Jangan Panik Bila Anak Kena Demam Campak

Hati ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak kesayangan tiba-tiba jatuh sakit dan menghidap demam campak. 

Sudah tentu ada yang panik terutama yang baru mempunyai cahaya mata pertama. 

Tidak dinafikan ada segelintir yang keliru antara demam campak dengan cacar air atau lebih dikenali sebagai chickenpox

Jom ketahui definisi demam campak dan tindakan ibu bapa yang sepatutnya dibuat apabila menghadapi situasi ini. 

Teruskan membaca artikel ini untuk panduan anda. 

 

Demam Campak

Demam campak adalah disebabkan oleh virus measles

Setiap kali terkena jangkitan ini, ia akan disertai dengan jangkitan pernafasan dan ruam pada kulit. 

Penyakit ini sangat mudah berjangkit kepada individu lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung yang keluar oleh individu yang dijangkiti virus itu ketika bercakap, batuk mahupun bersin.

Ciri-ciri bagi penyakit demam campak adalah seperti dibawah:

  • Ruam yang kelihatan rata dan tidak timbul bermula di dahi sebelum merebak ke seluruh badan

  • Demam panas 

  • Sakit tekak 

  • Hidung dan mata berair

Gejala Demam Campak

demam campak

Apabila anak mengalami demam campak, ia akan menyebabkan hidung dan mata menjadi berair dan merah-kemarahan. 

Gejala ini akan berselang-seli pula dengan batuk, cirit-birit, dan muntah. 

Selain itu, buat anak yang mengalami gejala ini berisiko mudah diserang sawan apabila suhu badannya terlalu tinggi.

Situasi ini akan menyebabkan anak tidak selesa dan mula meragam. 

Berikut gejala demam campak yang biasa dilihat pada kanak-kanak, jadi ibu bapa pastikan anda perlu cakna ya!

  1. Demam sehingga mencecah suhu 38°C.

  2. Batuk, selsema dan sakit tekak.

  3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya.

  4. Ruam merah-kemerahan.

  5. Sakit otot.

Baca Juga

Anak G6PD, Pilih Produk Penjagaan Bayi Yang Selamat. Ini Sebabnya!

Cabaran Ibu Ayah

demam campak

Tempoh minggu pertama biasanya serangan demam campak ini amat mencabar bagi ibu bapa yang menjaganya. 

Kanak-kanak akan merengek, kurang selera makan, lesu dan tidak dapat tidur malam.

Tiada rawatan perubatan khusus yang boleh dilakukan untuk merawat demam ini yang biasanya berlanjutan sehingga beberapa minggu. 

Pun begitu, ibu bapa boleh membantu menguruskan simptom demam ini yang dialami anak dengan beberapa cara.

Ibu bapa juga perlu segera lakukan pemeriksaan ke atas anak mereka.

Ini termasuk membuat janji temu untuk pemeriksaan sama ada di klinik atau hospital berdekatan bagi mengelakkan keadaan daripada bertambah buruk. 

Doktor akan memeriksa keadaan anak untuk memastikan sama ada demam campak atau sebaliknya.

Selain itu sangat penting untuk kerap periksa suhu badan anak. Adakalanya, jika suhu demam panas kanak-kanak mencecah sehingga 40°C, ia boleh mengakibatkan sawan. 

Salah satu langkah untuk meredakannya adalah dengan mengelap badan anak agar suhu tersebut turun. 

Pastikan anak minum air secukupnya. Pengambilan air masak dapat menstabilkan suhu tubuh yang sedang demam.

Sebenarnya tidak perlu selimutkan anak, cukup sekadar pakaikan pakaian nipis supaya haba panas keluar dengan pantas dan rasa lebih selesa.  

Mengasingkan anak daripada ahli keluarga yang lain ketika demam campak juga amat disarankan supaya tidak berjangkit.

Biasanya ruam campak akan mula kelihatan di anggota badan selepas beberapa hari demam. 

Asingkan anak dari orang ramai untuk elakkan sebaran penyakit terutamanya kanak-kanak berusia bawah 10 tahun. 

Ibu ayah kena banyak bersabar apabila anak mengalami demam campak. 

Maklumlah ketika ini anak akan rasa tidak selesa. Ini kerana ruam campak akan menyebabkan badan akan berasa miang dan tidak selesa sehingga kerap merengek.

Cara Mencegah

Pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) adalah sangat penting. 

Suntikan untuk menghindari demam campak ini diberikan ketika bayi berusia 12 bulan dan 7 tahun.

Cara Alternatif Untuk Keselesaan Si Manja

demam campak

Selain mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor, ibu ayah juga boleh menggunakan cara lain.

Seperti cara tradisional dan produk pilihan secara natural di pasaran yang semakin banyak pilihan. 

Antara cara tradisional yang boleh dilakukan adalah mandi dengan air kelapa muda. 

Selain itu untuk melegakan rasa tidak selesa anak, terdapat pelbagai produk untuk penjagaan anak-anak.

Contohnya, produk natural TROPIKA Baby Herbal Cream antara pilihan alternatif yang mampu memberi kelegaan kepada anak. 

Kebaikan produk ini adalah mampu membantu merawat dan melegakan rasa tidak selesa akibat batuk dan selsema. 

Krim yang tidak panas dan tidak melekit ini diformulasikan sesuai untuk kegunaan bermula bayi hingga dewasa.

Baby Herbal Cream mengandungi campuran bahan semulajadi daripada minyak kelapa dara dan herba tropika. 

Ia juga berfungsi untuk menjadikan kulit anak sentiasa dalam keadaan yang sihat dan lembap. 

Jadi, usah bimbang untuk disapu dan digunakan pada kulit si manja yang sensitif. 

Pasti anak-anak akan lebih selesa dan sihat.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, tekan pautan di bawah ini. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *