Penggunaan Minyak Angin Dalam Mengatasi Gejala Batuk, Selsema Dan Kembung Perut Bayi Dan Kanak-kanak

Penggunaan Minyak Angin Dalam Masyarakat Kita

Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan yang sering digunakan oleh masyarakat kita dalam mengurangkan gejala sakit seperti kembung perut, hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga, batuk dan lain-lain lagi. Ia bukan sahaja diguna pakai pada mereka yang sudah dewasa, malah ia jugak menjadi pilihan ibu bapa sebagai solusi terhadap anak-anak kecil setiap kali menghadapi gejala di atas. Terdapat 3 jenis ubat yang dicampur bersama minyak untuk menghasilkan minyak angin ini, iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga-tiga bahan ini membantu mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. 

Methyl Salicylate adalah antikeradangan yang bertanggungjawab menghasilkan kepanasan. Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yang sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat manakala Camphor pulak tidak harus lebih daripada 11%. 

Minyak Yang Mengandungi Kapur Barus Tidak Sesuai Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Berusia Bawah 2 Tahun

Kebanyakan produk yang berada di pasaran pada waktu dahulu mengandungi kapur barus atau camphor. Ia dikatakan berkesan dalam merawat gejala batuk, selsema, sakit radang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, penggunaan kapur barus adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah kerana ia boleh mengakibatkan sawan. Bahan ini dikatakan mampu menyerap masuk ke dalam darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik sekiranya digunakan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, minyak panas yang berada di pasaran juga panas dan mengakibatkan ketidakselesaan pada bayi. 

TROPIKA Baby Herbal Cream Berasaskan Herba Semulajadi

Menyedari akan bahayanya penggunaan kapur barus, TROPIKA mula mengadakan kajian terhadap penggunaan herba dalam menyelesaikan masalah ketidakselesaan bayi. Mengambil kira masalah yang sering dialami oleh bayi iaitu kembung perut, selsema dan batuk, TROPIKA menggabungkan 3 bahan utama semulajadi iaitu minyak kelapa dara, minyak kayu putih dan minyak halia bagi mengatasi 3 masalah utama ini. Penggunaan yang berterusan bukan saja membantu mengurangkan gejala di atas, malah sapuan berserta urutan pada bayi dan kanak-kanak di waktu malam dapat memberi ketenangan kepada mereka untuk lebih mudah tidur dan tidak meragam. Selain itu, minyak kelapa dara juga terkenal dalam membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat.

Berbanding minyak sapuan yang mudah tumpah dan melekit, tekstur Baby Herbal Cream adalah di dalam bentuk krim, di mana ia mudah meresap ke dalam kulit dan tidak panas. Baunya juga menyegarkan membuatkan bayi rasa selesa dan nyaman. Saiznya yang kecil iaitu 50g cukup untuk penggunaan selama satu bulan dan mudah dibawa ke mana-mana. Penggunaannya sangat mudah iaitu dengan hanya sapu di bahagian perut, dada, telapak kaki dan belakang badan bayi setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.

Ujian Makmal di Spain

TROPIKA meletakkan kualiti produk dan keselamatan bayi sebagai faktor utama dalam penghasilan sesuatu produk. Selain daripada kajian yang terperinci mengenai setiap jenis bahan yang digunakan, setiap produk yang dihasilkan akan dihantar ke ujian makmal bagi menguji keberkesanan fungsi produk dan memastikan ia selamat digunakan pada kulit sensitif. TROPIKA Baby Herbal Cream dihantar ke makmal di Spain bagi ujian dermatologi dan keserasian kulit. Krim ini sesuai digunakan pada mereka yang mempunyai kulit sensitif, bayi berusia sehari sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Selain itu, kilang TROPIKA juga merupakan kilang bertaraf GMP di mana proses pengilangan dan pengeluaran adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan.  TROPIKA Baby Herbal Cream juga adalah produk yang berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).

Ibu-ibu Berpuas Hati Dengan TROPIKA Baby Herbal Cream

TROPIKA Baby Herbal Cream telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2012 dan menerima banyak testimoni serta maklum balas yang baik. Antaranya termasuklah bayi selalu buang angin, tidur lebih lena, batuk kurang, tiada masalah kembung perut dan krim serasi dengan bayi. TROPIKA Baby Herbal Cream bukan saja menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia, malah ia juga mendapat sambutan di kalangan warga Singapura dan Brunei. Selain ketiga-tiga negara ini, TROPIKA Baby Herbal Cream juga telah berjaya menembusi pasaran Timur Tengah dan Eropah seperti Bahrain, Arab Saudi, United Kingdom dan Sweeden.  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *