Minyak Urut Untuk Bayi: Ibu Kena Tahu Ini!

Tahukah anda bahawa sentuhan ibu bapa, seperti menggunakan minyak urut, kepada bayi dapat menjalinkan kasih sayang ibu dan anak. 

Tidak dinafikan banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam membesarkan bayi terutamanya buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.

Sebenarnya, dalam tempoh 12 bulan pertama, kehidupan bayi amat mencabar. Ibu perlu tahu penjagaan yang betul untuk memastikan bayi membesar dengan sihat. 

Salah satu cabaran  yang bakal ditempuhi adalah berkaitan dengan kesihatan termasuk selsema, batuk, hidung tersumbat dan masalah kesihatan lain. 

Apabila berlaku situasi begini, sudah pastinya ibu akan segera mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan lanjut. 

Namun pada masa yang sama, ibu juga boleh mencuba cara lain untuk mengatasi masalah kesihatan anak. 

Antara cara yang popular dan selamat adalah dengan mengurut bayi secara konsisten.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

Urutan bayi

minyak urut

Kaedah urutan bayi telah diamalkan di seluruh dunia. Ia menjadi amalan turun-temurun dan merupakan antara keperluan dalam penjagaan bayi. 

Bayi baru lahir yang belum boleh bercakap akan meneroka persekitarannya melalui  sentuhan. 

Oleh itu, urutan boleh menjadi cara komunikasi awal antara ibu bapa dan bayi untuk membina hubungan kekeluargaan.

Kepentingan urutan untuk bayi

  1. Kuatkan bonding dengan bayi

minyak urut bayi

Umum mengetahui bahawa dengan sentuhan akan menggalakkan bonding antara si ibu dan bayi. 

Dengan melakukan beberapa kaedah urutan ini, si manja dapat mengenali suara, pandangan mata dan sentuhan lembut yang selalu diberikan kepadanya. 

  1. Menenangkan Bayi

Kajian membuktikan apabila mengurut bayi, kita dapat berikan kesan positif pada sistem saraf utamanya. 

Ia dapat memberi kelegaan tekanan dan merehatkan otot terutama kepada bayi kolik yang menangis untuk jangka masa yang panjang.

  1. Tidur lebih lena 

minyak urut

Bayi suka kepada sentuhan yang lembut. Dengan urutan, ia menjadikan otot bayi lebih rileks. 

Melalui cara ini bayi lebih mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. 

Sekali gus mengelak bayi merengek akibat keletihan dan kurang tidur. 

  1. Bayi lebih sihat dan penambahan berat badan

Mengurut dapat berikan kesan baik pada kesihatannya termasuklah mengatasi masalah seperti sembelit, kembung perut, selsema dan batuk. 

Dengan ini, ia sekaligus dapat membantu pertambahan berat badan bayi.

  1. Tumbesaran bayi pramatang

Agak sukar untuk mengangkat dan mendukung bayi pramatang. 

Namun begitu, bayi pramatang masih boleh bertindak balas dengan sentuhan dan urutan. 

Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi. 

Malah, ia juga menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik. 

Dalam pada itu, ia dapat merangsang perkembangan otot dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan berjalan.

Persediaan sebelum mengurut

Selepas mandi adalah waktu yang ideal untuk mengurut bayi. 

Apabila dilakukan secara konsisten, secara tidak langsung, bayi akan lebih mudah untuk tidur lena sepanjang malam. 

Malah ia juga dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan bayi. 

Kami akan kongsikan 2 cara persediaan yang anda perlu lakukan sebelum mengurut: 

  1. Ruang yang selesa dan selamat 

Sediakan tempat yang selesa dengan suhu bilik yang selesa. Pastikan bayi di lap dengan kering selepas mandi sebelum mengurut bayi.

  1. Kelengkapan yang digunakan semasa mengurut

minyak urut

Sebelum anda mula mengurut pada bayi, pastikan barang kelengkapan seperti minyak urut, tuala kecil, pakaian bayi, dan selimut sudah siap disediakan. 

Jenis-jenis urutan bayi

  1.  Kaki

Mula-mula, sapukan beberapa titis minyak dan urutkan bahagian tapak kaki, tumit, dan ibu jari. 

Kemudian, beralih ke bahagian buku lali dan seterusnya ke peha. 

