simptom mengandung

9 Simptom Mengandung, Jom Semak!

Kehamilan adalah momen nan indah buat wanita. Ia merupakan antara perkara yang dinanti selepas berkahwin bersama pasangan tercinta.

Sebagai persediaan juga, setiap wanita perlu mengetahui beberapa simptom kehamilan sebagai langkah persediaan dengan perubahan keadaan diri.

Ia bertujuan untuk memastikan sepanjang fasa itu ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga saat kelahiran.

Kami akan kongsikan simptom kehamilan yang common terjadi dan perkara yang boleh dilakukan selepas positif hamil.

Justeru, bakal-bakal ibu jangan risau, ini 9 perkara yang kena tahu untuk mengetahui simptom kehamilan. Jom semak!

9 Simptom Kehamilan

1. Tidak Datang Haid

simptom mengandung

Ini merupakan petanda paling jelas yang menunjukkan anda mengalami kehamilan. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid disebabkan oleh kehamilan.

Salah satunya, atas sebab stress, di dalam perancangan kehamilan, dan tiroid terlalu aktif.

2. Perubahan Selera Makan

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya. Ketika trimester pertama, ada wanita yang mula mengidam sesuatu yang pelik atau sukar untuk didapati seperti durian

3.Sukar Mengawal Emosi

Emosi anda mungkin sukar untuk dikawal dan anda mudah tertekan. Ia antara tanda-tanda kehamilan yang sebenarnya normal apabila melalui situasi ini.

4.Pening Kepala

Ketika awal kehamilan, sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala malahan ada juga yang boleh menyebabkan pitam.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan darah yang rendah.

tropika

TROPIKA Mum Spa Pamper Kit adalah set lengkap buat ibu hamil dan berpantang. Set ini mengandungi produk seperti Coconut Herbal Oil, Coconut Tummy Butter dan Coconut Massage Cream.

Produk natural untuk ibu yang selamat digunakan ketika hamil. Sesuai sangat untuk bakal ibu menggunakannya. Ini antara sebabnya!

Kebaikan antaranya:

  1. Membantu melancarkan darah
  • Membantu membuang angin.
  • Melegakan sakit dan lenguh-lenguh pada otot selepas bersalin.
  • Menjadikan badan lebih bertenaga.
  1. Tea tree oil membantu menghilangkan gatal-gatal disebabkan kulit meregang ketika hamil
  • VCO membantu melembutkan dan melembapkan kulit.
  1. Aromatherapy massage cream
  • Membantu menghilangkan rasa mual atau loya ketika mengandung (trimester).
  • Menghilangkan lenguh-lenguh, sakit pinggang dan sakit otot.
  • Menghilangkan sakit kaki bengkak atau kaki kebas / cramp.
  • Menghilangkan rasa pening kepala.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat video di sini.

@tropikahq

Ni la masanya untuk mommy manjakan diri dengan produk TROPIKA masa dalam pantang 😍

♬ RUNAWAY - KAYDEN

5. Keletihan

simptom mengandung

Keletihan ini kebiasaannya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil. Oleh itu, anda perlu berehat dengan secukupnya.

Selain itu, makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk mengawal keletihan ini.

6.Muntah-muntah

Gejala ini boleh berlaku tanpa mengira waktu terutamanya waktu pagi. Namun begitu, ada juga wanita yang tidak akan mengalaminya.

Kebiasaannya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah sekitar 12 hingga 16 minggu.

7.Kerap Membuang Air Kecil

 Ini kebiasaannya akan berlaku sekitar 6 atau 8 minggu selepas hamil. Buah pinggang anda mula memproses urin dengan lebih aktif semasa kehamilan.

Hal ini kerana, rahim dan kandungan bayi semakin membesar dan menekan pundi kencing lalu anda mudah membuang air kecil.

8. Sensitif Pada Bahagian Payudara

 Jika payudara anda mula berasa sakit dan sensitif, ini merupakan tanda kehamilan yang paling awal.

Ketika ini, aliran darah ke payudara meningkat disebabkan peningkatan kadar hormon estrogen, progesteron dan prolaktin.

Jadi, pastikan anda memilih bra yang bersesuaian bagi memudahkan pergerakan anda.

9. Kekejangan dan Pendarahan

simptom mengandung

Kekejangan dan pendarahan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan.  Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim.

Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih juga mungkin akan keluar daripada vagina anda.

Artikel berkaitan

Tanda Awal Kehamilan, Check List Ini Wajib Tahu!

 Perkara Patut Dibuat Selepas Positif Hamil

1. Beritahu Pasangan

positif hamil

Berita gembira ini semestinya dikongsikan bersama pasangan anda lagi-lagi jika ini kehamilan pertama anda! Pasti si dia teruja dengan kejutan yang diberikan dan ***

2. Daftar Buku Pink

Setelah membuat checkup di mana anda disahkan mengandung, anda boleh ke klinik kesihatan bagi mendaftarkan kehamilan.

Dengan adanya buku pink, anda dapat memantau keadaan diri seperti tinggi dan berat badan, kitaran haid, tarikh jangkaan bersalin (EDD), ujian air kencing, pemberian supplement dan tarikh janji temu yang seterusnya.

3. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Semasa hamil, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan tumbesaran bayi di dalam kandungan mendapat khasiat yang secukupnya.

Ingat, wanita hamil tidak boleh mengambil makanan seperti sushi mentah, telah kurang masak dan mentah, tiram dan kerang mentah, alkohol dan banyak lagi.

Apa-apapon, tanya doktor in charge bagi mengesahkan dan membantu anda.

4. Track Kehamilan Anda

track kehamilan

Sekarang ni, ada cara yang lebih mudah untuk anda pantau kehamilan anda dengan aplikasi kehamilan yang ada di Google Play Store atau App Store.

Di dalam ini, si ibu dapat mengetahui perkembangan bayi mengikut minggu, maklumat kehamilan, bersalin, berpantang dan penjagaan bayi.

Kesimpulannya, pantau keadaan diri anda bagi memastikan kemaslahatan kandungan bayi dan si ibu dalam keadaan terjaga dan selamat.

tropika

TROPIKA Mum Spa Pamper Kit adalah set lengkap buat ibu hamil dan berpantang. Set ini mengandungi produk seperti Coconut Herbal Oil, Coconut Tummy Butter dan Coconut Massage Cream.

Produk natural untuk ibu yang selamat digunakan ketika hamil. Sesuai sangat untuk bakal ibu menggunakannya. Ini antara sebabnya!

Kebaikan antaranya:

  1. Membantu melancarkan darah
  2. Tea tree oil membantu menghilangkan gatal-gatal disebabkan kulit meregang ketika hamil
  3. Aromatherapy massage cream

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *