masalah kulit kering teruk

Anda Ingin Tahu Jenis Masalah Kulit Kering? Jom Baca Artikel Ini

Masalah kulit kering menjadikan kulit seseorang kelihatan kasar, mengelupas dan bersisik. Lokasi di mana tompok kering ini terbentuk berbeza bagi setiap orang. 

Ia adalah keadaan biasa yang memberi kesan kepada semua peringkat umur, terutamanya bayi dan kanak-kanak kecil kerana kulit mereka masih sensitif dan mudah merengsa. 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda info ringkas mengenai masalah kulit kering, jenis-jenisnya serta tips untuk membeli pelembap kulit bagi bayi anda.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Artikel Berkait

5 Rawatan Kulit Sensitif Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

Info-info Ringkas Mengenai Kulit Kering

kulit kering menyebabkan kagatalan

Terdapat beberapa simptom dan tanda-tanda kulit yang kering. Antaranya ialah kulit terasa kasar, mengelupas, gatal-gatal, tegang selepas mandi, retak dan merah.

Kulit yang kering kerap berlaku di bahagian lengan, paha, kaki dan sisi abdomen. Salah satu puncanya adalah masalah penghidratan kulit yang berlaku disebabkan oleh cuaca semasa.

Seseorang akan lebih cenderung untuk hadapi masalah kulit yang kering dan dehidrasi ketika cuaca terlalu sejuk, panas atau mempunyai kelembapan yang rendah. 

Selain itu, tidak meminum air dengan secukupnya juga boleh menyebabkan masalah kulit yang kering untuk berlaku serta berasa gatal.

Kerap mandi dengan air yang panas juga akan mengeringkan kulit anda kerana air yang panas akan membuka pori di kulit dan membasuh minyak natural yang melindungi kulit anda.

Jenis-jenis Masalah Kulit Kering

  • Xerosis bermusim

Jenis masalah kulit kering yang biasa dihadapi oleh orang ramai adalah xerosis bermusim, atau dikenali sebagai gatal musim sejuk.

Masalah kulit yang kering ini berlaku ketika musim sejuk dan ia berpunca daripada suasana kelembapan yang rendah, menyebabkan kulit menjadi dehidrasi.

Xerosis bermusim ini akan menyebabkan kulit berasa gatal dan kering tetapi tidak ada ruam atau merah-merah.

  • Ichthyosis 

Terdapat pelbagai jenis masalah kulit yang kering. Antaranya ialah Ichthyosis yang merupakan masalah kulit yang berlaku disebabkan oleh gangguan genetik.

Masalah kulit kering ini kerap berlaku kepada bayi dalam masa setahun kehidupan mereka. Kulit mereka akan kelihatan bersisik dan kering.

  • Ekzema

kulit kering sebab ekzema

Seterusnya, ekzema juga merupakan masalah kulit kering yang sering dihadapi oleh ramai orang. 15-20% kanak-kanak dan 1-3% dewasa menghadapi ekzema di seluruh dunia.

Ekzema, atau dikenali sebagai atopic dermatitis (AD) merupakan penyakit kulit yang menyebabkan keradangan tahap ringan hingga ke kronik.

Antara simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami penyakit ekzema ini adalah kulit yang bersisik, gatal, kering, mengelupas dan kasar.

Penyakit ini juga bersifat genetik dan boleh diwarisi. Satu daripada 10 individu akan mengalami ekzema sepanjang hayat mereka, terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak.

  • Asteatosis

Di samping itu, asteatosis merupakan masalah kulit yang kering yang berlaku disebabkan oleh penghasilan rembesan yang kurang oleh kelenjar sebum di dalam lapisan kulit anda.

Asteatosis juga berpunca daripada cuaca yang terlalu sejuk atau panas dan kurang kelembapan. Kulit yang mengalami asteatosis akan kelihatan kering, bersisik, retak, merah dan terasa gatal.

Asteatosis ini sering dialami oleh orang tua dan kerap berlaku pada bahagian kaki mereka.

  • Dermatitis

Dermatitis merupakan keadaan kulit yang kering dan menyebabkan keradangan kulit yang sering berlaku bersama xerosis dan ekzema. 

Kulit yang mengalami dermatitis akan menjadi merah, bengkak, dan sakit, kadangkala dengan lepuh kecil, akibat kerengsaan kulit oleh produk atau tindak balas alahan terhadapnya.

Antara produk yang boleh menyebabkan alahan kulit ini adalah seperti minyak wangi, lotion, barang kemas yang mengandungi nikel, sabun dan detergen. 

Artikel Berkait

Ekzema: Punca, Simptom dan Rawatan Terbaik

Tips Membeli Pelembap Untuk Si Comel

pelembap kulit untuk bayi

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa tips untuk membeli pelembap untuk kulit si comel anda.

  • Minyak sebagai bahan ramuan

minyak sebagai bahan pelembap

Salah satu tips untuk membeli produk pelembap kulit bagi bayi anda adalah dengan memilih produk yang mengandungi minyak sebagai bahan ramuannya.

Minyak yang bagus untuk melembapkan dan melegakan kulit yang gatal adalah seperti minyak kelapa dara.

  • Pelembap tanpa pewangi

Selain itu, anda juga patut membeli produk pelembap kulit yang tidak menggunakan bahan pewangi. 

Produk pelembap kulit yang tidak mengandungi bahan pewangi bertujuan untuk mengelakkan daripada masalah ekzema dan alergi bertambah teruk.

  • Cari “Air” di dalam senarai ramuan

air dalam ramuan pelembap

Tips seterusnya adalah untuk membeli produk pelembap kulit bagi bayi anda yang mempunyai “air” di dalam senarai ramuannya.

Biasanya, produk pelembap yang menggunakan air sebagai salah satu bahan ramuan utama tidak memerlukan pengisi, penstabil kimia atau bahan pengawet.

Ini kerana bahan-bahan tambahan ini mungkin akan menyebabkan iritasi terhadap kulit bayi yang sangat sensitif sehingga boleh menyebabkan masalah kulit lain yang tidak diingini.

  • Bahan ramuan yang tidak terlalu banyak

Di samping itu, anda patut mencari produk pelembap kulit untuk bayi anda yang tidak mempunyai bahan ramuan yang terlalu banyak.

Losyen dan body butter yang berkesan tidak memerlukan bahan ramuan yang terlalu banyak. Ramuan yang terlalu banyak juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk bayi.

Artikel Berkait

Masalah Bayi Kulit Sensitif: 4 Cara Mengatasi Masalah Ini

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis masalah kulit kering serta tips untuk membeli pelembap untuk bayi anda yang boleh diikuti supaya kulit si comel anda kekal sihat.

Jika anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di Tropika.my!

TROPIKA merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara dan herba dalam produk mereka. 

Antara produk pilihan ibu masa kini ialah NATURAL BODY LOTION dari TROPIKA.

NATURAL BODY LOTION dapat melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ia mempunyai wangian chamomile dan terdapat dalam 2 saiz yang berbeza. 

Ia diperbuat daripada minyak kelapa dara dan minyak chamomile serta memberi kesihatan dan kelembapan yang optimum pada kulit bayi anda.

Natural Body Lotion - Chamomile

  • Natural Body Lotion – Chamomile

Natural Body Lotion - Chamomile 230ml

  • Natural Body Lotion – Chamomile 230ml

Anda boleh sapu Natural Body Lotion ini ke anggota tubuh bayi selepas memandikan si comel. 

Selain itu, pastikan anda menyapu dalam circular motion bagi proses penyerapan lotion yang lebih baik. 

Selain itu, kedua-dua lotion ini tidak mengandungi SLS, paraben, tiada bahan pewangi, dan juga pewarna. Jadi, Natural Body Lotion ini sangat bersesuaian untuk tubuh si kecil yang amat sensitif kepada bahan-bahan tersebut. 

Klik link di bawah ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *