
“Patutlah kepala baby berbau, bila dah cukur rambut ini baru nampak ada kudis di kepala. Kesiannya baby bila tengok ada masalah kerak kepala. Jadi apa ibu nak buat ni?
Sesungguhnya tiada apa yang lebih menyeronokkan bagi pasangan yang baharu berkahwin selain daripada menimang cahaya mata. Namun perkara pertama yang menjadi kebimbangan adalah penjagaan bayi baru lahir, lebih-lebih lagi ia merupakan pengalaman pertama.
Setelah kelahiran bayi, selain penyusuan susu ibu secara eksklusif, para ibu perlu mengetahui cara yang betul penjagaan kebersihan bayi. Antara perkara yang biasa dilalui oleh ibu selepas bersalin adalah memandikan bayi.
Memandikan bayi baru lahir bukan tugasan yang mudah. Ibu harus berhati-hati dan tahu cara memegang bayi dengan betul kerana ketika ini kulit bayi amat sensitif. Ia termasuk membersihkan kepala bayi supaya tiada sebarang masalah kulit kepala seperti cradle cap atau kerak pada kulit kepala.
Kerak Pada Kulit Kepala Bayi
Masalah kerak kepala ini berlaku akibat pengeluaran minyak di bahagian kepala bayi yang kemudiannya akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan kondisi yang juga dikenali sebagai ‘infantile seborrheic dermatitis’ ini dipengaruhi hormon ibu, yang mengakibatkan produksi minyak berlebih pada jaringan kulit bayi
Lazimnya dalam tempoh minggu pertama bayi, masalah ini akan terbentuk di bahagian kepala. Ia seakan kelemumur, kelihatan bersisik dan berbau. Malah kulit kepala bayi juga akan kelihatan kemerahan. Biarpun ia dikatakan masalah biasa bagi bayi baru lahir, jangan anggap ia perkara yang remeh!
Jika dibiarkan atau jarang dibersihkan ia akan membuatkan kotoran semakin menebal melekat di kulit kepala. Akhirnya, kotoran ini menjadi kerak sehingga sukar untuk dibersihkan dengan mudah. Malah jika dibiarkan boleh menjadi keradangan atau infeksi bagi kes yang teruk.

Cara Hilangkan Kerak Kepala Bayi Dengan Berkesan
1. Cukur Atau Pendekkan Rambut
Bagi bayi yang menghadapi masalah kerak kepala, ibu ayah harus cukur rambut bayi agar mudah untuk diuruskan.
Apabila kepala bayi sudah botak atau rambut pendek, keradangan mudah diatasi dengan cepat terutama ketika membersihkan kepala bayi semasa mandi.
2. Elak Pakai Topi
Lazimnya kebanyakan ibu suka pakaikan bayi topi. Namun cara ini tidak sesuai terutama yang menghadapi masalah ini. Ia mengakibatkan kulit kepala bayi menjadi lembab dan berpeluh. Untuk mengatasinya, biarkan kepala bayi pada suhu bilik sentiasa berangin dan tidak terlalu panas. Ia bagi mengelak rasa ketidakselesaan dan kegatalan yang boleh menimbulkan keradangan.
3. Cuci rambut bayi
Penting bagi ibu untuk mengetahui cara mencuci rambut untuk bayi yang baru lahir dengan betul. Ia sangat membantu mengurangi masalah kerak kepala. Titiskan syampu bayi (sebaiknya yang natural) secukupnya di kepala dan urut dengan lembut. Dalam tempoh itu, ibu boleh mengurut perlahan kepala bayi, sekali gus dapat melembutkan kerak kepala bayi. Bilas rambut bayi untuk menghilangkan semua syampu pada bahagian kepala.
4. Gunakan Baby Oil & Berus Khas Bayi
Berus rambut bayi bertujuan untuk membuang kerak yang melekat pada bahagian kepala. Caranya dengan menggunakan baby oil. Selepas rambut bayi dicuci dengan syampu, tuangkan baby oil (sebaiknya yang natural) secukupnya di telapak tangan ibu lalu di sapu ke kulit kepala bayi. Lakukan urutan dengan lembut pada bahagian itu. Biarkan beberapa minit atau beberapa jam. Kemudian dengan menggunakan berus khas bayi, ibu perlu menyikat rambut secara lembut bagi mengeluarkan kerak pada kulit kepala bayi.
5. Nasihat Doktor
Sekiranya kerak kepala bayi terlalu tebal dan membimbangkan, bawalah bayi berjumpa doktor. Doktor akan memberi nasihat rawatan dan krim yang sesuai untuk merawat kulit kepala bayi. Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala telah menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor mungkin akan menyediakan krim anti-fungus yang sesuai.
Sebaiknya Syampu Natural
Biarpun kerak kepala bayi ini biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, jangan ambil mudah dan mengabaikan penjagaannya. Ikuti pilihan produk TROPIKA untuk kebersihan kulit kepala bayi anda.
Cakna dengan masalah bayi dan kepentingan produk natural yang bebas dari SLS, SLES, paraben, steroid serta bahan kimia berbahaya dan selamat untuk bayi, Terkini TROPIKA mengeluarkan produk baru iaitu Hair Booster Box (HBB).

Kotak HBB mengandungi dua jenis produk iaitu syampu dan baby oil.
Terdapat 3 jenis haruman
1. Lavender
2.Sweet iatu gabungan haruman bunga ros & jasmine
3. Happy gabungan haruman apricot & Green tea
4. PERCUMA berus rambut bayi
Penggunaan
1. Semasa memandikan bayi, tuangkan syampu TROPIKA di telapak tangan ibu dan sapukan dengan lembut di bahagian kepala bayi.
2. Dalam kotak HBB, percuma berus rambut khas untuk bayi supaya ibu dapat menyikat rambut bayi dengan selamat. Dengan ini ibu dapat menggosok kepala bayi dengan menggunakan sikat ini bagi mengeluarkan kotoran kerak pada kepala bayi. Kerak kepala akan tanggal dengan mudah apabila ia lembut setelah menggunakan air dan sabun. Buih syampu ini sangat natural Bdan tidak pedihkan mata. Gerenti selamat untuk bayi anda!
3. Kemudian bilas kepala bayi dengan air bersih. Lap dengan kain sehingga kering. Akhir sekali guna baby oil TROPIKA sebagai minyak rambut. Sambil itu boleh juga lakukan urutan secara lembut pada bahagian kepala bayi.