hidung tersumbat

Patutlah Bayi Meragam, Rupanya Hidung Tersumbat

Apabila hidung bayi tersumbat, pastinya ibu dan ayah akan berasa susah hati.

Yang lebih merisaukan adalah apabila anak tersayang mengalami masalah itu dalam tempoh yang lama.

Bukan itu sahaja, bayi ini tidak tahu cara bernafas melalui mulut jika hidung tersumbat berbanding kanak-kanak dan orang dewasa.

Jadi, situasi ini boleh mengganggu tidur si kecil atau menyukarkan penyusuan sehingga bayi mengalami kesukaran bernafas.

Bayangkan jika sengsara si kecil ini berterusan untuk jangka masa yang panjang? 

Sudah tentu bayi ini akan meragam dan menangis akibat daripada ketidakselesaan.

Punca Terjadinya Hidung Tersumbat

Sebagai seorang ibu dan ayah, anda pasti tidak mahu masalah hidung tersumbat dalam kalangan bayi ini berlaku secara berlarutan.

Jadi, anda perlu tahu punca-punca yang boleh mengundang masalah ini berlaku.

Pada bahagian ini, kami akan sertakan beberapa punca hidung tersumbat yang boleh terjadi kepada si bayi. 

Antaranya adalah:

1.  Selsema

selsema

Secara dasarnya, apabila seorang bayi mengalami selsema, ini menandakan bahawa hidungnya tersumbat.

Ini terjadi disebabkan hingus yang sudah mengeras menyebabkan saluran di hidungnya terganggu.

2.  Perubahan cuaca

Perubahan cuaca atau suhu persekitaran secara drastik boleh menyebabkan bayi kecil ini mengalami masalah hidung tersumbat.

Misalnya, bayi yang diletakkan di dalam bilik yang berhawa dingin atau jika anda membawanya jalan-jalan di Cameron Highlands.

Jadi,  untuk mommies, jangan lupa untuk sediakan peralatan yang penting untuk bayi anda seperti stokin. 

3.  Jangkitan daripada orang sekeliling

Punca terjadinya hidung tersumbat dalam kalangan bayi adalah apabila si kecil “mendapat” jangkitan daripada orang lain.

Orang lain yang dimaksudkan itu boleh jadi ahli keluarga yang terdekat atau orang luar seperti pengasuh atau orang awam.

Baca Juga

Simptom Influenza: Inilah Sebabnya Bila Anak Tak Sihat

Atasi Masalah Hidung Tersumbat Dengan Ini

Masalah hidung tersumbat dalam kalangan bayi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Justeru, ibu dan ayah perlulah sentiasa cakna dan pantas dalam mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah tersebut.

Jika masalah ini berlarutan, ia boleh mengganggu pernafasan dan kesihatan si bayi.

1. Alat sedutan lendir

hidung tersumbat

Anda boleh mendapatkan alat sedutan ini di mana-mana farmasi atau kedai peralatan bayi.

Sesetengah alat penyedut mempunyai tiub kecil panjang yang memerlukan anda untuk menyedutnya secara manual.

Dengan membuat tindakan ini, ia membantu untuk merendahkan tekanan dalam aspirator dan lendir dalam hidung bayi.

Hal ini kerana lendir itu akan disedut masuk ke dalam bekas.

2. Bahan alami

Selain daripada alat sedutan lendir, anda juga boleh gunakan air kunyit dan minyak lalu stimkannya dengan menggunakan bawang putih.

Ini membantu untuk berikan kelegaan kepada bayi yang sedang menghadapi hidung tersumbat.

Anda hanya perlu sapukan air kunyit ke bahagian batang hidung si bayi. Kemudian, minyak bawah putih tadi boleh disapu pada bahagian dada, tapak kaki, dan belakang badan bayi.

Sebagai tambahan tips bonus untuk anda adalah menggunakan garlic steaming. Bawang putih yang digunakan perlu diketuk ke dalam air panas sebelum proses stim dilakukan. 

3. Urutan Wajah Dan Hidung Bayi

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang suka diurut. Bayi pun gemar untuk diurut.

Anda boleh mengurut wajah dan bahagian hidung si bayi (secara lembut dan perlahan) bagi memudahkan lendir di dalam hidung mudah untuk keluar.

Dengan ini, ia membantu untuk melegakan hidung si bayi.

4. Teknik percussion

Teknik percussion ini merujuk kepada bentuk tangan (cupping) seolah-olah sedang berdoa dan buat pukulan secara lembut di pergelangan tangan sahaja

Tepuk selama 15 minit ke kiri, kanan, dan belakang bayi.

Pastikan anda tidak melakukan tepukan ini selepas bayi baru sahaja minum susu kerana ia boleh menyebabkan bayi muntah.

5. Tinggikan kepala bayi ketika tidur

Langkah yang seterusnya adalah anda perlu meninggikan kepala bayi ketika anda berikan susu kepadanya.

Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada bayi mudah tersedak dan si kecil lebih mudah untuk bernafas.

6. Produk natural selamat digunakan

hidung tersumbat

Langkah yang terakhir adalah anda boleh menggunakan Baby Herbal Cream untuk berikan keselesaan kepada bayi.

Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah:

  • Minyak kelapa dara
  • Minyak kayu putih
  • Halia
  • Herba-herba tropika yang lain.

Produk semulajadi ini boleh dijadikan sebagai alternatif dan rawatan tradisional untuk melegakan masalah seperti berikut:

  • Hidung tersumbat
  • Selsema
  • Batuk berkahak
  • Sakit perut
  • Angin dalam badan
  • Bayi yang sendawa selepas minum susu.

Sebagai seorang ibu dan ayah, anda tidak boleh membiarkan masalah ini berlarutan. Anda perlu sentiasa mengawasi keadaan bayi.

Jika perlu, anda perlu bersegera dan membawanya berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda hidung tersumbat berpanjangan.

Jadi, tunggu apa lagi?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *