang sesuai dan paling best untuk bayi anda?
Tak perlu lagi anda pening kepala memikirkan sama ada herbal cream di luar sana mengandungi bahan kimia atau tidak.
Kami syorkan agar anda dapatkan Tropika Baby Herbal Cream untuk kelegaan kulit buat si manja anda!
Ia mengandungi campuran bahan semulajadi dari minyak kelapa dara dan herba tropika.
Herba-herba ini termasuklah minyak halia, minyak kayu putih, minyak kelapa dara, ekstrak bawang putih dan citronella.
Baby Herbal Cream berfungsi menyelesaikan masalah seperti kembung perut, sembelit, melegakan selsema, hidung tersumbat dan juga batuk berkahak serta nafas berbunyi.
Kandungan VCO di dalamnya juga menjadikan kulit lebih sihat dan lembap.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai ‘insect repellent’ dan menghilangkan gatal-gatal kulit akibat kesan gigitan serangga.
Sapu pada kaki dan perut bayi selepas naik mandi. Sapu juga pada waktu malam pada dada dan belakang bayi.
Ulang sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar bayi sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, kita perlu mendapatkan produk penjagaan kulit bayi yang paling sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.
Jika anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di Tropika.my
TROPIKA merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara dan herba dalam produk mereka.
Antara produk pilihan ibu masa kini ialah, BABY HAIR & BODY OIL dan NATURAL BUBBLE WASH.
BABY HAIR & BODY OIL dapat melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ianya mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy.
Selain memberi kesihatan yang optimum pada kulit, ia juga membantu menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan rambut.
NATURAL BUBBLE WASH adalah mandian dan syampu yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama dan sesuai bagi semua jenis kulit bayi.
Sifatnya yang lembut dan tidak memedihkan mata menjadi pilihan utama ibu-ibu.
Terdapat 3 pilihan mandian TROPIKA Natural Bubble Wash yang anda boleh pilih:
- Lavender
- Sweet (Rose)
- Happy (Apricot)