Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak mengalami batuk sehingga mengeluarkan kahak berdarah.
Mungkin ramai menyangka masalah ini hanya akan berlaku kepada orang dewasa.
Sebaliknya, ia juga boleh menyerang kanak-kanak. Sebenarnya, kejadian ini adalah tidak normal dalam kalangan kanak-kanak.
Terdapat segelintir ibu bapa yang beranggapan anak yang menghidap batuk kahak berdarah adalah disebabkan tekak si anak luka.
Tanggapan ini adalah benar. Jadi, jika ibu bapa melengahkan rawatan ini, batuk kahak berdarah boleh menjejaskan kesihatan anak.
Punca Terjadi Batuk Kahak Berdarah
Terdapat pelbagai punca kondisi ini berlaku. Namun, sekiranya ia berlarutan segera lakukan pemeriksaan dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut.
Berikut merupakan punca-punca terjadinya batuk kahak berdarah:
1. Kerengsaan pada kerongkong
Batuk merupakan satu mekanisme pertahanan diri badan untuk membantu dalam proses pengeluaran kahak secara semula jadi.
Kebiasaannya, batuk yang dialami adalah ringan dan akan sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan dalam tempoh tertentu.
Namun, ia akan jadi berbahaya sekiranya batuk itu tidak sembuh.
Lantas, ia menyebabkan kerengsaan iaitu rasa gatal-gatal atau pedih pada bahagian kerongkong.
Jika dibiarkan, kerengsaan inilah yang akan mengakibatkan pendarahan pada bahagian tersebut.
2. Masuk benda asing dalam mulut
Sebagai seorang ibu-bapa atau penjaga, anda perlu perhatikan tingkah-laku anak anda.
Sebagai contoh, anda perasan atau tak, anak-anak yang berusia bawah 3 tahun gemar memasukkan apa-apa sahaja yang dijumpai ke dalam mulut?
Tidak dinafikan, dengan memasukkan objek ke dalam mulut, anak-anak kecil ini akan belajar untuk melakukan penerokaan di sekelilingnya.
Tetapi, sebenarnya, objek atau benda asing inilah yang akan menyebabkan luka atau keradangan pada mulut dan kawasan sekitarnya.
Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kawasan sekitarnya berdarah ketika mereka terbatuk.
3. Hidung berdarah
Hampir setiap hari anak-anak kecil ini bersin dan mengalami gatal hidung. Sememangnya, instinct pertama yang akan dilakukan adalah menggaru atau menggosok hidung.
Sebenarnya, perbuatan ini boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku secara kerap?
Darah yang ada pada hidung tersebut boleh termasuk ke bahagian rongga mulut. Ini boleh terjadi kerana mulut “bersambung” dengan rongga hidung.
Akibatnya, anak kecil ini akan mengeluarkan darah tersebut daripada mulut mereka.
4. Jangkitan bronkitis
Jangkitan bronkitis ini terjadi akibat daripada batuk yang berterusan atau batuk yang mempunyai gejala seperti mengeluarkan kahak.
Mengeluarkan kahak berwarna seperti kuning, hijau, jernih, putih atau berdarah boleh jadi indikator bahawa anak kecil anda sedang tidak sihat.
Antara simptom-simptom yang anda perlu perhatikan ialah:
- Demam
- Sukar bernafas
- Keletihan
- Nafas berbunyi
Artikel berkaitan
Rawatan Bagi Kahak Berdarah
Buat pengetahuan anda, batuk boleh terjadi secara sengaja atau sebahagian daripada tindakan refleks.
Selain itu, batuk juga boleh menjadi salah satu tanda penyakit yang serius. Namun, selalunya, ia akan pulih dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan perubatan yang ketat.
Jadi, apakah cara untuk memastikan agar anak-anak kecil anda tidak mengalami batuk yang berlarutan dan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan?
Berikut kami kongsi beberapa langkah yang anda perlu lakukan kepada anak anda:
1. Minum air masak
Meminum air masak adalah amat penting bagi memastikan kahak tidak terlalu pekat. Selain itu, air masak juga boleh mencairkan kahak serta mengelakkan anak anda daripada dehidrasi.
2.Elak makanan pedas atau berminyak
Sekiranya anak anda sedang mengalami batuk, anda dinasihatkan untuk tidak memberikan makanan yang pedas atau berminyak.
Hal ini kerana anak anda yang sedang mengalami batuk berkahak akan terasa tekaknya perit.
Jadi, bagi mengelakkan daripada iritasi itu berlaku, anda hanya boleh berikan makanan pedas, berempah, dan berminyak setelah anak anda sudah pulih daripada batuk sepenuhnya.
3. Makan buah-buahan
Salah satu cara lain yang dapat membantu untuk melegakan keperitan batuk berkahak adalah dengan berikan anak anda memakan buah-buahan.
Antara buah-buahan yang digalakkan adalah pisang, tembikai, dan delima.
Ketiga-tiga buah yang disebut ini mempunyai fungsi dan kebaikan yang tertentu yang membantu untuk melegakan masalah tekak berkahak.
4. Ubatan
Langkah yang seterusnya adalah dengan membawa anak anda berjumpa dengan doktor yang lebih arif mengenai batuk berkahak.
Terutamanya, jika batuk berkahak itu berlaku secara berterusan melebihi 3 hari.
Setelah itu, anda perlu pastikan anak anda mengambil ubat yang diberikan oleh doktor mengikut ketetapan yang betul.
5. Produk natural
Langkah yang terakhir adalah anda perlu dapatkan Baby Herbal Cream daripada Tropika.
Produk ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berikan keselesaan kepada bayi dan anak-anak kecil anda.
Antara bahan-bahan itu termasuklah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia, dan beberapa herba-herba tropika yang lain.
Baby Herbal Cream ini boleh dijadikan sebagai penawar alternatif dan rawatan tradisional untuk melegakan masalah seperti berikut:
- Hidung tersumbat
- Selsema
- Batuk berkahak
- Sakit perut
- Angin dalam badan
- Bayi yang sendawa selepas minum susu.
Cara penggunaan: Sapu krim produk ini pada tapak kaki atau perut bayi atau anak kecil selepas mandi.
Pada waktu malam, anda lebih digalakkan untuk menyapu krim ini di belakang dan dada mereka untuk berikan keselesaan ketika tidur.