Kehamilan satu berita gembira buat pasangan suami isteri bagi melengkapkan institusi kekeluargaan yang ada ibu, bapa dan anak.
Namun bagi yang pertama kali bergelar ibu, sudah tentu berdebar. Jangan panik! Ia sebenarnya momen nan indah buat anda!
Setelah disahkan hamil, anda akan melalui beberapa perubahan fizikal dan emosi. Situasi yang dikenali sebagai tanda awal kehamilan.
Tanda awal kehamilan ini dapat dilihat dalam tempoh pertama kehamilan.
Tanda Awal Kehamilan
Terdapat pelbagai tanda awal kehamilan. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Mengidam
Tidak semua ibu yang melalui fasa mengidam ini. Ia berlaku apabila nafsu makan yang meningkat secara tiba-tiba dan membuatkan mengidam dengan sesuatu makanan.
2. Payudara Berubah
Payudara terasa lebih sensitif, padat, ukuran bertambah besar dan lebih kencang. Puting terlihat lebih muncul serta berwarna lebih gelap. Perubahan hormon sedang berlaku di dalam badan sudah bermula.
3. Sakit kepala
Mereka mengalami tekanan perasaan atau stress mahupun tekanan darah rendah hendaklah segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.
4. Mual dan muntah
Salah satu tanda-tanda hamil yang umum dirasakan adalah mual atau morning sickness. Namun hanya segelintir sahaja akan mual waktu pagi ini dan ada juga yang berterusan.
5. Sering buang air kecil
Sering buang air kecil merupakan tanda awal kehamilan yang sering terjadi. Biasanya, situasi ini terjadi antara 6 hingga 8 minggu setelah hamil.
Penjagaan Kehamilan
Seterusnya dalam tempoh kehamilan, ibu perlu tahu bahawa penjagaan ketika hamil adalah sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik.
Ketika ini kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan, perlu diberikan perhatian khusus bagi memastikan perkembangan kandungan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Berikut penjagaan yang harus dititik-beratkan ketika hamil:
1.Emosi
Apabila hamil, berlaku perubahan fizikal kepada ibu termasuk berat badan naik, tubuh rasa sangat lemah malah emosi juga terganggu!
Semasa trimester pertama, tahap estrogen dan progesteron ditahap tinggi maka punca kekerapan perubahan emosi.
Anda juga akan mengalami keletihan yang teruk atau morning sickness boleh mengganggu perjalanan hari anda dan rasa tidak bermaya.
2. Pemakanan Sihat
Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat, ibu hamil dinasihatkan menjaga kesihatan dan mengambil makanan seimbang. Ia termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein dan kalsium
Artikel Berkaitan
3. Elak Masalah Stretch Mark
Stretch mark adalah kesan regangan kulit yang disebabkan oleh tisu kolagen yang pecah pada lapisan dermis. Masalah ini sering memberi kesan kepada wanita hamil.
Malah, keadaan boleh menjadi lebih teruk selepas bersalin. Jadi, pastikan lakukan penjagaan kulit ketika hamil.
Tropika Mums SPA Coconut Tummy Butter dan Tropika Mums SPA Massage Cream merupakan produk natural yang selamat digunakan ketika hamil. Bantu elak terjadinya stretch mark! Jom lihat video ini.
@tropikahq Malunya dengan husband sebab ada strecthmark dekat badan 🥺 #tropikahq #productviral #tipsandtricks #tipsbaby #tropikanaturalproducts #FREEPARABEN ♬ original sound - Krim Selsema, Batuk & Kembung - TROPIKA
4. Rawatan Berkala Ketika Hamil
Hamil bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Baik dari segi penjagaan kesihatan hinggalah pemeriksaan berkala semuanya perlu dilakukan secara rutin.
Pemantauan secara berkala dapat membantu si ibu mengetahui sebarang komplikasi atau expectation semasa mengandung.
Penjagaan Selepas Bersalin
Akhir sekali, ibu perlu tahu cara yang betul penjagaan selepas bersalin adalah tempoh masa bagi ibu selepas melahirkan anak.
Ia satu tempoh di mana ibu memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan tubuh badan ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala.
Di sini terdapat beberapa panduan yang mudah untuk diikuti bagi membantu ibu kembali sihat selepas bersalin.
1. Rehat dan Tidur Yang Cukup
Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat dan mendapat tidur yang cukup.
Dalam tempoh inilah peluang anda untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Antara tips yang anda patut lakukan ialah tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur.
2. Amalkan Diet Sihat
Amalkan diet yang sihat secara seimbang bagi mendapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan.
Buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain mesti diamalkan untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat.
Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan!
3. Melegakan Kesakitan
Kesakitan yang dialami boleh diredakan dengan mandian air panas atau pad pemanas. Anda juga boleh mendapatkan khidmat urutan selepas bersalin bagi memberikan kelegaan.
Anda boleh dapatkan Tropika Mums SPA Coconut Herba Oil boleh membantu memberikan memulihkan keadaan kulit. Jom lihat video ini.
@tropikahq Siapa yang tengah mengandung 3rd trimester? Admin nak bagi FREE 1 Herbal Oil size 30ml dari TROPIKA. Admin akan pilih random. Comment sekarang 👇🏼 #krimselsemabatuk #tropikahq #productviraltiktokviral #parenting ♬ original sound - Krim Selsema, Batuk & Kembung - TROPIKA
4. Senaman Kegel
Anda boleh lakukan senaman kegel kerana otot lantai pelvik akan menjadi lemah disebabkan kehamilan dan bersalin.
Ia bantu untuk memulihkan faraj selepas bersalin, menjadikan hubungan seks menyeronokkan dan mengatasi masalah kencing tidak lawas.
Semoga tanda-tanda awal kehamilan yang dikongsikan dapat membantu para ibu yang hamil untuk menghadapi hari-hari yang bakal berlaku.
Tidak lupa juga, semoga anda dijaga dengan baik semasa penjagaan semasa kehamilan dan selepas kehamilan bagi memastikan emosi dan fizikal terpelihara dan berkasih sayang dengan bayi.
Nikmati kulit badan yang baru selepas hamil dengan minyak herba berbau sutera ini. Dirumus khas untuk ibu-ibu baru, menggunakan gabungan Minyak Kelapa Dara dan Ekstrak Tumbuhan Tropika.
Ia boleh menenangkan kulit yang letih dan menggalakkan bau yang segar dan segar. Anda boleh menikmati ‘me time’ hanya dengan urutan yang melegakan.