Tempoh kehamilan atau mengandung adalah fasa yang sungguh indah yang dinantikan oleh setiap wanita bagi melengkapkan institusi kekeluargaan.
Namun dalam tempoh sembilan bulan sudah pastinya pelbagai perubahan yang dialami oleh ibu apabila mengandung.
Dalam tempoh ini, perubahan ini boleh memberi cabaran, namun pada masa yang sama menjadi momen nan indah dan menyentuh hati.
Jadi apa lagi, jom kita teroka dengan lebih mendalam perubahan-perubahan yang akan dialami oleh ibu apabila mengandung.
Dalam artikel ini juga kami akan kongsikan bagaimana para ibu yang mengandung menghadapinya dengan penuh kekuatan dan keberanian.
Perubahan yang Ibu Mengandung Alami
Perubahan yang dialami oleh ibu mengandung adalah sesuatu yang semulajadi dan unik.
Proses kehamilan membawa perubahan dalam tubuh dan emosi sepanjang tempoh kehamilan.
Berikut adalah beberapa perubahan utama yang biasanya dialami oleh ibu mengandung sepanjang perjalanan kehamilan mereka.
1.Perubahan Fizikal
Ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan fizikal pada dirinya.
Perut akan makin membesar seiring dengan pertumbuhan bayi dalam rahim.
Ketika ini juga berlaku peningkatan berat badan yang membuatkan ibu rasa lenguh dan sakit-sakit badan.
Situasi ini biasanya dialami oleh setiap wanita mengandung jika kandungan sudah memasuki trimester ketiga.
2. Perubahan Emosi
Perubahan hormon adalah salah satu aspek penting semasa mengandung.
Hormon-hormon seperti estrogen dan progesteron meningkat, dan ini boleh menyebabkan perubahan mood dan emosi.
Ibu mengandung mungkin lebih sensitif atau mudah terasa marah.
3. Perubahan Kulit
Ibu mengandung mengalami pelbagai perubahan kulit. Ketika ini akan ada yang menegur kulit semakin berseri.
Bahkan ada juga yang mengalami perubahan kulit yang dikenali sebagai melasma.
Ia menyebabkan kulit tampak lebih gelap dibahagian dahi dan bahagian tengah muka.
Namun jangan bimbang, ia akan hilang selepas bersalin nanti.
4. Perubahan pada gigi dan tulang
Ketika mengandung, ibu perlu menyediakan kalsium tambahan untuk perkembangan bayi dalam rahim.
Jika pemakanan yang diambil tidak menyediakan kalsium yang cukup, kesihatan tulang dan gigi ibu akan turut terjejas.
Ketika ini juga gusi menjadi bengkak sehingga menjadi punca ibu hilang selera makan.
5. Perubahan payudara
Ketika mengandung payudara akan mula mengalami perubahan bagi persediaan mengeluarkan susu.
Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak.
Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu.
Baca Juga: 14 Petua Buang Angin Dalam Badan Semasa dan Selepas Hamil
3 Tip Terapi Mudah Nak Tenangkan Diri Ketika Mengandung
Hati wanita mana yang tidak gelisah terutama bila pertama kali bergelar ibu. Ada sahaja yang tak kena.
Buat yang sudah ada pengalaman mengandung tidak ada masalah.
Berikut 3 terapi mudah untuk rasa lebih tenang apabila mengalami perubahan ketika mengandung.
1.Terima Perubahan Fizikal dengan Buka Hati
Salah satu aspek utama perubahan ketika mengandung adalah perubahan fizikal.
Namun, jangan lupa bahawa perubahan ini adalah tanda kehamilan yang sihat.
Rasa sakit-sakit badan, lenguh dan loya adalah perubahan yang dilalui oleh ibu mengandung.
Jadi untuk mengelak melalui fasa tekanan dalam tempoh ini, ibu boleh menggunakan produk natural untuk terapi diri.
Jika mencari produk untuk ibu yang sedang hamil atau berpantang yang berkualiti tinggi dan berpatutan, TROPIKA adalah pilihan yang terbaik buat anda!
TROPIKA Mum Spa khas yang sangat efektif dalam mengatasi masalah angin dalam badan bagi untuk ibu hamil dan lepas bersalin.
Menawarkan 3 produk seperti:
1) Mum Spa Belly Cream: Bantu memudarkan parut stretch mark
2) Mum Spa Massage Cream: Bantu menghilangkan loya atau sakit otot semasa mengandung
3) Mum Spa Massage Oil: Untuk proses mengurut selepas bersalin
Mum Spa Belly Cream dan Mum Spa Massage Cream sesuai buat ibu yang sedang mengandung.
Manakala Mum Spa Massage Oil sesuai digunakan semasa berpantang.
Tiga produk ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta dapat membuang angin dalam badan.
VCO atau minyak kelapa dara dalam Massage Oil ini dapat membantu menjadikan kulit ibu lebih lembut dan tidak kering.
Produk ini diformulasikan dengan bahan bermutu dengan 100% bahan berasaskan organik serta bebas bahan kimia & steroid, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal.
TROPIKA juga satu-satunya jenama produk ibu dan anak Malaysia yang telah lulus piawaian standard Eropah.
TEKAN LINK INI UNTUK VIDEO UNTUK INFO LANJUT.
2. Ambil Berat Tentang Diet dan Pemakanan yang Seimbang
Utamakan pengambilan nutrisi yang menyeluruh dan seimbang.
Ini adalah untuk membantu melindungi bayi daripada risiko penyakit tertentu akibat kekurangan nutrisi.
Banyakkan juga pengambilan sayur-sayuran hijau dan pelbagai warna untuk nutrisi yang lengkap.
3. Tidur yang cukup
Tidur yang berkualiti amat penting apabila anda sedang menyokong perkembangan bayi dalam kandungan anda.
Bagi memberikan sokongan kepada abdomen anda, letakkan sebiji bantal di bawah perut anda.
Meletakkan sebiji bantal yang lain di antara kedua belah lutut anda juga dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan pada bahagian belakang anda.
Semoga fasa 9 bulan anda menjadi momen nan indah!
Ha jika ibu mengandung yang berminat untuk dapatkan produk natural bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh dapatkan TROPIKA Mum Spa khas di sini.
Produk ini amat bagus dan sesuai untuk ibu mengandung dan berpantang kerana:
- Campuran berkhasiat Minyak Kelapa Dara dan Minyak Pokok Teh untuk keselesaan kulit
- Membantu stretch mark kelihatan kurang ketara dan mengurangkan penampilan parut C-section
- Membantu melegakan kegatalan kulit semasa hamil
- Mengimbangi badan dan minda serta menenangkan rasa mual di pagi hari
- Meningkatkan tona dan keanjalan kulit
Jadi, dapatkan TROPIKA Mum Spa khas di pautan di bawah ini sekarang!