produk minyak kelapa dara

10 Manfaat Minyak Kelapa Dara Yang Terbukti Berkesan

Kajian menunjukkan minyak kelapa dara sangat baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Malah, sebelum wujudnya kajian berteknologi tinggi, nenek moyang kita telah pun mengamalkan penggunaan minyak serba boleh ini.

Artikel ini mengupas lebih lanjut mengenai minyak kelapa dara serta manfaatnya. 

Jom, teruskan membaca! 

Artikel Berkait

Selsema: Punca, Simptom dan Rawatan Terbaik

Sumber dan Ciri-ciri Minyak Kelapa Dara

kelapa dara

Minyak kelapa dara dihasilkan 100% daripada isi buah kelapa yang matang dan berkualiti. Proses penghasilannya tidak menggunakan haba dan bahan-bahan sintetik. Justeru, ia mengandungi nutrien yang amat berkhasiat untuk tubuh badan manusia. Antara nutrien yang tinggi di dalam minyak ini adalah vitamin E dan asid laurik. 

10 Manfaat Minyak Kelapa Dara

minyak kelapa dara dalam botol

  •  Mengurangkan masalah kulit 

Jika anda kerap mengalami masalah jangkitan kulit ataupun ingin memudarkan kesan parut, minyak kelapa dara adalah solusi yang terbaik.

Minyak kelapa dara mengandungi kandungan Asid Lemak Rantai Sederhana (MCFA) yang tinggi. Disebabkan itu, ia bersifat anti-kuman dan juga anti-kulat. 

Buat mereka yang menghidap masalah seperti kulit kering dan ekzema, anda boleh guna minyak kelapa dara terus ke atas kawasan bermasalah. 

Amalkan penggunaan minyak kelapa dara secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang efektif. 

  • Kekal awet muda

Selain kulit menjadi lebih sihat, ini juga dapat mengekalkan seri dan kecantikan wajah individu. 

Kandungan asid laurik di dalam minyak kelapa dara mempunyai fungsi anti-radang untuk mengekalkan keanjalan kulit wajah mereka yang mengamalkannya. 

Bukan itu sahaja, minyak kelapa dara juga selalu dijadikan sebagai bahan utama di dalam produk kosmetik. Antara produk kosmetik itu adalah pencuci muka dan juga makeup remover. 

  • Bantu kawal stres

Adakah anda selalu berasa stres dan tidak bermaya? 

Tahukah anda, minyak kelapa dara boleh mengurangkan tekanan jika diamalkan setiap hari.

Hal ini kerana minyak ini mengandungi anti-oksida yang dapat membantu melawan radikal bebas. 

Radikal bebas ini menjadi antara punca utama individu mengalami stress dan masalah depresi. 

  • Bantu tingkat imuniti badan

Bagaimana minyak kelapa dara yang kelihatan simple ni boleh bantu tingkatkan imuniti badan kita? 

Dalamnya ada terkandung asid laurik dan juga asid caprilik yang bersifat anti-bakteria. Ia juga membantu menyerap nutrien larut lemak seperti vitamin A, D, E, dan K. 

Artikel Berkait

Masalah Bayi Kulit Sensitif: 4 Cara Mengatasi Masalah Ini

  • Bantu sistem penghadaman 

minyak kelapa dara dapat membantu sistem penghadaman

Anda pasti pernah mengalami masalah penghadaman dan juga sembelit. Kedua-dua masalah ini akan menyebabkan masalah yang lain seperti gastrik. 

Masalah seperti ini boleh dirawat dengan mengamalkan minyak kelapa dara. Ini disebabkan kandungan MCFA di dalam minyak tersebut boleh memulihkan sistem penghadaman. 

  • Mencegah masalah Alzheimer, Parkinson Dan Dementia (Nyanyuk)

Masalah Alzheimer, Parkinson dan Dementia berkaitan dengan otak dan juga saraf. Semakin berusia, fungsi badan juga akan semakin merosot.

Jika anda ingin mencegah serta melambatkan kemerosotan fungsi penting badan, anda digalakkan untuk mengamalkan minyak kelapa dara yang mengandungi ketone

  • Bantu kawal diabetes

Penyakit diabetes disebabkan oleh hormon insulin dalam badan yang tidak berfungsi dengan baik. 

Hal ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi lebih tinggi dari normal sehingga menyebabkan pelbagai komplikasi yang berisiko.

Kandungan MCFA dalam minyak kelapa dara dapat meningkatkan keberkesanan insulin agar dapat mengawal diabetes.

  • Sumber tenaga 

minyak kelapa dara sumber tenaga

MCFA dalam minyak kelapa dara dapat ditukarkan kepada bentuk tenaga dengan lebih efektif berbanding sumber tenaga dari karbohidrat seperti nasi putih.

Selain itu, bentuk tenaga dari minyak kelapa dara ini tidak akan tersimpan dalam badan dalam bentuk lemak.

  • Mencegah penyakit Jantung, strok & darah tinggi

Minyak kelapa dara mengandungi HDL ataupun kolesterol baik yang membantu mencuci saluran darah dari kolesterol yang melekat pada dindingnya.

Boleh ucap selamat tinggal kepada sakit jantung, strok dan darah tinggi!

  • Menguatkan rambut & akar rambut

Punca rambut rosak adalah kerana ia kehilangan sumber protein yang mencukupi. Kandungan asid laurik dalam minyak kelapa dara dapat mencegah kehilangan protein dalam rambut.

Kesimpulannya, banyak manfaat yang terkandung dalam minyak kelapa dara.

Sebab itulah ramai yang mengamalkannya dalam masakan, pengambilan secara oral serta menyapu ke kulit dan rambut.

Minyak kelapa dara sesuai untuk semua lapisan umur termasuklah bayi yang baru lahir. 

Anda sedang mencari set penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian yang mengandungi bahan seperti minyak kelapa dara?

Kami sarankan anda pilih TROPIKA!

TROPIKA merupakan jenama produk bayi terkenal yang menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara dan ekstrak tumbuhan dalam produk mereka. 

Antara produk bestselling, BABY HAIR & BODY OIL dan NATURAL BUBBLE WASH.

BABY HAIR & BODY OIL melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ianya mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy. 

Selain memberi kesihatan yang optimum pada kulit badan, ia juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan melindungi dari kerak kepala.

Cubalah sendiri produk TROPIKA dan alamilah keistimewaannya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *