Batuk dan selesema merupakan penyakit yang biasa dihidapi oleh penduduk dunia. Walau bagaimanapun, kanak – kanak dan bayi merupakan golongan yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding orang dewasa. Dalam istilah perubatan, batuk didefinisikan sebagai tindak balas refleks yang distimulasikan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak. Batuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.
Batuk boleh menyebabkan gangguan tidur pada bayi. Ini kerana mereka berasa tidak selesa pada tubuh badan mereka. Terdapat beberapa faktor kenapa bayi mudah batuk dan selesema. Antaranya ialah, infeksi terhadap paru-paru. Jika bayi menghidapi infeksi pada paru-paru, keadaan pernafasan bayi akan menjadi sukar. Bunyi batuk juga agak sedikit berbeza. Biasanya gejala ini disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertunis yang menyebabkan bayi sakit lebih dari seminggu. Jika ia berlarutan sehingga berbulan, ini boleh menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan bayi.
Selain itu, alergi atau alahan juga boleh menjadi salah satu punca kepada bayi batuk. Biasanya jika keadaan sebegini terjadi, bunyi batuk akan sedikit kering dan berkahak. Punca alergi atau alahan boleh terjadi disebabkan oleh kawasan persekitaran yang berdebu, udara yang kotor, habuk, memegang haiwan yang berbulu atau sebagainya. Ibu bapa harus peka terhadap kesihatan anak-anak. Sila rujuk doktor atau pakar yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan susulan.
Jika pada zaman dahulu, ibu-ibu sering menggunakan minyak bawang merah atau bawang putih yang diproses sendiri dan digunakan pada si anak yang batuk. Minyak tersebut akan disapu pada dada bayi untuk mengurangkan batuk dan kahak.
Seiring dengan modenisasi, pelbagai produk tradisional kini boleh didapati di pasaran. Khasiat yang terdapat dalam herba banyak membantu memperbaiki kehidupan seseorang terutamanya yang mengalami batuk dan selesema, gatal-gatal pada kulit dan penyakit lain.
Tahukah anda, produk jenama TROPIKA telah bertapak di pasaran sejak 2012 lagi. Mereka terkenal dengan produk penjagaan bayi yang menggunakan MINYAK KELAPA DARA sebagai bahan utama dalam produk mereka. TROPIKA BABY HERBAL CREAM telah menjadi pilihan nombor satu ibu-ibu di Malaysia. Ianya banyak membantu dalam menjaga keselesaan bayi dengan mengurangkan batuk, selesema dan kahak. Bayi menjadi lebih nyenyak sewaktu tidur sekaligus membantu meringankan beban ibu yang perlu berjaga tiap malam. Dengan cara penggunaan yang mudah, cuma sapu pada dada, perut, betis dan telapak kaki bayi selepas mandi dan sebelum tidur.
Jadilah ibu-ibu yang bijak dalam memilih produk yang terbaik untuk anak anda!