Selsema adalah satu penyakit biasa yang sering berlaku dalam kalangan bayi.
Walaupun ini adalah perkara biasa bagi bayi untuk mengalami selsema, namun ia sangat mencemaskan bagi ibu bapa.
Bahkan ada yang tidak lena untuk tidur malam kerana bimbang akan masalah kesihatan ini.
Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan? Mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi memastikan anak mereka selamat dan sihat.
Oleh itu, anda jangan risau.
Ketahui punca bayi selsema, cara mengatasi dan jenis ubat selsema yang boleh digunakan apabila bayi anak mengalami selsema.
Punca Selsema di Kalangan Bayi
Tahu tak anda, terdapat dua jenis selsema, iaitu hidung berair dan selsema yang tersumbat atau biasa disebut, hidung tersumbat.
Lazimnya, bayi yang berusia bawah daripada dua tahun amat mudah mengalami masalah ini.
Ayuh kita lihat, apakah punca yang boleh menyebabkan jangkitan selsema pada bayi ini.
● Persekitaran
Cuaca sejuk atau kelembapan yang rendah dalam rumah boleh menyebabkan kekerapan selesema.
Kebiasaannya rumah yang memasang penghawa dingin akan menyebabkan persekitaran rumah menjadi terlalu sejuk.
Anak kecil yang terdedah kepada udara terlalu sejuk itu akan menyebabkan mereka sukar bernafas dan mudah menjadi selsema.
● Sistem Imun Bayi
Sistem imun bayi adalah unsur penting yang perlu diambil kira.
Hal ini kerana, sistem imun bayi masih belum sepenuhnya berkembang seperti orang dewasa.
Jadi, bayi mempunyai pertahanan yang lebih lemah terhadap virus dan menjadikan bayi lebih mudah untuk dijangkiti virus selsema.
● Jangkitan
Jangkitan selsema juga boleh berpunca daripada interaksi bayi dengan persekitarannya.
Sebagai contoh, bayi yang berada dalam penjagaan pengasuh yang mempunyai ramai kanak-kanak atau keluarga yang besar mungkin lebih mudah terdedah kepada virus selesema ini.
Selain itu, penularan jangkitan ini juga boleh disebabkan daripada kanak-kanak lain yang turut bermain bersama-sama.
Kesan Selsema Berpanjangan
Tahukah anda bahawa bayi yang mengalami selsema mungkin akan batuk dan bersin lebih kerap daripada biasa.
Bahkan akan membawa kepada demam.
Bukan itu sahaja, bayi yang mengalami selsema juga mungkin mengalami kesukaran bernafas, terutamanya jika hidung mereka tersumbat.
Situasi ini akan menjurus kepada bayi yang sakit mungkin kehilangan selera makan.
Ini adalah normal, tetapi penting untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi.
Ubat Ini Bantu beri Rasa Selesa Kepada Bayi
Apabila bayi anda melalui situasi ini segera bertindak supaya bayi kembali sihat.
Terdapat pelbagai rawatan dan ubat selsema untuk membantu memberikan kelegaan kepada bayi.
Berikut adalah antara rawatan dan ubat selsema yang anda boleh berikan kepada anak anda.
● Penyedut Lendir Hidung (Nasal Aspirator)
Nasal aspirator adalah alat yang menyedut dan membersihkan lendir dari hidung bayi yang tersumbat.
Ia boleh membantu mereka bernafas dengan lebih baik dan dapat tidur dengan selesa.
Namun, anda perlu menggunakan penyedut ini dengan lembut dan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada hidung bayi.
● Paracetamol (Acetaminophen)
Paracetamol adalah ubat penurun demam dan penahan sakit yang boleh membantu meredakan demam dan ketidakselesaan bayi akibat selesema.
Diingatkan agar anda memastikan dulu dos yang digunakan adalah sesuai berdasarkan berat badan bayi.
Untuk lebih mudah, dapatkan nasihat daripada doktor atau farmasi terlebih dahulu.
● Ubat Batuk dan Selesema untuk Bayi
Beberapa ubat batuk dan selesema khusus untuk bayi mungkin boleh digunakan, tetapi ini harus diberikan atas nasihat doktor.
Rawatan Secara Natural
Selain itu anda juga boleh cuba rawatan secara natural seperti berikut.
● Produk Natural
Jadikan produk Tropika Baby Herbal Cream sebagai penawar alternatif dan sebagai rawatan tradisional.
Ia dapat membantu melegakan selsema serta batuk dan hidung tersumbat bayi anda.
100% organik serta bebas bahan kimia dan steroid.
Namun, bayi yang berumur dibawah setahun tidak digalakkan untuk mengambil sebarang ubat batuk, selsema atau ubat demam.
LIHAT VIDEO TIKTOK UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PRODUK TROPIKAL BABY HERBAL CREAM
● Garlic Steaming
Anda juga boleh membuat rawatan sendiri seperti garlic steaming. Ikuti cara di bawah:
- Letakkan bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses steaming di mulakan.
- Wapkan muka bayi bawah 2 tahun.
- Lakukan selama 15 minit.
- Kemudian, sedut cairan hingus dan kahak. Kahak dan hingus yang cair akan keluar dengan banyak melalui hidung bayi.
● Rehat
Bayi perlu mendapat rehat yang mencukupi. Pastikan mereka tidur lebih banyak daripada biasa untuk membantu tubuh mereka pulih.
● Minuman Yang Cukup
Pastikan bayi mendapat cecair yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.
● Berjumpa doktor
Jika gejala-gejala selesema berlarutan atau semakin teruk, dapatkan nasihat dengan doktor.
Doktor boleh memberi nasihat tambahan atau merujuk jika diperlukan.
Apa yang pasti, selesema adalah masalah biasa yang dialami oleh bayi.
Penting untuk memahami punca, gejala, dan rawatan atau ubat selsema yang sesuai bagi membantu bayi pulih dengan selesa.
Jika ibu ayah yang berminat untuk dapatkan produk natural bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh dapatkan Tropika Baby Herbal Cream di sini.
Produk ini amat bagus dan sesuai untuk bayi kerana:
- Melegakan batuk, kahak, dan nafas berbunyi.
- Melegakan selsema, hidung tersumbat atau berair.
- Mengurangkan demam panas dan jangkitan bakteria.
- Melembap dan menyihatkan kulit si manja.
- Membuatkan si manja dapat tidur yang lebih selesa.
Jadi, dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream di pautan biru di bawah ini sekarang!