baby oil

Ini 4 Pilihan Baby Oil Yang Selamat. Jangan Salah Beli!

Tentu ada antara kita yang suka badannya di urut. Bukan sahaja orang dewasa tetapi bayi juga suka jika badannya diurut dengan baby oil. 

Mengurut badan bayi dengan minyak tersebut mempunyai banyak kebaikan. 

Secara umumnya urutan merupakan satu rawatan terapi tradisional yang berbentuk sentuhan, usapan dan menekan bahagian tertentu bagi memberi sensasi ketenangan.

Mengurut bayi secara konsisten dapat membantu perkembangan dirinya menjadi lebih sihat. 

Ia termasuk membantu untuk melegakan kembung perut, sembelit, tidur dengan lebih lena dan membantu membina otot. 

Selain itu, urutan juga amat digalakkan buat bayi pra matang untuk membantu pertumbesarannya. 

Namun, umum mengetahui bahawa kulit bayi begitu sensitif seperti mudah terkena ruam, keradangan dan ekzema. 

Oleh itu, sudah tentu memerlukan minyak urutan yang sesuai atau natural. Para ibu perlu lebih meneliti dalam membuat pilihan baby oil yang baik. 

Bahaya Minyak Urut Bayi 

minyak urut bayi

Tahukah anda Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara sering menerima kes keracunan Methyl Salicylate yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja?

Bahan Methyl Salicylate ini biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh-lenguh dan sakit badan. 

Namun, bahan ini tidak sesuai digunakan kepada kanak-kanak terutamanya bayi, kerana berisiko menyebabkan keracunan kepada mereka.

baby oil

Antara gejala keracunan termasuklah loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan, dan koma. 

Disebabkan itu, ibu-ibu perlu mengamalkan langkah yang paling penting sebelum menggunakan produk, iaitu, pemeriksaan senarai bahan kandungan. 

Semakan di laman NPRA terdapat lebih daripada 164 produk yang mengandungi bahan aktif Methyl Salicylate. 

Anda boleh merujuk kepada carta produk berbahaya kepada bayi di bawah ini: 

carta produk    

baby oil

baby oil

carta produk

carta produk

Sumber: Pusat Racun Negara

Artikel Berkaitan

Minyak Urut Untuk Bayi: Ibu Kena Tahu Ini!

4 Produk Baby Oil Yang Selamat Digunakan

Untuk memastikan ibu memilih baby oil yang selamat, berikut 4 pilihan minyak urutan yang popular di pasaran yang sesuai dan selamat digunakan untuk bayi. 

  1. Tropika Minyak Kelapa Dara

Minyak Tropika Kelapa Dara ialah minyak sapuan yang ringan dan penggunaannya bersesuaian untuk bayi. 

Bau lavender yang segar sering membuatkan ia menjadi pilihan utama ramai ibu bapa.

Minyak kelapa dara ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Anda hanya perlu menyapukan minyak ini di seluruh badan si manja. 

Selain itu, ia juga sesuai untuk digunakan untuk melebatkan rambut. 

  1. Cap Limau Yu Yee Oil

Minyak Yu Yee ini dikatakan mampu mengurangkan kembung perut. Malah, ia juga membantu untuk meredakan sakit sendi untuk semua peringkat umur. 

Ramai ibu bapa suka akan bau minyak ini yang nyaman dan tidak terlampau dingin. 

Penggunaan minyak Cap Limau Yu Yee ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur untuk mengurangkan sakit sendi.

  1. Buds Calming Tummy Rub Cream

Produk ini mengandungi bahan-bahan yang dipilih dengan teliti untuk menghasilkan produk yang berkualiti. 

Krim ini terkandung campuran peppermint organik, halia, serta herba Fennel untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan pada perut. 

Minyak pati lavender juga turut dicampur untuk membantu seimbangkan mood si manja. Produk ini mesra pada kulit si manja yang lembut. 

  1. Tropika Baby Herbal Cream

baby herbal cream

Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan natural yang memberikan rasa selesa buat bayi. 

Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika. 

Ia berkesan dalam membantu untuk menghilangkan batuk berkahak, sakit perut, angin dan juga membantu si bayi sendawa selepas menyusu. 

Kesimpulannya, pemilihan baby oil amat penting dalam memastikan kesihatan bayi secara keseluruhan. 

Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan produk-produk bayi, anda boleh melawat laman web kami di sini. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *