Menjaga kesihatan anak adalah penting bagi ibu bapa. Bagi yang baru mendapat cahaya mata pertama, perlu peka dengan kemunculan simptom pada bayi. Jika berlaku batuk berkahak, selsema dan demam, sila rawat segera.
Sejak kebelakangan ini, cuaca sering tidak menentu, biasanya panas terik ketika pagi dan sebelah petang tiba-tiba hujan yang boleh mengundang pelbagai risiko penyakit kepada bayi.
Cuaca tidak menentu kini boleh memberi risiko pada suhu badan selain mengundang penyakit lazim seperti demam, selesema dan batuk berkahak.
Biarpun, perkara ini merupakan perkara yang biasa terjadi kepada bayi namun rawatan perlu dilakukan untuk memberikan kelegaan kepada bayi. Jika dibiarkan ia akan mengakibatkan suhu badan naik sehingga boleh mencetuskan kekejangan otot atau demam sawan.
Jom kita tengok petua-petua yang boleh diamalkan. Teruskan membaca!
Petua-petua Untuk Demam, Selsema Dan Batuk Berkahak
1. Demam
Demam panas adalah masalah kesihatan yang selalu dialami oleh bayi namun ia amat merisaukan ramai ibu bapa.
Ada yang sampai tak tidur malam untuk memastikan suhu bayi naik mendadak sehingga boleh berlaku sawan pada bayi! Suhu biasa bagi bayi ialah 37 darjah celcius.
Jika suhu melebihi 38 darjah celcius ke atas, itu tandanya bayi demam.
Oleh itu, anda boleh ikut petua dibawah:
Pilih pakaian
Pilih pakaian yang ringan, nipis dan selesa untuk dipakai oleh bayi supaya tidak terlalu panas. Sekiranya bayi menggigil, tutup dengan kain nipis atau selimutkan bayi dengan selimut nipis sahaja.
Mandi dengan air suam
Pastikan air yang digunakan cukup suam, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Ia dapat memberikan keselesaan kepada bayi.
Mengekalkan suhu bilik dan rumah
Ini dapat membantu melindungi bayi daripada terlalu panas. Ia boleh membantu mengawal suhu bayi naik mendadak jika persekitaran rumah panas sehingga menjadikan demam semakin teruk.
Rehat
Tidur adalah cara semula jadi yang berkesan untuk melegakan demam bayi. Apabila bayi terlalu aktif bergerak, ia boleh menjadikan suhu badan meningkat dengan cepat.
Tuam kepala, leher, ketiak & badan
Rendamkan sekejap kain dalam air paip. Tuam dan lap kepala dan badan bayi. Ingat, jangan biarkan kain lama di dahi, tuam dengan kerap. Jika bayi tak meragam, boleh mandikannya untuk turunkan suhu badan.
Kerap susukan bayi
Apabila demam, tekak akan rasa kering dan kehausan.
Beri bayi minum susu dengan kerap. Ia membantu menggantikan cecair yang hilang dalam badan dan mengelakkannya dari dehidrasi.
2. Selsema
Selsema kerap berlaku setiap bulan, Ia akibat sistem pertahanan badan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus di persekitarannya.
Jika dijangkiti, bayi selalunya akan mengalami gejala seperti hidung berair dan hidung tersumbat akibat dipenuhi oleh mukus yang lebih dikenali sebagai hingus.
Biasanya apabila mengalami selsema, beberapa simptom lain terdapat pada bayi termasuklah demam, sakit tekak, batuk dan bersin.
Apabila bayi dijangkiti selsema ibu ayah perlu berhati-hati kerana apabila hidungnya akan mudah tersumbat dan tekaknya akan menghasilkan kahak, ini berisiko menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.
Selain mendapatkan rawatan doktor, boleh juga cuba amalkan beberapa petua yang mudah untuk memberikan kelegaan kepada bayi seperti:
Kerap susukan bayi
Kena pastikan bayi kerap minum susu ibu atau formula dengan cukup. Ia mampu mengelakkan mukus dalam hidung menjadi terlalu tebal di samping menggalakkan hidrasi.
Bawang putih
Wap muka anak anda dengan rendaman air bawang putih. Wapkan sehingga cairan kahak atau selsema keluar daripada hidung dan kemudian, sedutkan cairan tersebut.
Bawang putih mempunyai kebolehan dalam menghapuskan bakteria selsema.
Guna minyak bawang putih
Sapukan minyak bawang putih tersebut pada tapak kaki anak anda, pada belakangnya,dada dan juga di hidung untuk melegakan selsema.
Kunyit hidup
Sapu air kunyit untuk melegakan selsema bayi. Gosok kunyit hidup tersebut pada permukaan kasar atau nak tumbuk kunyit hidup pun boleh. Air kunyit hidup disapukan pada belakang dan bahagian dada.
Suhu bilik
Pastikan suhu bilik bayi tidak terlalu sejuk. Ini kerana suhu yang terlalu sejuk akan menyebabkan selesema bayi anda menjadi semakin teruk dan hidung bayi akan tersumbat.
Tidur dengan tinggikan kepala
Semasa berbaring, letakkan kepala bayi lebih tinggi daripada badan supaya hidung tidak tersumbat dan dia dapat bernafas dengan lebih mudah.
Sedut hingus si kecil
Seterusnya anda juga boleh sedut hingus yang bertakung pada hidung anak anda.
Anda juga boleh sedut secara manual iaitu dengan menggunakan mulut ataupun menggunakan tiub penyedut hingus. Penyedut ni anda boleh dapatkan di farmasi yang berdekatan.
Artikel Berkaitan
3. Batuk Berkahak
Batuk sebenarnya adalah proses semula jadi dengan suara khas ketika ada benda asing di saluran pernafasan yang mengeluarkan lendir (kahak) yang berlebihan.
Antara sebab utama bayi berkahak adalah kerana alahan dengan persekitaran, serangan virus, kualiti udara yang tak bagus, dan cuaca yang terlalu sejuk ataupun panas. Tapi ada juga disebabkan keadaan kesihatan sejak lahir yang menyebabkan bayi berkahak.
Bila bayi berkahak ia akan membuatkan hidungnya tersumbat. Ia akan menghalang bayi untuk bernafas dengan baik dan sukar untuk menghisap susu ibu kerana bayi tak tahu bagaimana hendak bernafas melalui mulut.
Mukus yang berkumpul juga boleh menyebabkan debu, kuman dan bakteria berkumpul dan membuatkan bayi jatuh sakit. Tetapi, anda boleh cuba petua dibawah untuk merawatnya.
Kerap susukan bayi
Kaedah ini dilakukan supaya lendir di saluran udara cepat dicairkan sehingga lebih mudah dikeluarkan.
Posisi tidur lebih tinggi
Pegang kepala anak semasa dia tidur atau tinggikan sedikit kepala bayi.
Tidur di sisi badan boleh menyebabkan lendir terkumpul di kerongkong bayi. Ini akan mencetuskan batuk dengan kahak pada bayi.
Beri madu
Sekiranya bayi berusia lebih dari 1 tahun, ibu boleh memberikan madu untuk merawat batuk berkahak yang dialami bayi.
Madu adalah pemanis semulajadi yang dapat membantu melegakan batuk dan sakit tekak.
Mandian Lemon
Yang pertama, anda boleh mandikan anak anda dengan mandian lemon.
Hiris nipis-nipis dan masukkan ke dalam besen yang berisi air suam. Lagi elok kalau anda, perahkan sedikit untuk dapatkan jusnya.
Minyak bawang putih
Bawang putih mempunyai enzim yang boleh merawat radang dan alahan yang menyebabkan batuk dan selsema.
Bakar seulas dua bawang putih di atas api, tumbuk dan rendamkan dengan minyak zaitun (olive oil).
Kemudian, lumurkan minyak zaitun dan bawang putih itu di telapak kaki bayi. Sapukan di dada, belakang badan dan tapak kaki si manja anda. Sambil-sambil tu anda boleh amalkan selawat untuk si manja ada.
Lemon , halia, & madu
Ibu hanya perlu memerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh di beri minum kepada anak-anak yang berumur dua tahun ke atas.
Jika batuk yang kerap serta tercungap-cungap yang menunjukkan kesukaran bernafas, anda harus bawa bayi segera berjumpa doktor untuk rawatan.
Kesimpulannya, banyak petua-petua orang dahulu yang berkesan untuk digunakan sehinggakan ke hari ini.
Bahan aktif dalam setiap herba, tumbuhan serta buah-buahan membantu merawat batuk, selsema dan demam.
Buat yang tidak ada masa untuk menyediakan bahan-bahan seperti di atas boleh mencuba produk daripada Tropika ini!
Legakan Demam, Selsema Dan Batuk Berkahak Dengan Tropika Baby Herbal Cream
Tropika Baby Herbal Cream mempunyai minyak kelapa dara sebagai bahan utama.
Selain minyak kelapa dara, ia mempunyai ekstrak halia dan minyak kayu putih. Krim ini bebas paraben atau bahan steroid yang semestinya berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak.
Apabila disapu, kulit bayi akan berasa sejuk dan dingin. Bau pun sangat menyegarkan! Ibu pun semestinya akan suka.
Kulit bayi pun akan lembap sentiasa kerana minyak kelapa dara kaya dengan vitamin E yang bagus untuk kulit bayi yang sangat sensitif.
Terbukti dengan jelas bahan-bahan dalam krim ni juga boleh membantu melegakan demam, selesema dan batuk. Anda boleh menggosokkan di hidung, dada dan belakang bayi untuk melegakan radang kepada gejala penyakit-penyakit ini.
Dengan bahan-bahan semulajadi yang terbukti memberi manfaat kepada bayi dan bebas kimia, Baby Herbal Cream ini terbukti secara testimoni telah membantu ramai ibu melegakan batuk, selesema dan demam anak-anak mereka!
Jika berminat, anda boleh terus klik di sini untuk membeli Tropika Baby Herbal Cream.