perut masuk angin

Anak Mengalami Perut Masuk Angin, Ini Check List Wajib Tahu!

Perut masuk angin yang dialami oleh bayi atau kolik adalah masalah umum yang sering dihadapi oleh ibu ayah.

Biarpun tidak berbahaya, masalah ini membuatkan anak merasa tidak selesa.

Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu seperti ini memerlukan anda sebagai ibu ayah untuk lebih menitikberatkan kesihatan anak.

Bagi yang baru bergelar ibu ayah sudah tentu risau untuk menghadapi saat itu dan memikirkan bagaimana tindakan yang betul bagi mengatasi masalah ini.

Dalam artikel ini, kami akan membahaskan beberapa checklist yang anda boleh ikuti apabila anak mengalami perut masuk angin.

Apa  itu Kolik

kolik

Check list yang pertama ibu ayah kena tahu adalah “apa itu kolik”.

Lazimnya bayi yang mengalami kolik adalah bayi yang sihat.

Namun akan menangis terus menerus tanpa penyebab yang jelas.

Situasi ini biasanya muncul ketika bayi berusia sekitar dua minggu hingga tiga  bulan.

Berikut adalah tanda yang boleh ibu bapa perhatikan jika anak anda mengalami perut masuk angin atau kolik.

●   Menangis

Bayi yang mengalami kolik sering menangis selama tiga jam atau lebih setiap hari, setidaknya tiga hari dalam seminggu.

●   Waktu Tertentu

Bayi kolik akan menangis pada waktu yang konsisten, misalnya pada waktu petang atau malam.

●   Tidak Selesa

Bayi akan terlihat sangat tidak selesa, menggerak-gerakkan tubuhnya, mengangkat kakinya dan juga sukar untuk ditenangkan.

Penyebab Kolik

perut masuk angin

Check list kedua, ibu ayah perlu ‘alert’ mengenai penyebab yang membuatkan bayi menangis dalam tempoh yang lama.

Terdapat beberapa punca atau sebab yang boleh berlaku jika anak anda mengalami kolik, antaranya;

●   Sistem pencernaan yang belum matang

Sistem pencernaan bayi yang belum sepenuhnya matang menjadi salah satu penyebab mereka rasa tidak selesa.

●   Cemas dan Stres

Bayi yang masih kecil mudah cemas dan stres dengan persekitarannya yang boleh mengakibatkan berlakunya kolik.

●   Udara

Peningkatan udara apabila mereka menghisap puting atau menyusu (menggunakan botol atau penyusuan susu ibu) dalam kedudukan yang tidak betul.

Hal ini akan menyebabkan anak menelan terlalu banyak angin yang mengakibatkan pertambahan gas dalam perut.

Baca Juga: Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi, No. 6 Paling Ramai Suka Buat!

Tips Mengatasi Kolik

perut masuk angin

Check list seterusnya adalah ibu ayah wajib tahu cara bagaimana untuk mengatasi masalah perut masuk angin atau kolik bayi ini.

Sejak akhir-akhirnya ini, ramai ibu ayah memilih produk natural buat bayi tersayang kerana mereka sudah ambil cakna tentang masalah ini.

Tahukah anda, produk natural adalah pilihan tepat buat bayi kerana tidak mengandungi bahan kimia atau bahan tambahan yang berisiko.

Ia penting bagi kesihatan bayi bagi mengelak berlakunya alergi atau iritasi kulit pada bayi yang memiliki kulit yang sangat sensitif.

Bahkan produk natural ini, sudah tentu tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, pewarna buatan atau pewangi tiruan.

Bahan kimia lain yang dapat berpotensi merosakkan atau berbahaya bagi bayi juga tidak terdapat di dalam produk ini.

Anda pernah dengar tak tentang produk TROPIKA? Mesti pernah kan.

TROPIKA merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan natural seperti minyak kelapa dara dan herba dalam produk.

Produk TROPIKA BABY HERBAL CREAM dan TROPIKA MINYAK KELAPA sesuai bagi membantu mengatasi masalah kolik di kalangan bayi.

Nak tahu lebih lanjut KLIK VIDEO ini.

Namun, untuk pengetahuan anda, berikut adalah beberapa cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.

●   Urutan

perut masuk angin

Ibu ayah boleh melakukan urutan secara lembut pada perut bayi anda.

Ibu ayah hendaklah membuat urutaan secara lembut kepada bahagian perut dengan gerakan mengikut arah jam.

Hal ini dapat membantu meredakan ketidakselesaan pada perut bayi.

●   Sendawakan

Bantu bayi untuk sendawa setelah menyusui susu ibu atau  botol susu.

Ini akan membantu mengurangi penelanan udara ketika minum susu.

●   Berjumpa Doktor

Jika gejala kolik berlanjutan atau bayi mengalami perut masuk angin hingga menyebabkan bayi anda kelihatan sangat tidak selesa.

Amat digalakkan untuk ibu ayah segera berjumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka.

Ia wajar untuk rawatan lebih lanjut dan mengenal pasti jika ada masalah kesihatan lain.

Justeru, menghadapi masalah kolik ini adalah pengalaman yang sangat memenatkan bagi ibu ayah.

Jangan ragu untuk mendapatkan nasihat dari anggota keluarga, teman, atau doktor.

Sebagai kesimpulannya, pengetahuan tentang checklist tersebut adalah sangat penting bagi ibu ayah.

Tetapi, harus diingatkan supaya mendapatkan nasihat dari seorang profesional perubatan jika gejala menjadi lebih teruk.

Ini kerana, keselamatan dan kesejahteraan anak adalah keutamaan.

Dengan pengetahuan dan tindakan yang betul, kita boleh membantu anak kita merasa lebih selesa dan sihat semula.

Jika anda berminat untuk mencari alternatif cara rawatan, anda boleh dapatkan produk bayi ini daripada kami.

  • TROPIKA BABY HERBAL CREAM

tropika baby herbal cream

Ia mengandungi campuran bahan semulajadi dari minyak kelapa dara dan herba tropika.

Baby Herbal Cream ini berfungsi menyelesaikan masalah seperti perut masuk angin atau kembung perut, melegakan selsema dan hidung tersumbat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *