Produk TROPIKA Berasaskan Herba Semulajadi
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat kita mula menjadikan produk natural atau semulajadi sebagai pilihan utama. Ini kerana pengetahuan dan kesedaran mengenai bahayanya produk yang mengandungi bahan kimia semakin tinggi di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Bahan kimia ini sering didapati di dalam produk sabun, syampu, bedak dan minyak bayi dan selalunya dijual pada harga yang murah.
Menyedari kebaikan produk berasaskan bahan semulajadi, TROPIKA telah menghasilkan satu set lengkap bayi dan kanak-kanak yang berasaskan minyak kelapa dara dan herba. Set ini termasuklah sabun mandian dan syampu, minyak, losyen serta krim bayi. Kajian yang terperinci telah dijalankan dan dicuba terlebih dahulu bagi mengenal pasti kebaikan dan kesan sampingan sesuatu herba ke atas bayi dan kanak-kanak.
Ujian Makmal di Spain
TROPIKA meletakkan keberkesanan dan kualiti produk serta keselamatan pengguna sebagai faktor utama dalam penghasilan sesuatu produk. Selain daripada kajian yang terperinci mengenai setiap jenis bahan yang digunakan, setiap produk yang dihasilkan akan dihantar ke ujian makmal bagi menguji keberkesanan fungsi produk dan memastikan ia selamat digunakan pada kulit sensitif. Sebagai contoh, TROPIKA Baby Herbal Cream dan Baby Hair & Body Oil dihantar ke makmal di Spain bagi ujian dermatologi, kestabilan dan keserasian produk.
GMP, ISO 22000 Dan HaLal.
Kilang TROPIKA yang terletak di Selayang merupakan kilang bertaraf GMP (good manufacturing practice) dan ISO 22000 di mana proses pengilangan dan pengeluaran adalah mengikut piawaian yang ditetapkan bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Semua produk TROPIKA adalah berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan pengguna boleh semak status NOT produk di laman sesawang NPRA. Selain itu, kilang dan produk TROPIKA juga telah disahkan halal oleh JAKIM di mana premis kilang, proses pengeluaran dan bahan mentah yang digunakan adalah dari sumber halal dan diyakini.
Ibu-ibu Berpuas Hati Dengan TROPIKA
TROPIKA telah berada di pasaran tempatan sejak tahun 2010 dan telah mengumpul banyak testimoni serta maklum balas yang baik dari ibu-ibu. Antaranya termasuklah produk sesuai dengan bayi, kulit jadi lebih sihat dan cantik, anak makin sihat dan sebagainya. TROPIKA Baby Herbal Cream merupakan produk yang paling disukai kerana fungsinya dalam menangani gejala kembung perut, batuk, selsema dan kahak bayi. Penggunaan yang berterusan bukan saja membantu mengurangkan gejala di atas, malah sapuan berserta urutan pada bayi dan kanak-kanak di waktu malam dapat memberi ketenangan kepada mereka untuk lebih tidur nyenyak dan tidak meragam. Selain itu, minyak kelapa dara yang terdapat di dalam TROPIKA Baby Herbal Cream juga membuatkan kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat.
Produk TROPIKA bukan saja menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia, malah ia juga mendapat sambutan di kalangan warga Singapura dan Brunei. Selain ketiga-tiga negara ini, produk TROPIKA juga telah berjaya menembusi pasaran Timur Tengah dan Eropah seperti Bahrain, Arab Saudi, United Kingdom dan Sweeden. Kejayaan mengeksport ke luar negara ini membuktikan bahawa produk TROPIKA bukan saja berkualiti dan selamat digunakan, malah diiktiraf keberkesanannya di peringkat antarabangsa.
Pingback: 50 perkara yang perlu diketahui oleh bakal ibu. - Tropika Beauty