ruam bayi

Petua Hilangkan Ruam Bayi Bawah Setahun. Ini 6 List To Do Wajib Buat. Penting Untuk Rawatan Awal!

Tahukah anda bahawa penggunaan produk yang tidak sesuai akan menyebabkan bayi menghadapi masalah kulit seperti ruam. 

Masalah ini sering terjadi pada muka dan badan si anak kecil.  

Hal ini terjadi kerana ibu ayah yang culas terhadap pemilihan produk yang sesuai untuk bayi baru lahir. Ketika ini, kulit bayi lebih sensitif. 

Ruam merujuk kepada masalah kesihatan kulit bayi yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Maka, sudah tentu si ibu berasa risau apabila mendapati kulit bayi berbintik yang timbul di sekitar muka dan badan. 

Oleh itu, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ruam. Jom baca artikel ini sehingga habis. 

Jenis Ruam Bayi Di Wajah  

ruam bayi

  1. Jerawat bayi (Neonatal acne)

Jerawat kecil berwarna putih atau merah tumbuh di pipi, hidung, dan dahi bayi. Jerawat ini mungkin muncul ketika bayi dilahirkan atau dalam lingkungan sebulan. 

  1. Kerak kepala bayi (Cradle crap) 

Ruam merah di kulit kepala yang kemudian berubah menjadi kerak kering berwarna kekuningan atau coklat bersisik dan berminyak.

Jenis Ruam Bayi Di Badan

ruam bayi

  1. Ruam panas (Miliaria)

Bintik kecil kemerahan yang muncul di mana-mana bahagian badan. Kebiasaannya, ruam di belakang, kepala dan kawasan leher. 

  1. Ruam lampin

Keradangan kulit dengan kemerah-merahan yang terjadi di sekitar tempat yang ditutupi lampin membabitkan bahagian kemaluan, punggung, celah kelangkang dan lipatan dalam paha.

  1. Ekzema 

Ruam yang mempunyai gejala dengan keadaan kulit kegatalan, kemerahan, kering, pecah-pecah, keradangan, dan kemerahan pada bahagian tubuh.

Peringatan: Biasanya ruam-ruam itu akan beransur pulih dalam beberapa minggu tanpa sebarang rawatan. 

Bagaimanapun, jika keadaan menjadi semakin serius atau terlalu lama, rujuklah pakar pediatrik anak anda untuk diagnosis dan rawatan yang sewajarnya.

Artikel berkaitan

Ekzema: Punca, Simptom dan Rawatan Terbaik

6 List To Do kena buat! Petua Hilangkan Ruam Bayi

Ramai ibu bapa berasa bimbang apabila mereka mula mendapati timbul ruam dan kemerahan pada kulit anak. 

Malah, ada yang rasa tertekan apabila tidak mampu untuk membantu si manja menangis kerana tidak selesa dengan masalah kulit itu. 

Jadi, sebaiknya lakukan rawatan awal sebelum ia menjadi lebih kronik! 

Cara terbaik untuk mencegah dan merawat ruam pada bayi adalah dengan memastikan kulit bayi sentiasa kering dan bersih. 

Di samping itu, sapu krim khas yang sesuai untuk bayi supaya ia dapat membantu untuk mencegah serta merawat masalah ruam. 

Berikut petua hilangkan ruam bayi. 

  1. Lap atau basuh muka bayi

lap muka bayi

Setiap kali selepas penyusuan, lap muka bayi dengan kain lembut yang basah (guna air suam) untuk menghilangkan sisa susu ibu atau susu formula.

  1. Tepung ubi

Jadikan ia seakan bedak sejuk bagi menghilangkan ruam pada wajah dan badan anak. 

  1. Kelapa parut

Letakkan kelapa parut dalam kain kemudian sapukan pada wajah dan kulit bayi.

  1. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan kulit. Sapu minyak ini pada bahagian kulit yang bermasalah.

  1. Syampu atau sabun natural

Sesetengah sabun mandian atau syampu beri kesan kemerahan pada badan bayi. Pilih produk bayi yang natural. 

  1. Minyak khas bayi 

Minyak khas yang direka cipta untuk bayi secara natural mampu bertindak balas untuk memastikan kulit bayi tidak kering dan bebas masalah ruam.

Kesimpulannya, masalah kulit ruam dalam kalangan bayi boleh dirawat dengan menggunakan produk yang bersesuaian. 

Jadi, buat ibu bapa yang ingin merawat penyakit ini, anda boleh dapatkan TROPIKA Baby Hair & Body Oil.

TROPIKA Baby Hair & Body Oil mengandungi Minyak Kelapa Dara dan Aroma Lavender, Sweet atau Happy ini sangat bagus untuk kesihatan kulit bayi. 

Penggunaan yang kerap mampu melindungi kulit bayi dari masalah ruam, kekeringan dan kegatalan. 

Penggunaannya juga amat mudah. Anda hanya perlu menyapu produk ini secara nipis pada kulit bayi setiap kali selepas mandi atau setiap kali sesi urutan bayi. 

baby hair oil

TROPIKA Baby Hair & Body Oil bukan sahaja bagus untuk kulit, malah ia juga boleh digunakan di kepala dan rambut bayi. 

Ia membantu melebatkan dan melembutkan rambut bayi serta menanggalkan cradle cap atau kulit kepala berkuping. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *