Bagi individu yang baru sahaja bergelar ibu bapa, semestinya mereka kurang berpengetahuan mengenai jenis makanan punca bayi kembung perut.
Apabila perkara ini terjadi, ibu dan bapa mula berasa gelisah dan tidak senang duduk.
Tanyalah mana-mana ibu bapa, tentu saja mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan keperluan terbaik buat anak.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan mengupas beberapa info penting seperti maksud kembung perut, tanda-tanda, dan jenis makanan punca bayi kembung perut.
Teruskan membaca.
Apa Itu Kembung Perut?
Masalah kembung perut juga dikaitkan dengan masalah ‘colic’ kerana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti. Mereka juga akan kelihatan tidak selesa tanpa sebab yang jelas dan akan kembali normal selepas beberapa ketika.
Secara purata, seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari.
Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.
Walaubagaimana pun, ia boleh mendatangkan kerisauan di hati ibu apabila anak menangis dalam tempoh yang lama.
Tanda-tanda Bayi Kembung Perut
Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku kepada bayi terutamanya yang berumur kurang dari 6 bulan.
Selalunya masalah ini akan berkurangan apabila usia bayi sudah “masuk” antara 8 hingga 14 minggu.
Berikut tanda masalah kembung perut yang sering dialami oleh bayi:
- Bayi akan menangis pada waktu yang sama, setiap hari. Tempoh masa tangisannya beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
- Tangisan yang kuat dengan nada yang tinggi. Bahkan sangat sukar untuk ditenangkan.
- Menangis tanpa sebab yang jelas sehingga membuatkan ibu dan ayah tidak keruan untuk tenangkan bayi.
- Perubahan postur badan bayi ketika menangis. Kelihatan menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang.
Jenis Makanan Punca Bayi Kembung Perut
Hati ibu dan bapa mana yang tidak risau apabila melihat anak menangis tanpa henti.
Puas dipujuk masih tetap tidak dapat menenangkan anak tersayang.
Jadi, ibu kena cakna jenis makanan punca bayi kembung perut. Antaranya ialah:
1.Makanan yang dimakan oleh ibu
Punca kembung perut pada bayi yang masih minum susu ibu boleh disebabkan oleh makanan yang dimakan oleh ibu tersebut.
Antara makanan yang akan menyebabkan gas semasa proses pencernaan ialah kubis, brokoli, bawang atau kentang
2.Susu formula
Kebanyakan susu rumusan bayi standard berasaskan susu lembu. Lazimnya, kembung perut boleh berpunca daripada kandungan bahan-bahan di dalamnya.
Sekiranya anda baru menukar jenis susu formula lain dan berlaku masalah perut bayi yang buncit, kemungkinan susu itulah penyebab utamanya.
Bayi tidak dapat menyerap laktosa dengan baik dan menyebabkan bakteria usus mengubah laktosa menjadi gas, sekaligus berlaku colik bayi.
3.Pengambilan makanan bayi
Pengambilan makanan pejal kepada bayi boleh menyebabkan gas masuk ke dalam perut.
Bayi dilahirkan dengan sistem penghadaman yang tidak matang.
Jika bayi diperkenalkan dengan makanan selain susu ibu, ia akan mengubah usus mikrobiota bayi sepenuhnya yang akan membawa kepada masalah perut kepada bayi.
Jadi, pengambilan tekstur padat dan jenis makanan baharu yang buat pertama kalinya diberi kepada bayi boleh menyebabkan bayi lebih sensitif sehingga mereka mengalami gangguan pencernaan bayi.
Untuk mengatasi masalah ini, para ibu dinasihatkan untuk elakkan daripada memberi makanan buah-buahan sitrus seperti apricot, pic, pir, plum dan produk tenusu yang boleh menyebabkan masalah kembung perut terjadi kepada bayi ibu.
Baca Juga
Susah Hati Bila Bayi Sembelit, Rupanya Ini Cara Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Tips Melegakan Masalah Perut Kembung Bayi
Berikut merupakan beberapa tips untuk melegakan masalah perut kembung bayi:
1.Teknik penyusuan
Ibu perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.
Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’.
Teknik lekapan yang betul juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!
2. Tukar susu formula
Masalah kembung perut pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu.
Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.
3. Puting botol susu yang sesuai
Jika bayi menyusu daripada botol, pastikan ibu menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
4. Pemakanan
Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui akan menyebabkan perut bayi masuk angin.
Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kobis, brokoli, bunga kobis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.
5. Sendawakan bayi
Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami gangguan pencernaan bayi kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
Untuk mengelakkan keadaan sebegini, gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi.
Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.
Nak tahu lebih lanjut tentang urutan untuk melegakan kembung perut bayi, jom tengok video ini.
@tropikahq Bila perut baby dah kerbs, boleh urut macam ni 😅 #kembungperut #bayi #parent #iburumahtangga #baby ♬ Pieces (Solo Piano Version) - Danilo Stankovic
Semoga ibu-ibu ambil peduli urutan dan sapuan krim yang sesuai untuk bayi.
6. Urutan
Gunakan krim atau minyak urut yang sesuai untuk disapukan pada perut bayi dan urutkan dengan lembut.
Sebaiknya anda pastikan terlebih dahulu teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.
Tropika Baby Herbal Cream adalah krim yang memberikan kelegaan bagi masalah perut bayi yang tidak selesa.
Ia adalah sapuan baby krim yang natural, halal, vegan dan selamat. Bahkan mempunyai kesan yang mudah serap dan bau yang menenangkan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu peka dengan keadaan kesihatan anak, terutamanya bayi. Ini kerana bayi lebih senang untuk mendapat masalah perut kembung.
Dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan tip-tip di atas, ibu bapa boleh lah mengurangkan kejadian perut kembung ke atas bayi.
Selain Tropika Baby Herbal Cream, Tropika juga mengeluarkan barangan bayi yang lain seperti sabun mandian, lotion dan banyak lagi.
Layari laman web Tropika untuk mengetahui produk dan fungsinya dengan lebih lanjut.