Anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri yang bergelar ibu ayah. Ini merupakan moment utama mereka untuk menjaga kesihatan anak sebaiknya. Lebih-lebih lagi dengan penyakit G6PD.
Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu cakna akan penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan si anak seperti penyakit G6PD ini.
Hakikatnya, tak ramai yang ibu bapa baru tahu mengenai penyakit unik ini.
Tetapi, secara lazimnya, doktor akan memaklumkan mengenai hal ini kepada kita sekiranya anak menghidapi penyakit tersebut.
Ini bertujuan untuk mempersiapkan kita; sebagai ibu bapa, dengan maklumat mengenai pengurusan si anak.
Maklumlah, jika anak kembung perut, batuk atau selesema, bukan sebarangan produk boleh disapu kepada bayi.
APA ITU G6PD?
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah.
Masalah kekurangan enzim ini punca utama anak yang terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan ataupun makanan tertentu akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah.
Ini dinamakan proses hemolisis. Ia menyebabkan pesakit kekurangan darah.
Oleh sebab itu, bayi baru lahir yang disahkan G6PD perlu dipantau dalam wad kerana mereka berpotensi mendapat penyakit kuning (jaundis).
Jangan panik!
Walaupun tiada rawatan spesifik untuk menghilangkan penyakit ini daripada tubuh, si anak masih boleh menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan normal (selagi dia tidak didedahkan kepada pencetus hemolisi).
Punca G6PD
Penyakit G6PD adalah penyakit keturunan yang sering dibawa oleh kromosom X daripada ibu atau bapa pembawa gen.
Jika anda atau pasangan merupakan pesakit G6PD atau mempunyai sejarah penyakit itu dalam keluarga, maka anak anda juga mungkin menghidap G6PD.
Simptom-simptom G6PD
Berikut merupakan simptom-simptom G6PD yang anda perlu lebih cakna terhadap keadaan anak:
- Kelihatan pucat
- Tidak bermaya (letih yang teramat)
- Pening
- Degupan jantung yang laju
- Sukar bernafas
- Sakit dada
Sekiranya anda mengesan simptom ini pada bayi, segera dapatkan rawatan di hospital!
Baca Juga
Susah Hati Bila Bayi Sembelit, Rupanya Ini Cara Yang Ibu Ayah Perlu Tahu
Ibu Ayah, Alert Dengan Bahan Pencetus!
Sebagai ibu bapa, anda perlu peka terhadap makanan yang mengandungi bahan pencetus penyakit G6PD ini.
Anda boleh menyimpan senarai makanan pencetus penyakit itu untuk diletakkan pada tempat yang mudah dilihat seperti peti sejuk.
Selain itu, anda juga boleh memberi beberapa salinan senarai tersebut kepada saudara-mara, pengasuh dah juga jiran-jiran rumah.
Anda juga perlu periksa kandungan pada makanan, minuman dan juga ubat-ubatan yang diambil.
Kami berkongsi bahan-bahan pencetus G6PD dalam senarai di bawah ini:
- Kacang parang/ pava beans/ kacang itik
- Ubat-ubatan daripada farmasi.
Anda perlu dapatkan rujukan daripada doktor terlebih dahulu sebelum membeli ubat seperti selsema dan batuk.
- Senarai antibiotik.
Anda perlu memberitahu kepada doktor setiap kali anak anda mengambil ubat ini.
- Ubat-ubatan tradisional seperti jamu dan herba.
- Penyembur serangga
- Lingkaran nyamuk
- Ubat gegat
- Ujala (Nila)
- Ubat anti-malaria
- Makanan yang mengandungi pewarna tiruan Methylene, Toludine Blue & Sulfida
- Kacang soya
- Asid arkobik tiruan dalam vitamin C
- Bau cat
Pilih Produk Bayi Yang Selamat
Apabila anak disahkan menghidap penyakit ini, anda kena teliti dalam pemilihan produk penjagaan anak-anak.
Minyak angin merupakan antara salah satu barang keperluan untuk bayi dan kanak kanak bagi mengelakkan masalah kembung perut .
Namun, terdapat beberapa jenis minyak angin yang mengandungi campuran menthol dan camphor.
Bahkan bahan ini bahaya untuk kanak kanak bawah dua tahun.
Camphor
Camphor dihasilkan daripada sejenis kayu pohon Camphor (atau dikenali sebagai kapur barus).
Bahan ini banyak digunakan di pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
Menurut kajian oleh penyelidik di Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak mudah terdedah kepada toksik camphor.
Ia lebih mudah diserap melalui kulit tubuh dan membran mukus. Ini boleh menyebabkan risiko sawan terutamanya kepada kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun.
Menthol
Mentol merupakan sebatian organik yang diperbuat secara sintetik ataupun diperoleh daripada minyak-minyak pudina.
Penggunaan mentol dalam produk akan memberikan rasa dingin dan memberikan kelegaan pada tempat yang ada masalah.
Namun dalam kalangan bayi, bahan ini perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan si bayi mengalami masalah pernafasan.
Produk Pilihan: Tropika Herbal Cream
Sudah pastinya situasi ini membimbangkan ibu ayah yang mempunyai anak G6PD.
Jadi, langkah yang tepat adalah memilih produk penjagaan bayi yang selamat untuk anak.
Tahukah anda bahawa TROPIKA Baby Herbal Cream merupakan produk pilihan yang trending dan selamat telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2012.
Menerusi banyak testimoni serta maklum balas, produk ini menjadi pilihan ramai.
Produk ini selamat digunakan untuk disapu kepada bayi antaranya termasuk masalah kembung perut, melegakan batuk & selsema dan membantu bayi untuk tidur lena.
Dalam pada itu, peratusan kandungan menthol yang terdapat dalam produk ini adalah yang telah dibenarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Sudah tentunya, ia tidak mengandungi bahan terlarang untuk bayi dan kanak-kanak seperti camphor.
Cakna dengan hal keselamatan barangan bayi, tidak mustahil produk jenama TROPIKA sentiasa mendapat sambutan di kalangan warga Singapura dan Brunei.
Bahkan telah berjaya menembusi pasaran Timur Tengah dan Eropah seperti Bahrain, Arab Saudi, United Kingdom, dan Sweden.