selulit

Solusi Hilangkan Selulit, Ini Cara Lebih Jimat Selain Buat Laser

Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti semua mahu kelihatan cantik. Apabila menghadapi masalah kecantikan memang risau dibuatnya! Nak-nak selulit, sangat merisaukan.

Walau bagaimanapun, selulit bukanlah suatu penyakit berbahaya tetapi ia mengganggu keyakinan ramai wanita diluar sana.

Walaupun ia muncul di bahagian kulit yang tersembunyi, ia tetap membuatkan kita berasa tidak selesa. Jadi ramai wanita sering mencari tip dan petua untuk merawat selulit.

Apa Itu Selulit

selulit

Selulit adalah lapisan lemak yang terkumpul di lapisan bawah kulit. Selulit mengakibatkan kawasan permukaan kulit kasar atau kesan benjolan kecil pada permukaan kulit.

Ia biasanya mudah terjadi pada lengan dan perut. Bahkan mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung atau peha.

Selain itu, ramai wanita selepas bersalin turut mengalami pula ‘stretch mark’ atau regangan kulit.

‘Stretch mark’ berbeza dengan selulit. Kehadirannya adalah disebabkan kulit badan yang meregang terutamanya bagi wanita yang sedang mengandung dan yang mengalami pertambahan berat badan.

Bentuknya pula muncul seperti berjalur-jalur. ‘Stretch mark’ selalunya hadir pada peha, perut, dada dan bawah lengan.

Apa yang pasti, keadaan ini menyebabkan ramai wanita berasa tidak selesa dan kehilangan keyakinan diri.

4 Punca Selulit

Mesti anda tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan wujudnya masalah ini?

Jom lihat apa punca terjadinya selulit.

1. Hamil

punca selulit

Kehamilan dan tempoh penurunan berat badan yang cepat boleh menyebabkan tanda regangan. Kulitnya elastik, tetapi apabila ia terbentang atau mengecut dengan cepat, ini dapat mengganggu pengeluaran dua protein penting: kolagen dan elastin. Gangguan ini kadang-kadang membawa kepada parut yang dikenali sebagai stretch mark atau selulit.

2. Makanan pedas

Pengambilan makanan pedas juga mengakibatkan pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak. Begitu juga pengambilan makanan secara berlebihan  seperti gula, mentega, lemak haiwan, garam dan kafein.

3. Stres

punca selulit

Tekanan perasaan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh. Bahkan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

4. Berdiri terlalu lama, obesiti dan kurang senaman

Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah ini.

Baca Juga;

9 Petua Rawat Ruam Bayi Dengan Selamat, Bebas Bahan Kimia!

9 Cara Hilangkan Selulit

Selain mendapatkan rawatan klinikal daripada pakar dermatologi seperti terapi laser, rawatan ultrasound dan rawatan radio frequency, boleh cuba rawatan di rumah atau semulajadi lebih jimat!

1.Lulur kopi

cara hilangkan selulit

Lulur kopi juga bermanfaat untuk mengurangkan selulit.

Urutan dan pengelupasan yang berlaku ketika ini membantu merangsang aliran darah.

2.Krim dan losyen

selulit

Untuk hasil yang lebih berkesan, penggunaan pelembap semulajadi seperti krim atau losyen  regangan perlu dilakukan secara konsisten apabila tanda-tanda selulit muncul.

Terdapat banyak krim atau losyen yang dapat membantu merawat tanda regangan kulit ini.

Antaranya Tropika Coconut Tummy Butter merupakan gabungan minyak kelapa dara dan tea tree oil.

Tropika Coconut Tummy Butter membantu memudarkan stretchmark atau parut pembedahan yang sedia ada.

Manakala, Tea tree oil membantu menghilangkan gatal-gatal disebabkan kulit meregang ketika hamil, VCO membantu melembutkan dan melembapkan kulit.

Penggunaan ke semua minyak ini adalah dengan hanya menyapu di bahagian terlibat (dalam arah pusingan) setiap kali selepas mandi dan lakukan secara konsisten untuk kesan yang lebih baik.

VIDEO

Nak tahu lebih lanjut mengenai manfaat Tropika Coconut Tummy Butter yang berasaskan minyak kelapa dara  (VCO), jom tengok video di Tiktok ni.

Anda juga boleh layari website Tropika.

3.Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara mempunyai nutrisi yang boleh menghaluskan kulit, menjadikan kulit lembut dan merangsang pembentukan kolagen sehingga boleh mengurangkan selulit yang timbul di kulit dan memudarkan parut dengan baik.

Anda boleh jadikan minyak kelapa dara untuk mengurut  di bahagian kulit tidak rata dan ‘stretch mark’. Sekali gus, membantu mengurangkan masalah selulit dan menghaluskan kulit.

4.Mengurangkan berat badan

Selulit terjadi disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Kebiasaannya, masalah ini akan hilang seiring dengan penurunan berat badan.

Semakin banyak berat badan yang hilang, semakin kurang selulit pada tubuh badan anda.

5.Mengamalkan diet seimbang

Pengambilan kalori yang berlebihan dalam diet seharian mengundang selulit.

Oleh itu,  amalkan diet yang seimbang termasuk banyakkan makan sayur dan buah-buahan dan amalkan minyak omega 3. Jangan lupa kurangkan pengambilan kafein, gula, makanan berminyak  dan makanan segera

6.Bersenam

Apabila anda rajin bersenam, toksin tak sempat untuk berkumpul di bawah kulit.

Makanya, selulit anda juga akan hilang. Bersenam juga membantu menurunkan berat badan. Untunglah, selulit hilang berat badan pun turun.

7.Kurangkan makanan pedas

Makanan pedas menghasilkan toksin yang akan berkumpul dalam kelenjar lemak. Toksin yang terkumpul akan memusnahkan kolagen dalam kulit lalu menyebabkan berlakunya selulit.

Oleh itu, kalau anda jenis yang sukakan makanan pedas, bolehlah kurangkan sedikit pengambilan makanan pedas untuk mendapatkan kulit yang halus bebas gelombang.

8.Jangan duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama akan mengganggu peredaran darah seterusnya menyebabkan selulit berlaku.

Oleh itu, elakkan daripada duduk terlalu lama. Sekiranya pekerjaan anda memaksa anda untuk duduk setiap masa, jangan lupa untuk bangun setiap 30 minit.

Kemudian, cuba berjalan keliling pejabat sebelum duduk semula.

9. Elakkan stres

Ramai anggap ini hal remeh-temeh, walhal stres boleh menyebabkan selulit terjadi tau!

Pada zaman serba moden ini, stres dan tekanan perasaan merupakan perkara yang tak boleh dielakkan.

Namun, anda boleh berusaha untuk mengurangkannya. Ingat ye, kurang tekanan, bermakna kurang selulit.

Kesimpulan

Selulit ini tidaklah satu keadaan yang sukar untuk dirawat.

Tetapi jangan risau, dengan cara-cara yang kami dedahkan tadi tidak perlu keluarkan duit yang banyak. Cukup dengan bahan yang ada di rumah dan bersenam serta diet seimbang.

Paling penting adalah dapatkan rehat yang secukupnya.

Selain mengamalkan tips-tips di atas, jom amalkan losyen Coconut Tummy Butter dari Tropika ni!

tropika

Dengan gabungan Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Tea Tree Oil, ia membantu mengurangkan penampakan selulit dan membaiki tona dan elastisitas kulit.

Selain itu, Coconut Tummy Butter juga membantu:

  • melembabkan dan melindungi kulit
  • mengurangkan penampakan parut C-section

Jika anda berminat, anda boleh layari website Tropika untuk membeli!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *