anak sakit

Simptom Influenza: Inilah Sebabnya Bila Anak Tak Sihat

Baru-baru ini, negara Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai virus Influenza A yang menyerang tanpa mengira usia. Apakah simptom influenza A ini?

Influenza A ini boleh membawa maut. Keadaan seperti ini sangat menakutkan. Ada hospital yang tidak cukup bekalan ubatan kerana terlalu ramai menghidapinya, termasuk kanak-kanak.

Paling menyedihkan bila kanak-kanak yang terkena tempias virus ini.

Impaknya, anak-anak kecil juga tidak terlepas serangan penyakit sepanjang tempoh tumbesaran lantaran sistem imun lemah. Ia termasuk batuk, selsema, keradangan kulit, ruam, kulit dan bibir kering.

Semua masalah ini nampak biasa-biasa, tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan akan menjadi kronik sehingga boleh membawa maut.

Sebagai ibu bapa, anda mesti risau dan akan jadi overprotective dengan apa yang anak mahu lakukan sama ada aktiviti riadah atau bergaul dengan rakan mereka.

Jangan risau, ada caranya untuk mengurangkan kemungkinan untuk dapat Influenza A ni. Sebelum itu, jom kita lihat simptom influenza dan jenis masalah kesihatan yang sering terjadi kepada anak-anak.

Simptom Influenza & Masalah Kesihatan Yang Sering Menyerang Anak

 

1. Batuk

simptom influenza: batuk

Mungkin ramai mummies anggap batuk sebagai masalah kesihatan biasa anak kecil dan bukan sebagai simptom influenza.

Namun, mummies perlu berhati-hati. Batuk yang disangka biasa itu boleh bertukar kepada komplikasi yang lebih teruk! Ia boleh membawa kepada penyakit radang paru-paru (pneumonia).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pneumonia membunuh lebih ramai kanak-kanak daripada penyakit lain. Iaitu lebih tinggi berbanding AIDS, malaria dan demam campak (measles).

Lazimnya, gejala batuk biasa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah persekitaran tercemar, cuaca yang tidak menentu sama ada panas atau sejuk.

Gejala ini juga biasa terjadi disebabkan alahan terhadap asap, debu, habuk dan bulu kucing yang mampu mengganggu sistem pernafasan bayi. Sila alert ye mummies!

2.  Selesema

simptom influenza: selesema

Bayi lebih kerap dijangkiti keadaan sistem imun sebelum matang. Selesema boleh menyebabkan bayi sukar bernafas, mengganggu tidur dan tidak selesa sepanjang masa.

Malah, menjadi lebih teruk apabila berserta kahak atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.

Banyak penyebab virus selesema menyerang anak-anak. Antaranya punca biasa adalah melalui sentuhan tangan. Jadi, pastikan anak sentiasa mencuci tangan agar bebas daripada virus dan tidak tergolong dalam simptom influenza.

3. Kulit kering

simptom influenza: kulit kering

Tahukah mummies, kebanyakan bayi yang baru lahir akan mengalami kulit kering dan mengelupas setelah 40 minggu.

Ia merupakan satu keadaan normal, tetapi jika terus berlanjut segera dapatkan rawatan pegawai perubatan untuk kenal pasti tiada masalah lain.

Antara penyebab kulit bayi menjadi kering antaranya mandi terlalu kerap, sabun yang menyebabkan kulit kering.

Malah, cuaca dingin membuatkan kulit mudah kering sehingga mengakibatkan masalah kulit bayi menjadi sensitif.

Lagi menyedihkan apabila bayi berasa tidak selesa kerana kegatalan akibat kulit kering. Ini boleh membawa kepada masalah ekzema jika berlarutan.

4. Radang Kulit

simptom influenza: radang kulit

Radang kulit atau dikenali sebagai Dermatitis Atopi adalah penyakit radang kulit jangka panjang kronik yang mengakibatkan kulit mudah kering, kemerahan, bersisik, gatal dan tidak selesa.

Kebiasaannya, ia terjadi apabila kulit bayi bersentuhan dengan sesuatu benda yang menyebabkan iritasi. Contoh yang paling senang seperti pencuci pakaian dan minyak wangi.

Apabila masalah ini terjadi, kulit akan menjadi kemerahan dan rasa gatal. Keadaan begini membuatkan anak tak selesa dan meragam.

Malah lebih serius, kulit jadi kerak berair dan mengelupas.

5. Ruam

simptom influenza: ruam

Masalah ruam biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ia adalah masalah umum di mana timbul warna atau bintik-bintik merah di permukaan kulit.

Jika badan si kecil secara tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah terang dan di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, ini mungkin ruam panas.

Ruam boleh timbul di pelipat-pelipat kulit dan di bahagian-bahagian badan di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Situasi ini sangat kerap terjadi, para mummies perlu ambil serius.

Jika bayi anda memakai topi pula, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi. Lazimnya, ia berlaku disebabkan cuaca panas, fabrik pakaian bukan jenis kain kapas.

Selain itu, bayi mempunyai alahan bahan kimia pada bahan pencuci serta kulit bayi agak kering sehingga menjadi pencetus kepada masalah ruam. 

6. Bibir kering

simptom influenza: bibir kering

Selain itu, masalah yang sering dialami oleh bayi adalah masalah bibir kering. Perubahan cuaca yang panas dan sejuk boleh membuat bibir bayi menjadi kering dan pecah-pecah.

Take note ya, ia mungkin menjadi gejala dehidrasi. Pastikan anak minum air secukupnya. Dehidrasi punca utama bibir kering.

Apabila bibir kering, ia mengganggu dan membuat gerakan bibir bayi tidak selesa. Malah boleh mengakibatkan bibir menjadi luka apabila bibir kering dan pecah.

Bagaimanapun, ia bukan tanda yang membahayakan. Ini adalah masalah umum yang terjadi kepada kebanyakan bayi baru lahir.

Cuma, bayi akan berasa tidak selesa. Tambahan pula apabila air liur terkena bahagian luka. Bayi akan mudah merengek dan menangis.

Ini juga menyukarkan proses penyusuan dan makan.

Artikel Berkaitan

Kes Penyakit Influenza Meningkat, Ibu Ayah Kena Tahu Cara Cegah

Rupanya Begini Caranya Nak Rawat

rawatan simptom influenza

Oleh sebab itu, mummies selalunya akan berusaha mencari rawatan moden atau natural bagi memastikan bayi kembali sihat.

Tidak dinafikan, semakin ramai mummies lebih suka menggunakan petua dan produk yang menggunakan ramuan semulajadi bebas bahan kimia untuk melegakan masalah kesihatan anak.

Namun, jika simptom influenza kelihatan dan masih berlarutan, mummies perlu dapatkan nasihat dan rawatan lebih lanjut di hospital.

Apa yang pasti, selain mendapatkan ubat di hospital atau klinik, mummies boleh mencuba rawatan secara alami untuk membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan anak seperti:

1. Produk bebas bahan kimia

produk bebas kimia

Sememangnya bayi mempunyai kulit yang sensitif, kulit dan bibir mudah kering serta kulit mudah alami keradangan.

Ia berlaku apabila kulit alah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat dalam bahan pencuci pakaian, mandian dan produk penjagaan bayi.

Oleh itu, digalakkan memakai bahan bebas kimia seperti losyen tanpa pewangi ke kulit bayi. Sebelum itu, lap kulit bayi hingga separa kering dengan tuala lembut.

Semasa memakai losyen, jangan terlalu menggosok. Sapukan dengan lembut.

Lembapkan dengan kerap sepanjang hari, terutamanya selepas mandi serta gunakan krim emolien, urut perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit dengan selamat dan berkesan.

2.  Petua nenek moyang

petua nenek moyang

Tidak salah jika mummies nak cuba petua-petua yang menjadi amalan nenek moyang kita dulu untuk memastikan anak kembali sihat.

Misalnya, petua untuk hilangkan batuk yang menggunakan konsep wap dengan bawang putih dan minyak zaitun. Caranya dengan meriba anak dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk.

Kemudian, tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya wap tertumpu di kepala.

Selain itu, boleh cuba petua mengguna kunyit iaitu tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak.

Bagi selesema pula, boleh guna bawang merah dengan menghiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Letak di dalam piring dan tinggalkan berdekatan tempat tidur bayi.

Anda juga boleh cuba sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung bayi selesema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi  selepas setiap sapuan.

Petua ni sesuai untuk anak bawah 2 tahun yang selesema. Sebenarnya banyak lagi petua, mummies boleh ‘google’ untuk petua lain ya!

3. Fisioterapi

Tepuk percussion merupakan cara fisioterapi dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.

Ia bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. Namun untuk lakukan terapi ini, perlu merujuk pakar fisioterapi terlebih dahulu.

Dapatkan nasihat di hospital atau klinik berdekatan.

Kesimpulannya, penjagaan kesihatan bayi amat penting bagi memastikan bayi dapat menjalani kehidupan sihat dan selesa jauh daripada simptom influenza.

Oleh itu, mummies  perlu teliti dalam memilih dan mengguna produk yang berkualiti dan selamat untuk mengelak sebarang masalah kesihatan.

Menyedari situasi ini, jenama Tropica Beauty Sdn. Bhd. telah mengeluarkan formulasi secara natural dan berkualiti tinggi untuk ibu dan anak.

Syarikat yang ditubuhkan sejak lapan tahun lalu mempunyai banyak testimoni penggunaan produk sebagai bukti selamat dan memberi kesan positif kepada si manja dan ibu.

Anak Sihat Dan Ceria Dengan Tropika!

tropika

Selain mendapatkan nasihat pegawai perubatan di klinik berhampiran, anda juga boleh mencuba produk Tropica Beauty Sdn. Bhd. yang menggunakan bahan-bahan organik secara natural.

Pembuatan jenama ini menggunakan bahan-bahan secara semulajadi.

Untuk pengetahuan anda, mengaplikasikan secara terus ke kulit akan memberikan 60% kesan yang terbaik. Jadi, formulasi ini dibuat untuk kegunaan luaran.

Yang pasti, produk keluaran bumiputera Muslim dijamin halal ini tidak mengandungi steroids, parabens atau sebarang bahan kimia berbahaya, 100% semulajadi dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

Produk ini  juga  bebas SLS & SLES (sodium lauryl sulfate & sodium laureth sulfate) yang memberi kesan iritasi kulit terutamanya pada bayi yang menghidap ekzema.

SLS menyebabkan kulit terhakis kerana ia menghakis lapisan minyak semulajadi pada kulit.

1. TROPIKA Natural Bubble Wash (Lavender, Sweet & Happy)

TROPIKA Natural Bubble Wash

Dengan ramuan semulajadi dari minyak kelapa dara dan ekstrak bunga membantu membersihkan badan serta memberikan kesegaran sepanjang hari.

Haruman yang menyegarkan dengan aroma peach aprikot,teh hijau, lavender, bunga mawar dan melur.

Membantu mengurangkan masalah kerak kepala dan sesuai untuk kulit sensitif.

100% Natural tiada beralkali, tiada steroid, parabens atau sebarang bahan kimia yang  selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

Produk berasaskan Minyak Kelapa Dara ini mempunyai kepekatan isi kandungan yang menjimatkan.

Melegakan kulit secara semulajadi daripada radang seperti ruam panas,ruam lampin, ekzema. Mengurangkan masalah kerak kepala dan sesuai untuk kulit sensitif.

Cara penggunaan:

  1. Basahkan kulit dan rambut. Sapu rata natural bubble wash dan gosok perlahan. Bilas dengan air.
  2. Gunakan pada setiap kali mandi sebagai mandian dan syampu untuk melembutkan rambut .

2. TROPIKA Baby Hair & Body Oil

TROPIKA Baby Hair & Body Oil

Berperanan sebagai minyak urut aromaterapi, ia diperbuat daripada minyak kelapa dara dan ekstrak bunga untuk kesihatan kulit dan rambut.

Diperkayakan dengan ekstrak bunga lavender dan rose yang berbau harum, ini akan membuatkan bayi lebih selesa.

Manfaat yang diberikan adalah:

  • Dapat membantu bayi tidur dengan lebih lena.
  • Membantu mengurangkan masalah kulit sensitif seperti ekzema, ruam susu, ruam lampin, ruam panas
  • Boleh membantu melebatkan rambut serta masalah kerak kepala serta mengurangkan masalah kerak kepala

Cara penggunaan:

  • Sapu pada kulit dan rambut 2 kali sehari. Urut perlahan.
  • Sesuai untuk mengurut bayi selepas mandi atau sebelum tidur.

3. TROPIKA Baby Herbal Cream

TROPIKA Baby Herbal Cream

Dengan ramuan semulajadi dari minyak kelapa dara dan herba tropika untuk memberi keselesaan terutamanya kepada bayi. Ia bebas bahan kimia dan tanpa steroid dan paraben.

Baby Herbal Cream Tropika ini mengandungi minyak kelapa dara, ekstrak halia, minyak kayu putih. Tiada bahan steroid atau paraben.

Ia tidak panas apabila disapukan pada bayi baru lahir, rasa dingin dan bau yang menyegarkan!

Ia juga membantu melegakan masalah kembung perut, selsema dan batuk bayi. Malah melalui beberapa testimoni jelas terbukti ia membantu mengurangkan masalah pernafasan kanak-kanak.

Namun jika tahap batuk anak sudah mencapai tahap kronik segera rujuk ke hospital.

Cara penggunaan:

1.Sapukan pada bahagian dada, sendi, telapak kaki, perut, bahagian belakang dan sisi badan. Lakukan sapuan selepas mandi, sebelum tidur malam dan bila-bila masa diperlukan sebanyak tiga kali sehari.

  1. Jadikan ia sebagai sapuan rutin setiap masa. Jangan tunggu anak batuk, selesema atau kolik!
  2. Sapukan kepada terkena gigitan semut atau nyamuk yang boleh memberikan kelegaan dan mengurangkan rasa gatal pada kulit.
  3. Boleh membantu memberikan kelegaan rasa tidak selesa bagi anak yang menghadapi masalah kulit sensitif atau ekzema.

 

Semoga mummies, menjadi jadikan panduan ini untuk penjagaan kesihatan anak secara natural yang lebih selamat dan berkesan.

Boleh layari website Tropika dengan klik di sini jika berminat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *