Kulit bayi baru lahir sangat sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah ruam bayi.
Untuk elakkan masalah ini berlaku, ibu bapa perlu menjaga kulit bayi dengan teliti. Bukan mudah untuk mengekalkan kulit bayi lembab, lembut dan sihat tanpa sebarang kompilasi.
Ibu bapa perlu menjaga kulit bayi bagaikan ‘selembut sutera’ supaya ia kekal lembap, lembut dan sihat tanpa sebarang masalah.
Namun, penjagaan kulit bayi bukan sesuatu yang mudah terutama bayi yang berusia bawah setahun.
Masalah ruam antara yang kerap dialami oleh ramai bayi. Pastinya ia membimbangkan para ibu terutama yang baru pertama kali mendapat cahaya mata .
Secara umumnya terdapat beberapa jenis ruam yang biasa terjadi pada bayi termasuklah ekzema, ruam panas, ruam lampin, ruam alahan dan ruam susu.
Jenis Ruam Bayi
1. Ekzema
Ekzema boleh terjadi akibat alahan atau alergi terhadap sesetengah makanan, pencuci pakaian, jenis kain yang dipakai oleh bayi, dan juga habuk. Segera berjumpa pakar dermatologi pediatrik bayi anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
2. Ruam Susu
Ruam susu biasanya terjadi akibat kulit sensitif bayi terkena protein dalam susu (biasanya susu formula).
Tapi ia juga boleh terjadi pada bayi yang hanya minum susu ibu. Ruam susu kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang baru lahir.
Ia juga kelihatan seperti jerawat putih pada muka atau bahu si kecil.
3.Ruam Panas
Ruam panas berlaku pada bahagian seperti leher, ketiak, dan celah-celah tangan dan kaki.
Ia sering terjadi disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas. Ruam panas mudah berlaku apabila bayi berpeluh.
Ia selalunya berbentuk bintik merah kecil pada kulit yang boleh menjadi sangat tidak selesa dan gatal-gatal.
4. Ruam Lampin
Ruam lampin atau ‘nappy rash’ berlaku apabila membiarkan lampin yang penuh dengan air kencing atau najis terlalu lama.
Kesannya, ia akan mengakibatkan kulit jadi merah dan keradangan sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.
Jenis dan saiz lampin boleh memberi kesan ruam bagi bayi yang sensitif terhadap jenis atau bahan kimia yang terdapat pada lampin tersebut.
Artikel Berkaitan
9 Petua Atasi Ruam Bayi
Untuk menghilangkan ruam, ada beberapa petua yang boleh diamalkan oleh para ibu.
Tanpa sebarang penggunaan bahan kimia, dapat mengurangkan masalah kulit bayi. Bagaimanapun jika berlarutan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
1. Air suam
Menyapu air suam pada kulit bayi dan lapkan dengan kain lembut setiap kali selesai menyusu. Sisa susu ibu boleh menyebabkan ruam muncul, tambahan lagi apabila si manja kerap menyusu badan.
2. Tepung ubi
Tepung ubi boleh digunakan sebagai bedak sejuk untuk menghilangkan ruam pada bayi. Caranya mudah iaitu tambahkan sedikit air dan sapu seperti bedak sejuk.
3. Bedak sejuk
Jika ada bedak sejuk lagi baik kerana ia adalah kaedah yang digunakan sejak turun-temurun, cuma sapukan di kawasan ruam dan biarkan ia kering.
4. Pokok bunga Melati
Bagi yang ada menanam pokok bunga melati boleh ambil bunga segar untuk digosokkan pada ruam. Ia dipercayai bukan hanya dapat membantu merawat ruam, malah boleh melembapkan kulit bayi.
5. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara mempunyai khasiat untuk meredakan ruam, ekzema dan alahan pada bayi.
Sememangnya minyak kelapa dara ini mempunyai seribu satu khasiat. Salah satu daripadanya adalah untuk menghilangkan ruam susu.
Sapukan sedikit minyak kelapa dara ke bahagian yang terkena ruam susu. Lakukan sekerap yang mungkin dara sangat bagus untuk melembapkan kulit bayi.
VIDEO
Nak tahu lebih lanjut tentang manfaat minyak bayi formulasi dari TROPIKA yang berasaskan minyak kelapa dara (VCO)? Jom tengok video ini!
Atau layari website di www.tropika.my untuk info lebih lanjut.
6. Lendir Lidah Buaya
Selain itu, lendir lidah buaya juga bermanfaat untuk mengurangkan ruam pada kulit bayi, caranya mudah iaitu hanya sapukan dan biarkan kering.
7. Pakai Bib
Sentiasa memakaikan bip atau segera lap air liur bayi yang meleleh kerana air liur bayi boleh menyebabkan ruam susu lambat sembuh.
8. EIak cium bayi
Elakkan mencium si manja ketika memakai mekap kerana sesetengah bahan mekap mempunyai kandungan bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit bayi.
9. Elak pakaikan baju tebal
Cuaca panas menyebabkan berlaku ruam panas pada bayi. Pakaian yang tebal menyebabkan bayi berpeluh yang membuatkan kulit tidak selesa dan gatal.
Kesimpulannya, janganlah memandang ringan tentang ruam bayi ini dan jangan sesekali biarkan stranger atau orang asing memegang bayi anda sesuka hati, bahkan mencium untuk mengelakkan ruam.
Diharapkan dengan petua yang kami kongsikan di atas membantu anda sedikit sebanyak untuk merawat ruam bayi anda.
Jika berlarutan sila dapatkan rawatan doktor.
Atasi Ruam Bayi Dengan Tropika Baby Hair & Body Oil Lavender 30ML
Jangan risau, Tropika ada menyediakan minyak kelapa dara khas untuk merawat ruam bayi.
Didatangkan dengan bauan Lavender, Tropika Baby Hair & Body Oil Lavender 30ml banyak manfaatnya, seperti:
- Dihasilkan sepenuhnya daripada Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Vitamin E serta bersifat anti oksida.
- Berfungsi sebagai pelembab serta melindungi kulit bayi yang halus, lembut dan sensitif daripada sebarang masalah alahan kulit.
- Tidak mengandungi steroid atau sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
- Didatangkan dengan aroma Lavender yang bertindak sebagai anti-stress, ia berupaya merangsang serta menenangkan minda bayi
- Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah kulit kepala.
- Sesuai untuk bayi baru lahir hingga dewasa.
- Tiada steroid dan 100% minyak kelapa dara asli.
- Mudah digunakan. Hanya sapukan pada bahagian bermasalah selepas mandi atau pada bila-bila masa.
- Mampu mengurangkan ekzema pada kulit bayi.
- Melindungi kulit bayi daripada kekeringan dan kerengsaan.
- Sesuai untuk kulit sensitif, normal dan kering.
- Boleh menjadi minyak urut yang menenangkan dan lembut untuk kulit dan rambut.
- Tiada kesan sampingan dan untuk kegunaan luaran.
- Tiada parabens, tiada Pewarna dan tiada Steroid
Untuk maklumat lebih lanjut, layari website Tropika untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk ini.