Ulang teknik mengurut bayi ini beberapa kali sebelum melakukannya ke kaki sebelah. 

  1.  Perut

Letakkan tapak tangan pada bahagian tengah perut si manja. Menggunakan hujung jari, lakukan gerakan urutan perlahan dan lembut mengikut arah jam.

Sekiranya perut bayi selalu kembung, boleh gunakan teknik urutan ‘I Love You’, iaitu dengan membuat gerakan seperti huruf ‘I’, ‘L’, dan ‘U’ . Ulangi gerakan tersebut untuk beberapa kali.

  1.  Dada

Letakkan kedua belah tangan anda di atas kedudukan jantung bayi. Kemudian, usap ke luar dan leperkan tapak tangan anda pada dadanya. Ulangi beberapa kali

  1.  Bahu dan lengan

Lakukan gerakan perlahan pada lengan si manja. Bermula dengan bahunya dan bergerak ke bahagian pergelangan tangan. 

Ulangi 2 hingga 3 kali sebelum beralih ke lengan yang sebelah lagi.

  1.  Belakang

Seterusnya, tiarapkan bayi anda dan mula mengurut dari bahu dan turun ke bahagian tulang belakang hingga ke punggung. 

  1.  Bahu ke hujung kaki

Akhiri dengan membuat satu usapan memanjang dari bahu hingga ke hujung kaki. 

Gunakan sedikit tekanan dan ulangi usapan ini beberapa kali.

Artikel Berkaitan

Ini 4 Pilihan Baby Oil Yang Selamat. Jangan Salah Beli!

Jenis minyak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak

Terdapat banyak minyak untuk urutan di pasaran namun tidak semua sesuai untuk bayi. 

Ini kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut, ibu perlu bijak ketika memilih minyak urut yang selamat untuk bayi. 

Berikut antara minyak urut natural yang boleh digunakan untuk mengurut bayi:

  1. Minyak kelapa dara

minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara mempunyai tahap asid laurik dan antioksidan yang tinggi. 

Jenis minyak ini mampu memberikan kelembapan pada kulit secara natural dan mengelak keradangan. 

  1. Minyak Jojoba

Minyak jojoba ini mengandungi kandungan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan serta mudah diserap dengan baik ke dalam kulit. 

Ini menjadikan ia antara pilihan minyak urut yang terbaik dan selamat untuk bayi. 

  1. Minyak bunga matahari

baby oil

Sejenis minyak yang lightweight dan tidak meninggalkan kesan oily pada wajah bayi. Minyak ini mengandungi bahan-bahan seperti: 

  1. Ekstrak daripada biji bunga matahari 
  2. Kaya dengan asid linoleik (asid lemak yang penting) 
  3. Asid palmitik 
  4. Asid stearik 

Kesemua bahan yang dinyatakan di atas adalah amat baik bagi memastikan kulit wajah sentiasa sihat. 

4. Minyak badam

minyak badam

Merupakan salah satu minyak urut paling popular di kalangan ahli terapi urut. 

Tesktur minyak ini sedikit berminyak yang membolehkan tangan meluncur dengan mudah melalui kulit. 

5. Minyak zaitun

minyak zaitun

Selain digunakan sebagai minyak masak, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk mengurut bayi. 

Tekstur minyak ini adalah berminyak, melekit dan memiliki aroma yang tersendiri. 

Jadi, anda tidak digalakkan untuk menggunakan minyak zaitun yang banyak ketika mengurut bayi.

Produk pilihan 

tropika

tropika

tropika

TROPIKA Baby Hair & Body Oil mengandungi Minyak Kelapa Dara dan Aroma Lavender, Sweet atau Happy ini sangat bagus untuk kesihatan kulit bayi. 

Penggunaan yang kerap mampu melindungi kulit bayi dari masalah ruam, kekeringan dan kegatalan. 

Penggunaannya juga amat mudah. Anda hanya perlu menyapu produk ini secara nipis pada kulit bayi setiap kali selepas mandi atau setiap kali sesi urutan bayi. 

TROPIKA Baby Hair & Body Oil bukan sahaja bagus untuk kulit, malah ia juga boleh digunakan di kepala dan rambut bayi. 

Ia membantu melebatkan dan melembutkan rambut bayi serta menanggalkan cradle cap atau kulit kepala berkuping. 

baby oil

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *