Dalam keterujaan membeli barangan anak-anak, ibu ayah perlu alert tau tentang paraben free baby product kerana bahaya menggunakan produk penjagaan bayi dan kanak-kanak yang ada paraben!
Memang rambang mata memilih barang keperluan bayi dan kanak-kanak. Sudah tentu ada yang membuat checklist sendiri. Maklumlah buat yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah tentu ‘excited’.
Tetapi, ibu ayah perlu alert mengenai bahaya produk penjagaan bayi dan kanak-kanak yang mengandungi bahan kimia seperti paraben dan SLS & SLES. Produk mengandungi bahan ini tidak selamat untuk digunakan kepada anak.
Ini kerana kulit anak yang masih kecil tidak sama dengan kulit orang dewasa. Kulit anak sangat lembut dan memerlukan penjagaan rapi supaya tidak mudah sensitif dan alergi.
Sehubungan itu, ibu ayah perlu mengambil serius dalam pemilihan produk penjagaan bayi dan kanak-kanak yang bebas paraben.
Apa Itu Paraben?
Menurut US Food And Drug Administration (FDA), “Paraben adalah bahan kimia yang bersalingkait yang sering digunakan sebagai bahan pengawet dalam produk kosmetik.”
Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga.
Ia adalah dari sumber sintetik. Antara jenis paraben adalah methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben, isobutyl paraben dan isopropyl paraben.
Kesan Paraben Terhadap Bayi dan Kanak-Kanak
Bayi dan kanak-kanak mempunyai kulit yang sangat lembut dan sangatlah sensitif. Bahkan ia lebih nipis dan lebih terdedah kepada kesakitan daripada kulit orang dewasa.
Lantaran itu, bayi dan kanak-kanak paling mudah untuk terdedah kepada kesan bahaya daripada bahan kimia. Di usia muda itu, kesemua sistem fizikal mereka masih tengah membesar.
Penggunaan paraben terhadap bayi dan kanak-kanak akan menyebabkan gangguan ke atas sistem perkembangan dan imun badan.
Selain itu, mereka akan mengalami masalah pembelajaran akibat gangguan sistem perkembangan mereka dalam jangka masa panjang.
Untuk info lebih lanjut mengenai paraben free baby product, ibu ayah boleh rujuk video mengenai paraben dengan klik di bawah ini.
@tropikahq Cari produk yang #freeparaben untuk anak mommies. Lindungi kulit anak mommies dari terjadi masalah iritasi 👍 #krimselsemabatuk #tropikahq #tipsbayisihat #parenting #productviraltiktokviral #fyp #paraben ♬ original sound - Krim Selsema, Batuk & Kembung
Apa Itu SLS & SLES?
SLS (Sodium Lauryl Sulfate) dan SLES (Sodium Lauryl Ether Sulfate) adalah cecair likat yang jelas, kuning muda dan likat.
Mereka adalah antara surfaktan anionik yang paling penting, garam alkohol sulfat berlemak. Produk kimia yang mengandungi SLS atau SLES menunjukkan sifat berbuih yang sangat baik.
Kedua-dua SLES dan SLS boleh didapati dalam kebanyakan produk pencuci kosmetik, tetapi juga dalam agen pembersih. Ia paling kerap digunakan dalam syampu , gel mandian dan sabun cecair.
Kesan SLES dan SLS Terhadap Bayi dan Kanak-Kanak
SLS & SLES juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih bila terkena sabun.
Kesan jangka masa panjang ialah masalah mata seperti katarak. SLS & SLES juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.
Bahkan penggunaan secara kerap akan menyebabkan timbulnya masalah iritasi kulit bayi yang masih lembut.
Situasi ini menyebabkan anak berasa tidak selesa. Juga tidak sesuai untuk digunakan bagi bayi dan anak yang mempunyai masalah ekzema.
Kesimpulannya, pilihlah produk terbaik, natural dan organik untuk anak anda. Sebaiknya kaji dahulu bahan-bahan yang terkandung sebelum beli, dan selalu ketahui ramuan yang paling sesuai dan selamat untuk anak anda.
Dapatkan sabun dan losyen yang lembut yang tidak mempunyai sebarang pewarna, wangian, paraben dan bahan-bahan lain yang boleh membahayakan kulit bayi anda.
Semasa membeli, ibu ayah disarankan meneliti setiap produk sama ada bebas paraben atau sebaliknya. Jika produk tersebut bebas paraben, selalunya label di produk akan mengandungi label seperti “bebas paraben” atau “0% paraben”.
Jika tiada label sebegitu, anda boleh meneliti senarai bahan-bahan di belakang produk dan memastikan tiada paraben atau SLES & SLE yang disebut di atas ada dalam produk tersebut.
Baca Juga
Produk Pilihan Bebas Paraben Dari Tropika!
TROPIKA adalah jenama No.1 yang menjual produk bayi menggunakan bahan natural supaya si manja sangat selesa, pilihan tepat ibu bapa untuk anak mereka. Bebas paraben dan SLS & SLES.
Bahan kandungan adalah dari bahan semulajadi perlulah selamat digunakan (bebas paraben, tidak mengandungi SLS & SLES dan sebagainya).
TROPIKA menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan bayi dan kanak-kanak. Malah seisi keluarga boleh menggunakannya!
Produk TROPIKA adalah produk berasaskan Minyak Kelapa Dara sebagai rawatan alternatif eczema, ruam panas, ruam lampin, tanpa steroid, selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
Antara produk-produk TROPIKA:
- Baby Herbal Cream – mempunyai fungsi 8 dalam 1. Membantu mengurangkan masalah selalu dialami oleh bayi seperti kembung perut.
- Baby Hair & Body Oil – melegakan masalah ruam lampin dan gatal-gatal kulit, menyelesaikan masalah kerak kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
- Natural Body Lotion – melindungi kulit daripada masalah kulit kering, jangkitan bakteria dan ruam lampin serta melembutkan kulit.
- Natural Bubble Wash (Happy/Sweet/Lavender) – sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan menyelesaikan masalah kerak kepala.
Dengan TROPIKA, ibu ayah tak perlu lagi risau. Anak riang, ibu ayah pasti senang hati.