Lebatkan rambut bayi

Rupanya Ini Cara Lebatkan Rambut Bayi

Sebagai seorang ibu, kita pasti akan mencari cara untuk lebatkan rambut si bayi. Iya la, siapa yang tidak risau apabila si manja mengalami masalah rambut lambat tumbuh. 

Malah, si ibu akan menjadi lebih terkilan apabila melihat bayi lain dalam keadaan rambut hitam dan lebat. Tentu akan buat beliau rasa tidak senang duduk. 

Situasi ini biasanya berlaku setelah rambut bayi dicukur (selepas dilahirkan) bagi memastikan pertumbuhan rambut baru yang lebih lebat dan sihat. 

Namun, jika si manja anda masih lagi mengalami masalah nak lebatkan rambut ini, kami ada sediakan jalan penyelesaiannya di dalam artikel ini. 

Teruskan membaca. 

Punca Masalah Lebatkan Rambut Bayi

Sebenarnya terdapat banyak punca rambut bayi lambat tumbuh dan tidak lebat. 

  •  Hormon

Dalam 6 bulan pertama selepas kelahiran akan berlakunya penurunan paras hormon pada bayi dan ibu. 

Antara kesan akibat penurunan paras hormon ini adalah keguguran rambut dan ia adalah sesuatu yang normal pada bayi.

  •  Posisi bayi baring

 posisi bayi baring

Apabila bayi menghabiskan kebanyakan masa mereka dalam keadaan berbaring secara terlentang akan menyebabkan rambut lambat tumbuh.  

  •  Masalah kulit kepala  

Bayi yang mengalami masalah kerak kepala atau cradle cap mengakibatkan pertumbuhan rambut menjadi tidak sekata.  Bahkan akan berlaku masalah kelemumur pada rambut kanak. 

Cara Atasi Masalah Lebatkan Rambut Bayi

Terdapat pelbagai cara untuk melebatkan rambut bayi dengan cepat dan berkesan terutamanya bagi bayi yang telah bercukur. 

1. Posisi meniarap

Ibu kena memastikan bayi dalam keadaan meniarap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut yang tidak sekata atau digelar kesan cukur bantal.

2. Syampu rambut

lebatkan rambut

Pilih syampu rambut yang sesuai untuk bayi dan gunakan dalam kuantiti kecil sahaja. 

Selain membersihkan kulit kepala daripada kelemumur atau kotoran, urutan lembut semasa bersyampu juga dapat merangsang folikel untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

3. Ekstrak aloe vera

aloe vera lebatkan rambut

Boleh menggunakan ekstrak aloe vera organik untuk disapukan pada kepala bayi. Aloe vera memiliki banyak khasiat semulajadi dan bersifat antioksidan untuk melembapkan dan menguatkan rambut bayi.

4. Minyak rambut terbaik

Penggunaan minyak rambut boleh menjadi salah satu alternatif untuk lebatkan rambut bayi sejak lahir. 

Minyak rambut untuk bayi biasanya mengandungi bahan semulajadi untuk membantu melebatkan rambut. Malah sapuan minyak rambut ini juga dapat mengurangkan masalah kelemumur pada rambut bayi. 

5. Sikat rambut bayi

Sikat rambut bayi dengan perlahan apabila telah kering. Proses menyikat rambut akan membantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan kulit kepala. Sekaligus melebatkan pertumbuhan rambut bayi.

Baca Juga

Ini 4 Pilihan Baby Oil Yang Selamat. Jangan Salah Beli!

Produk Untuk Lebatkan Rambut

Tropika Hair Booster Box 

lebatkan rambut tropika

Set ini merupakan set wajib ada buat bayi yang baru lahir. 

Produk ini dihasilkan secara semulajadi yang sesuai untuk masalah kulit kerak kepala yang merupakan salah satu punca rambut bayi lambat lebat dan menipis. 

Jenama produk ini mengandungi: 

  1. Mandian baby head to toe 100ml
  2. Baby oil 100ml
  3. Dihasilkan dari 99.99% minyak kelapa dara (VCO)
  4. Natural dan halal
  5. FREE baby hair brush

Cara penggunaan set produk: 

Sapu syampu keseluruhan kepala bayi dan gosok perlahan menggunakan hair brush yang telah disediakan. 

Kemudian, bilas dan lap kepala dan rambut bayi sehingga kering. 

Seterusnya, sapu baby oil keseluruhan kepala bayi. Minyak ini menjadi penggalak untuk membantu pertumbuhan rambut menjadi sihat, cepat dan berkilat.  

Kesimpulannya, masalah yang dihadapi oleh si ibu untuk melebatkan rambut bayi sememangnya amat common

Namun begitu, ini tidak bermakna anda boleh memandang ringan terhadap isu ini. 

Jadi, buat anda yang ingin mencari produk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh dapatkan Tropika Hair Booster Box di Tropika. 

Klik link di bawah ini untuk dapatkan produk berkenaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *