ubat sakit tekak

5 Jenis Ubat Sakit Tekak Untuk Kanak-kanak

Ramai anggap sakit tekak adalah masalah kesihatan biasa-biasa je. Hakikatnya sakit tekak merupakan antara gejala  yang boleh membahayakan nyawa!

Ini kerana serangan Influenza (flu) antaranya sakit tekak, demam panas, batuk dan selsema. Apa yang membimbangkan, influenza boleh membawa maut jika tidak segera dapatkan rawatan doktor.

Biasanya apabila sakit tekak dan seakan rasa terbakar pada bahagian tekak  badan akan mula rasa panas kemudian disusuli pula batuk dan selsema. Akhirnya demam!

Caranya kena tahu beberapa jenis ubat yang mampu bantu rawat masalah sakit tekak. Sebelum itu, kami kongsikan dahulu cara merawat batuk secara natural.

Cara Mudah untuk Rawat Batuk Secara Natural

1. Makan dan Minum Yang Hangat

ubat sakit tekak

Dengan kondisi sebegini, adalah lebih baik anda makan dan minum sesuatu yang hangat bagi memulihkan semua deria rasa pesakit.

Makan bubur dan minum air teh suam merupakan pilihan terbaik.

2. Berkumur dengan Air Garam

ubat sakit tekak

Jangan pelik ya, berkumur dengan air garam terbukti mampu meredakan sakit tekak. Ini kerana, sifat air garam itu mampu membunuh bakteria atau virus di dalam tubuh.

3. Mengambil Udara Segar

Berjalan-jalan di luar rumah atau di taman sambil mengambil udara segar dan terdedah sedikit dengan cahaya matahari, dapat membantu badan anda kembali sihat.

Badan pon akan berpeluh, badan menjadi kurang tertekan dan memperbaiki peredaran darah.

4. Makan Madu

madu

Madu, penawar semulajadi yang popular dimakan bagi merawat sakit dialami. Madu bersifat antibakteria yang akan memulihkan luka dan mengurangkan inflamasi di dalam tekak.

5. Bawang Putih

Bawang putih ialah makanan semulajadi yang bersifat anti-bakteria dan anti-virus yang boleh meningkatkan sistem imun badan dan melawan kesakitan.

6. Makan Aiskrim

Aiskrim antara makanan sejuk yang boleh melegakan sakit tekak. Tapi jangan terlalu seronok. Ambil secara berlebihan tidak benarkan, hanya boleh sekadar melegakan tekak.

Artikel Berkaitan; Sakit Tekak Rawatan Cara Selamat, Spray Je Pun Dah Rasa Lega!

Jenis Ubat Untuk Rawat Sakit Tekak

Jika tidak berjaya juga untuk hilangkan rasa sakit tekak dengan tips di atas, anda boleh dapatkan cadangan ubat-ubatan di bawah.

1. Ubat Kemam Atau Lozenges

ubat sakit tekak

Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Pelbagai perisa dan bahan seperti beri rasa kebas (analgesia), ada yang berangin (menthol) dan sebagainya.

Namun, lozenge tidak digalakkan untuk diambil oleh kanak-kanak di bawah umur empat tahun kerana risiko tercekik.

Juga kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan pereputan gigi, terutamanya kepada kanak-kanak.

Contohnya, Difflam AB Sore Throat Lozenges Orange, Strepsils Honey Lemon, Fisherman’s Friend Sugar Free Original  dan  Dequadin Lozenges Tubes.

2. Ubat Cecair

Berkumur dengan cecair cucian mulut untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.

Cecair ini membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan radang dan kegatalan pada tekak. Tindakan ini secara tak langsung membantu hilangkan sakit tekak.

Betadine Gargle & Mouth Wash, Bactidol Mouthwash  dan Thymol Mouthwash ialah ubat cecair yang boleh tolong anda.

3. Ubat Spray

Selain makan ubat dan berkumur dengan cecair cucian mulut , rawatan menggunakan spray atau semburan mampu memberikan kelegaan pada tekak.

Ubat ini paling senang nak guna. Hanya sembur ke dalam mulut, sudah boleh memberikan rasa lega. Jadi, apa produk yang kita boleh guna?

Tropika Fresh & Cool dan Betadine Sore Throat Spray adalah jawapan yang sesuai untuk persoalan anda.

Tropika Fresh & Cool dikeluarkan untuk membantu melegakan sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas. Sejenis spray mulut yang membuatkan mulut anda rasa fresh bila disembur. KLIK DI SINI UNTUK TONTON VIDEO

4. Ubat Antibiotik

Kebanyakan sakit tekak berpunca dari jangkitan virus  dan bakteria. Ubat antibiotik akan diberikan jika anda mendapat jangkitan dari bakteria.

Walau bagaimanapun, kadangkala doktor tidak memberikan ubat antibiotik walaupun sakit tekak disebabkan sebab-sebab tertentu seperti alahan atau kesan sampingan.

Antara kesan sampingan ubat antibiotik termasuklah mual, cirit-birit, sakit kepala dan ruam.

5. Ubat Tahan Sakit

Ubat tahan sakit mampu memberikan kelegaan segera pada tekak. Namun, ubat NSAIDs (Non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti Ibuprofen tidak sesuai bagi pesakit gastrik, asma.

Mereka yang mengalami masalah pencernaan kerana ia boleh menjadi pencetus masalah kepada gejala-gejala penyakit ini.

Contoh ubat tahan sakit yang anda selalu dengar ialah Panadol (Paracetamol) dan Ibuprofen atau Acetaminophen.

Oleh itu, jangan biarkan sakit tekak berpanjangan. Bagi yang ada anak kecil sudah tentu risau kalau berjangkit. Jadi jika masih belum sembuh, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut dengan ubat yang berkesan supaya cepat sembuh!

Sebagai alternatif, anda boleh cuba untuk menggunakan Tropika Fresh & Cool.

ubat sakit tekak

Bahan-bahan yang terkandung:

Hanya perlu goncang sedikit dan spray 1 hingga 3 kali sehari atau bila memerlukannya sebelum guna.

Tropika Fresh & Cool ini dapat membantu melegakan sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas. Fresh & Cool merupakan spray mulut yang memberikan rasa fresh bila disembur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *