bayi sembelit

Susah Hati Bila Bayi Sembelit, Rupanya Ini Cara Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Buat ibu bapa yang masih baru dalam penjagaan anak, anda perlu tahu bahawa masalah bayi sembelit antara isu yang sering terjadi kepada si manja itu.

Masalah ini merujuk kepada suatu kejadian di mana anak sering menangis akibat menahan sakit. Ia menunjukkan bahawa anak tersebut mengalami masalah membuang air besar.

Ibu bapa mana yang tidak susah hati dan sedih apabila masalah sembelit ini terjadi pada si manja.

Meskipun, situasi ini amat merisaukan, anda sebagai ibu bapa perlu tahu cara untuk mengurangkan rasa sakit itu.

Nak tahu lebih lanjut?

Baca artikel ini sampai habis!

Punca Terjadinya Sembelit

Sekiranya anda perasan terdapat perubahan pada anak kecil, anda perlu tahu bahawa si manja amat perlukan pertolongan.

Perubahan ini termasuklah behaviour mereka ketika di dalam bilik air.

Jadi, ibu bapa jangan pandang ringan terhadap masalah sembelit ini.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perubahan berlaku kepada bayi.

Antaranya adalah:

1. Tahan air besar

tahan air besar

Apabila si manja tidak mahu ke tandas, anda sepatutnya sudah boleh detect perubahan tingkah-laku yang terjadi.

Jika ini terjadi, ini disebabkan oleh dua faktor iaitu takut atau terlalu leka bermain.

Lebih bahaya adalah apabila anak tersebut sanggup menahan dari membuang air besar. Ini boleh membahayakan kesihatan si anak kecil pada masa hadapan.

2. Isu Latihan Tandas

Pastikan anda sudah melatih anak untuk pergi ke tandas. Ini dapat mengelakkan anak daripada “sanggup” menahan untuk buang air besar.

Apabila ini terjadi, anak akan tidak bersedia dan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

3. Perubahan Diet

perubahan diet

Sekalipun jika anak tersebut tidak menyukai sayur-sayuran, anda masih perlu sertakan menu sayuran ke atas pinggannya.

Pentingnya sayur-sayuran adalah kerana ia membekalkan kandungan serat yang tinggi.

Serat amat penting dalam memastikan sistem pelancaran lancar dan dapat mengelakkan daripada terjadinya sembelit.

4. Bertukar Rutin

Membawa anak pergi bercuti ke tempat baru dan lain keadaan cuacanya juga boleh mengganggu fungsi usus dan menyebabkan sembelit.

5. Aktiviti Fizikal

aktiviti fizikal

Ada sebabnya aktiviti fizikal amat penting bagi setiap peringkat umur.

Pergerakan yang dilakukan ketika aktiviti fizikal membantu untuk meregangkan otot pada tubuh badan.

Jika anda abaikan perkara ini, anak anda akan menjadi kurang aktif dan masalah sembelit boleh terjadi disebabkan tidak banyak bergerak.

6. Alahan Susu Lembu

Yang terakhir sekali adalah pengambilan susu lembu atau meminumnya dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Produk tenusu seperti susu lembu atau keju juga boleh menyebabkan masalah sembelit terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Baca Juga

4 Pilihan Baby Oil Yang Selamat. Jangan Salah Beli!

Rawatan Bayi Sembelit Yang Ibu Bapa Boleh Cuba

Bagi memastikan kesihatan anak terjamin, ibu ayah kena ambil tahu rawatan untuk melegakan masalah bayi sembelit buat anak.

Bagi memastikan masalah sembelit ini dapat dikurangkan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting.

Jadi, berikut adalah rawatan sembelit yang bersesuaian dan yang boleh anda lakukan:

1. Diet Pemakanan

Cara mudah yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Anda boleh pelbagaikan sayuran atau buah-buahan dalam pinggan mereka.

Selain itu, anda juga boleh memotong kedua-dua makanan itu dalam bentuk yang lebih kecil dan memasukkannya ke dalam masakan.

2. Elak Makanan Segera Dan Minuman Berkafein

sembelit elak berkafein

Hadkan pengambilan makanan ringan segera memandangkan ia adalah jenis makanan yang tinggi kandungan lemak.

Juga, kurangkan pemberian minuman berkafein seperti teh atau soda kepada anak-anak.

3. Susu Formula Yang Sesuai

Jika si kecil minum susu formula, mungkin anda perlu menukarnya kepada susu yang lebih sesuai untuk mengurangkan masalah sembelit.

4. Bersenam

Galakkan anak bersenam kerana ia dapat membantu dalam menggalakkan proses pencernaan dan menjadikan anak lebih aktif.

Selalunya individu yang kurang bergerak akan berdepan dengan masalah sembelit ini.

5. Minyak / Krim herba

Selain mendapatkan nasihat doktor, pengambilan minyak atau krim herba merupakan rawatan alternatif yang sesuai bagi mengatasi masalah sembelit yang dialami anak.

Namun, pastikan produk pilihan itu selamat digunakan untuk anak kecil.

Rawat Sembelit Dengan TROPIKA Baby Herbal Cream

Produk TROPIKA Baby Herbal Cream adalah merupakan salah satu rawatan alternatif yang mengandungi campuran bahan semulajadi dari minyak kelapa dara dan herba tropika.

rawatan sembelit

Herba-herba ini termasuklah minyak halia, minyak kayu putih, minyak kelapa dara, ekstrak bawang putih dan citronella.

Baby Herbal Cream berfungsi menyelesaikan masalah seperti kembung perut, sembelit, melegakan selsema, hidung tersumbat dan juga batuk berkahak serta nafas berbunyi.

Kandungan VCO di dalamnya juga menjadikan kulit lebih sihat dan lembap.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai ‘insect repellent’ dan menghilangkan gatal-gatal kulit akibat kesan gigitan serangga.  Sapu pada kaki dan perut bayi selepas mandi.

Sapu juga pada waktu malam pada dada dan belakang bayi. Ulang sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar bayi sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.

Buat anda yang ingin dapatkan Baby Herbal Cream ini, anda boleh dapatkannya di link di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *