Salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh ibu-bapa adalah masalah kembung perut dalam kalangan bayi.
Semestinya penjagaan bayi tidak semudah yang disangka. Disebabkan itu, golongan ibu baru perlu tahu tindakan sewajarnya bagi mengurangkan masalah itu.
Tindakan yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan urutan menggunakan krim atau minyak khas bayi.
Buat pengetahuan anda, antara tanda bayi kembung perut adalah si anak kecil akan menangis.
Sebagai seorang ibu, anda tidak perlu panik. Sebaliknya, anda perlu tahu cara-cara untuk mengatasi masalah yang dialami bayi anda ini.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.
Apa Itu Kembung Perut?
Masalah kesihatan yang dialami oleh bayi pada tiga bulan pertama.
Namun, ia juga boleh berlanjutan sehingga bayi berusia 6 bulan. Selalunya kerap berlaku pada waktu malam.
Kembung perut merujuk kepada masalah kesihatan yang oleh bayi yang berumur tiga bulan pertama.
Namun begitu, masalah kesihatan ini boleh berlanjutan sehingga bayi berusia 6 bulan.
Buat pengetahuan anda, masalah perut kembung sering berlaku pada waktu malam.
Oleh itu, sebagai ibu bapa mahupun penjaga, anda perlu menyediakan barang-barang keperluan bagi mengurangi masalah kesihatan ini.
Punca Bayi Kembung Perut
Sebenarnya, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan bayi kembung perut.
Antaranya ialah amalan pemakanan si ibu, cuaca, dan juga susu formula yang tidak sesuai.
Baca Juga
Susah Hati Bila Bayi Sembelit, Rupanya Ini Cara Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Tanda-Tanda Bayi Kembung Perut
Pada bahagian ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa tanda-tanda bayi mengalami kembung perut.
Berikut merupakan tanda-tanda bayi mengalami kembung perut:
- Pergerakan fizikal si bayi
- Si bayi akan memberi “isyarat” seperti menggenggam tangan dan menutup ketika menangis.
- Jadi, si ibu perlu peka terhadap tangisan si anak kecil. Tangisannya adalah seakan jeritan yang menahan kesakitan.
- Tangisan si anak kecil itu berlaku dalam tempoh masa yang lama. Ia sekurangnya-kurangnya berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari. Masalah ini boleh terjadi 5 hari dalam seminggu.
- Bayi mula tidak menyusu atau sukar tidur dengan lena.
- Wajah menjadi seakan merah atau kelihatan seperti sedang berada dalam kesakitan.
- Bayi kerap menggeliat seakan menunjukkan rasa tidak selesa. Ini termasuklah memusingkan badan atau menaikkan kaki ke dada.
Nak Buat Apa Bila Bayi Kembung Perut?
Apabila bayi mengalami masalah perut kembung, para ibu perlu tahu tindakan paling pantas bagi mengelakkan si anak kecil menangis terlalu lama.
Ikuti 5 cara-cara di bawah ini:
- Jangan panik! Ibu-ibu harus bertenang dengan menarik nafas. Dengan ini, barulah anda dapat menguruskan bayi yang sedang menangis akibat menahan kesakitan.
- Untuk melegakan masalah kembung perut, anda boleh menyapu minyak angin, balm ataupun herbal cream pada perut bayi. Namun, anda perlu pastikan barang-barang tersebut adalah selamat dan sesuai untuk bayi.
- Baringkan bayi dengan melakukan urutan di bahagian perut, belakang, telapak kaki dan bahagian betis. Lakukan teknik urutan I LOVE U untuk membantu melegakan ketidakselesaan pada perut.
- Penggunaan tungku herba bayi yang telah dipanaskan (pastikan suhu selamat untuk kulit bayi) untuk dituam pada perut bayi. Lakukan secara perlahan untuk melegaka perut kembung bayi.
- Jika bayi masih mengalami kembung perut walaupun telah menggunakan cara urutan yang betul, anda perlu bersegera dapatkan nasihat pegawai perubatan untuk rawatan lanjut.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah kembung perut dalam kalangan bayi yang baru lahir bukan suatu perkara enteng.
Ibu bapa perlu lebih cakna akan gerak-geri si kecil agar masalah tersebut tidak melarat.
Bagi mengurangi masalah perut kembung, anda boleh dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream daripada kami.
TROPIKA Baby Herbal Cream dirumus khas daripada bahan semulajadi dan herba seperti:
- Minyak kelapa dara
- Minyak kayu putih
- Minyak halia
- Ekstrak bawang putih
- Minyak serai wangi dan,
- Lain-lain.
Bahan-bahan membantu untuk mengatasi masalah ketidakselesaan bayi akibat kembung perut.
Dengan hanya sedikit sapuan di bahagian perut, krim ini memberi kelegaan yang pantas dan berkesan. Dengan ini, ia membantu untuk membuang angin dalam badan si bayi.
Malah, krim ini juga berkesan dalam menyelesaikan masalah seperti selsema, hidung tersumbat, batuk berkahak dan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk atau serangga.
Selain itu, kandungan minyak kelapa dara yang terdapat di dalam TROPIKA Baby Herbal Cream menjadikan kulit lebih sihat dan lembap.
Caranya amat mudah. Anda hanya perlu menyapu herbal cream ini di dada, perut, belakang badan, betis dan tapak kaki bayi setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.
Penggunaannya bukan sahaja dapat mengelak daripada masalah di atas.
Ia juga menggalakkan bayi untuk tidur nyenyak serta memberi keselesaan kepada si anak kecil sepanjang malam.
Jadi, para ibu, mari dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream ini untuk menangani masalah kembung perut bayi anda.
Klik link dibawah untuk mendapatkannya sekarang.