“Selesanya dapat ‘membuang’ dengan lancar! Tapi sejak hamil ini, memang stress, bila nak ‘membuang’ terpaksa makan ubat sembelit!”
Begitulah luahan segelintir ibu hamil yang mengalami masalah sembelit sehingga membuatkan rasa tidak selesa akibat terpaksa berada di dalam tandas dalam tempoh yang lama.
Dalam tempoh awal kehamilan sudah tentu bakal ibu mula mengalami perubahan diri dan pelbagai masalah kehamilan lain termasuk sembelit.
Situasi ini boleh menyebabkan para ibu ini mengalami tekanan akibat mengambil masa yang lama di dalam tandas.
Biarpun masalah sembelit adalah biasa dalam kalangan ibu mengandung, namun ia perlu diatasi supaya mengurangkan rasa tidak selesa.
Sembelit
Sembelit dalam bahasa mudahnya adalah kesukaran untuk membuang air besar.
Tafsiran sembelit adalah kesan daripada pergerakan usus yang tidak konsisten sehingga menyebabkan pergerakan najis menjadi perlahan di dalam usus yang berterusan selama beberapa hari atau lebih lama.
Masalah Sembelit Semasa Hamil
Masalah ini terjadi disebabkan najis bergerak melalui saluran penghadaman dengan terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit di kalangan ibu hamil:
1. Perubahan Kadar Hormon
Peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan otot di usus berubah menjadi keadaan berehat dan sisa makanan di dalam usus bergerak perlahan.
Situasi ini membolehkan lebih banyak penyerapan nutrien berlaku tetapi juga boleh menyebabkan perut tidak selesa.
2. Tekanan Dari Rahim
Selama masa kehamilan, rahim ibu akan terus membesar seiring dengan perkembangan janin.
Apabila rahim ibu semakin membesar ia semakin menekan usus pada sistem pencernaan dan mengganggu proses pengeluaran sisa makanan.
3. Suplemen Tambahan
Zat besi dan kalsium dapat memberikan vitamin dan mineral tambahan untuk menyokong pertumbuhan bayi.
Namun peningkatan zat-zat seperti zat besi dan kalsium cenderung menyebabkan sembelit semasa kehamilan.
4. Tekanan
Ibu hamil disarankan untuk berada dalam keadaan bertenang. Jika anda mengalami tekanan yang berlebihan, ia akan menyebabkan ibu hamil sukar buang air besar.
Artikel Berkaitan:
Susah Hati Bila Bayi Sembelit, Rupanya Ini Cara Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Cara Melegakan Masalah Sembelit
Kehamilan adalah tempoh untuk para ibu menyemak semula diet dan amalkan pemakanan sihat.
Ketika ini makanan yang sihat dapat membantu mengatasi masalah sembelit.
Berikut amalan pemakanan yang sihat untuk ibu hamil:
1. Makan Lebih Banyak Serat
Makanan yang tinggi serat membantu mencegah sembelit seperti buah dan sayur. Ia juga mampu memberikan nutrisi vitamin dan antioksidan tambahan bagi si ibu hamil.
Wanita hamil harus mencuba mengambil 25 hingga 30 gram serat makanan setiap hari untuk kekal sihat.
Ini kerana, serat larut menyerap air dan membentuk bahan seperti gel, yang akan melembutkan dan memperbaiki konsistensi najis.
Serat jenis ini boleh ditemui dalam bran oat, barli, kacang dan kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak kelapa dara.
Terdapat juga serat tidak larut yang berfungsi sebagai ‘pelawas’ bagi memudahkan lagi pergerakan najis melalui saluran penghadaman untuk dibuang.
Kebiasaannya, serat tidak larut terdapat dalam bran gandum, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
2. Minum Air Yang Banyak
Pengambilan air putih sekurang-kurangnya 10 sampai 12 gelas per hari. Ini akan membantu melembutkan usus anda dan bergerak lancar melalui saluran pencernaan anda.
Perhati air kencing anda. Jika ia berwarna kuning pekat, banyakkan minum air putih.
3. Kerap Makan Dengan Kuantiti Yang Kecil
Disarankan kepada ibu hamil untuk mengambil lima hingga enam kali makanan untuk membantu proses pencernaan.
Ini akan membolehkan perut mencerna makanan tanpa perlu bekerja lebih masa, dan membiarkannya proses pencernaan makanan ke usus dan usus besar berjalan lancar.
4. Ubah Gaya Hidup
Walau sedang hamil bukan bererti ibu mengandung tidak boleh bersenam. Lakukan di antara 20-30 minit sebanyak 3 kali seminggu.
Anda tidak perlu memaksa diri untuk melakukan senaman. Senaman dilakukan untuk membantu pencernaan, senang menghadapi kontraksi awal dan memudahkan proses bersalin.
5. Jangan Tahan Untuk Membuang Air Besar
Apabila rasa hendak ‘membuang’ teruskan pergi ke tandas. Jangan bertangguh!
Kerap menangguhkannya boleh melemahkan otot-otot usus dan menyebabkan sembelit, jadi selesaikan ‘nature call’ anda secepat mungkin.
6. Ubat Sembelit Semasa Hamil
Sekiranya cara semula jadi tidak berjaya, doktor akan menyarankan pelembut najis seperti Lactul Solution dalam jangka pendek untuk membantu wanita hamil yang mengalami sembelit.
Pelembut najis Lactul boleh didapati di farmasi atau atas talian. Bagaimanapun sebelum mengambil ubat berkenaan sebaiknya dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.
TROPIKA Virgin Coconut Oil (VCO) mengandungi lauric acid, monoglycerides dan vitamin E yang mana dapat lindungi hati dari kolestrol, kesihatan kardiovaskular dan penyakit-penyakit lain.
Terdapat 2 jenis perisa Pandan dan Blackcurrant untuk memberi variasi kepada pengguna.
Bagi orang dewasa, ambil 1-3 sudu besar VCO setiap hari.
Kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke atas ambil 1 sudu besar setiap hari.
Layari laman web TROPIKA, syarikat yang menawarkan produk natural bayi dan ibu mengandung.