Rasa tidak selesa pada perut, sakit kepala, sakit belakang yang sangat ‘menyucuk-nyucuk’ adalah masalah angin dalam badan.
Masalah ini biasa terjadi dalam kalangan ibu ketika hamil dan selepas bersalin di mana perubahan badan dan pemakanan berlaku.
Ia berpunca dari udara yang disedut dan juga bakteria yang terdapat dalam usus besar.
Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik.
Bahkan akibat tubuh tidak dijaga rapi, angin mudah masuk menerusi ruang pada rongga tubuh.
Justeru, penjagaan diri dalam tempoh kehamilan dan berpantang (selepas bersalin) amatlah penting supaya badan dapat kembali sihat.
Jadi, ibu jangan risau, dalam artikel ini akan membincangkan cara buang angin dalam badan dan mengelak masalah ini ‘menghantui’ diri.
Barulah dapat menjalani fasa kehamilan dan tempoh berpantang dengan baik.
Petua dan Amalan Mengatasi Masalah Angin
Terdapat beberapa petua dan amalan semula jadi yang boleh membantu anda mengatasi masalah angin ini semasa dan selepas hamil.
Anda boleh ambil petua untuk buang angin dalam badan ini tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan.
1. Pemakanan Sihat dan berserat
Makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian dapat membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik dan mengelakkan masalah angin.
2. Senaman Kegel
Senaman Kegel boleh membantu menguatkan otot-otot pinggul dan mengawal kawalan kentut.
3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum air yang cukup sepanjang hari.
Air membantu mencuci saluran pencernaan dan memudahkan pergerakan usus.
4.Bergerak Perlahan
Selepas bersalin, anda perlu bergerak perlahan dan jangan terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal terutamanya selepas pembedahan.
5.Senaman Ringan
Semasa anda pulih dari bersalin, senaman ringan boleh membantu menguatkan otot perut dan menggalakkan pergerakan usus.
Ia termasuk senaman ringan seperti berjalan kaki atau senaman perut yang lembut.
Dengan melakukan senaman ini, ia boleh membantu merangsang pergerakan usus dan mengurangkan kembung.
6. Minum Air Suam dengan Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu menghilangkan gas dalam perut.
Jadi, anda boleh minum segelas air suam dengan perisa lemon pada waktu pagi.
Ia boleh membantu merangsang sistem pencernaan dan mengurangkan kembung.
7. Teh Rempah
Teh rempah seperti teh halia atau teh jintan manis adalah minuman yang baik untuk meredakan masalah angin.
Rempah-rempah ini mempunyai sifat anti kembung yang membantu melancarkan sistem pencernaan.
Baca Juga:
8 Makanan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Badan Fresh & Susu Badan Pun Banyak!
8. Pemakaian Stokin Dan Barut
Antara amalan yang membantu mengelakkan badan dimasuki angin ialah memakai stokin dan barut sepanjang tempoh berpantang.
9. Berurut
Mengurut semasa hamil dapat mengurangkan tekanan dan lenguh badan.
Berurut juga dapat buang angin dalam badan ibu selepas bersalin.
Pastikan minyak yang sesuai dan selamat digunakan untuk mengurut.
Jika anda mencari produk untuk ibu yang sedang hamil atau berpantang yang berkualiti tinggi dan berpatutan, TROPIKA adalah pilihan yang terbaik buat anda!
TEKAN LINK INI UNTUK VIDEO UNTUK INFO LANJUT.
10. Bertungku
Selain itu amalan bertungku juga dapat mengeluarkan angin dalam tubuh sekali mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.
11. Amalan Aromaterapi
Minyak pati seperti minyak halia atau lavender boleh digunakan dalam amalan aromaterapi untuk melegakan ketidakselesaan kembung.
Anda boleh menghirup aroma minyak ini atau mencampurkannya dengan minyak pembawa untuk digunakan sebagai minyak urut.
12. Rendam dengan Air Suam
Rendam kaki atau seluruh badan dalam air suam boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat kembung.
Air hangat membantu otot-otot relaks dan membantu gas keluar.
13. Hindari Makanan Penyebab Gas
Elakkan makanan yang diketahui boleh menyebabkan kembung seperti makanan pedas, berperisa, dan berminyak.
Elakkan juga makan makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan.
Contohnya, produk tenusu, bawang merah, gandum, kacang, kobis, kentang dan brokoli.
14. Makan perlahan-lahan
Makan dengan terburu-buru akan menyebabkan angin masuk dalam badan anda.
Ini kerana anda akan menelan angin juga dan perut anda akan menjadi kembung.
Oleh itu, makanlah secara perlahan-lahan dan tidak terlalu cepat di mana ia turut membantu memproses makanan dengan baik.
Kesimpulannya, anda boleh amalkan petua-petua tersebut untuk buang angin dalam badan anda.
Ingat, masalah angin dalam badan tidak seharusnya dipandang ringan dan harus ambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.
Bagi ibu hamil atau baru selepas bersalin dan berpantang yang ingin buang angin dalam badan secara mengurut.
TROPIKA Mum Spa khas adalah produk terbaik untuk anda!
Produk ini sangat efektif dalam mengatasi masalah angin dalam badan bagi untuk ibu hamil dan selepas bersalin.
Menawarkan 3 produk seperti:
1) Mum Spa Belly Cream: Bantu memudarkan parut stretch mark
2) Mum Spa Massage Cream: Bantu menghilangkan loya atau sakit otot semasa mengandung
3) Mum Spa Massage Oil : Untuk proses mengurut selepas bersalin
Ibu yang dalam pantang boleh gunakan Mum Spa Massage Oil.
Ia sangat bagus dan berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta dapat buang angin dalam badan.
VCO atau minyak kelapa dara dalam Massage Oil ini dapat membantu menjadikan kulit ibu lebih lembut dan tidak kering.
Produk ini diformulasikan dengan bahan bermutu dengan 100% bahan berasaskan organik serta bebas bahan kimia & steroid, dihasilkan oleh badan yang diiktiraf Halal.
TROPIKA juga satu-satunya jenama produk ibu dan anak Malaysia yang telah lulus piawaian standard Eropah.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran 3 produk terbaik ini.